Wednesday, July 11, 2007

Satu ketika dulu - citer cenonet

Rasa cam terpanggil nak tulis benda ni lepas baca blog si Erna. Walaupun aku tak di tag, tapi rasanya aku kena la tulis benda ni somewhere. Kat dalam fp dah tulis (kot!) tapi rasa cam nak tulis lagi la pulak.

Aku kawen 29 May 2004 selepas nak dekat 8 tahun berchenta. Kitaorang bertunang 4 May 2003 sama tarikh dengan kitorang decide nak jadik boifren-girlfren tahun 1995. Tarikh 29 May pulak coincidently falls kat birthday bapak aku yg tersayang tu. Sebabkan aku memang sayang sangat kat pak aku tu, aku pun decided what the heck..Alang-alang sambut anniversary, boleh sambut birthday bapak aku.

Aku kawen di masjid depan rumah lepas maghrib. Biasalakan, orang takde mak, so upacara tu jadik upacara air mata. Aku pun pelik kenapa nak kena nangis..tapi hakikatnya, aku nangis sampai nak pengsan la siap kena tarik masuk bilik dek kak ipar aku sebab dah cam nak jadik majlis kebumi orang india pulak aku ni.

tapi sedey wooo...lagi lagi sedey bila adik aku yang laki tu datang pelok cium aku lepas akad..bapak aku nangis..uwaaa...aku tulis ni aku lak rasa nak nangis lagi sekali...

So..kawin la kitaorang yg dah tua ni (tapi still dok perangai cam bebudak) n tinggal ngan pak aku sebab umah aku tak siap lagi. Dalam akhir bulan September tu, aku perasan perut aku cam buncit. Mak ni kan kiasu nak kurus..aku pun telan la ubat kurus dalam dekat seminggu. Pas tu bila datang bulan, tak gak kuar bendera merah..aku pun buat la self-check..uwaa..dah nak jadik mak dah aku ni.

Tapi agaknya memang dah takde rezki kot, aku gugur bulan Oktober bila baby dah nak masuk 10 minggu. Masa tu dah akhir bulan Oktober 2004, dalam bulan puasa. Bila dah lepas gugur tu, aku tetiba terpanggil panggil rasa nak ada anak. Sebelum tu perasaan cam bercampur baur lagi. Tak rasa excited ataupun sedih sebab preggy. Bila aku diberitahu aku kena d&c, aku still ok lagi. Sebab perasaan tu tak rasa apa-apa.

Tapi lepas aje d&c, aku rasa cam membuak-buak nak beranak. Aku pun pantang ala kadar dalam 2 minggu pastu start kira balik fertility period aku. Sampai bulan December 2004, aku start counting days to conceive again.

Come January 2005, aku n hubby pun re-sructure balik out production output. (hehe) About 2 months try, still tak membuahkan sebarang hasil. Masa tu, kebetulan pak aku balik haji ngan umi aku. So dia ada belikan aku this debunga kurma rasul. Aku n laki aku pun pulun la makan this debunga with honey for about 1 month. Agaknya dah memang rezki, come April 2005, aku pun tested positive.

So bermula la episode mengandung aku. 2nd time pregnancy ni memang best pada aku. Aku takde morning sickness yang melampau. Cumanya during my 2nd trimester tu, aku developed muntah-muntah masa dalam kereta. Ni motion sickness la kot. Ada jugak la loya loya rasa nak muntah bila bau makanan..tapi tak effect kehidupan aku yang teramat sangat la.

Check up during the 4th mos tu, we discovered we are carrying baby girl. Aku ingat sungguh, masa aku tengah ultra sound tu, aku rasa cam terdetik , eh ni cam genital area je ni. Tapi aku diam lagi. But when Dr. Asma bagitau "eh..ni burger dia..' so aku pun rasa confirm la apa yang aku nampak tu memang baby girl. Yang hubby aku ni lak, ternganga-nganga tak sure apa yang dia pandang.

Hence, dah confirmla kitaorang ni akan ada baby girl.
Again, cam aku cakap, aku sailed through the pregnancy. Walaupun muka hodoh sikit sebab kembang sini sana (sah-sah la aku ni bukannya jenis yang glowing masa ngandung) aku memang semangat la nak ke sini sana. Masa ni hubby still kerja night shift, so aku memang panjang kaki keluar ngan gfs aku tak ingat dunia.

Masuk the 3rd trimester, aku mula terasa azab. Tido memang parah la sebab perut dah membusung.Tapi yang mengazabkan aku tu, aku kena penyakit gatal-gatal satu badan. This was when aku dalam 35 weeks. On top of that, aku dapat high bp. Dr. cakap this very common sebab my body was preparing itself for delivery. Adeeiii...yang gatal gatal tu pulak, sebabnya i have adverse reaction to hormones yang kuar to prepare my body for delivery. Memang masa tu aku miserable ya amat.

Due to that gatal-gatalla, badan aku sampai la ni dah scar teruk. Takde la teruk sangat, tapi teruk la jugak kan sebab dulu putih suci je..(ahakss). Aku dah tak tahan sangat gatal tu, sampai to the point garu pakai sikat la..skru la and whatever benda yang aku boleh capai untuk mengeruk gatal tu. Sampaila satu hari, ada tukang urut ni, ntah apa la ramuan dia letak, ada bau cam minyak tanah je..soh aku lumur satu badan. Baru la rasa cam ok sikit..

Bila dah lega tu pulak, dr. tetiba cakap kena induce aku sebab high bp. Aku lagi la stress jadiknya. By rite aku beranakkan cenonet on 20/12/2007, tapi dr. fixkan 7/12 to induce. Aku freak out habis siap gi KBMC pulak to get 2nd opinion from another dr. Yang ni lagi siut, siap bagitau aku.."kalau saya dr. awak, at 35 weeks saya dah suruh awak induce.."

Adeeii..bila dengar semua ni, aku pun rasa maybe induce is the best way. Malam tu siap stress sampai nangis nangis sebab hi-bp. So, we went o our dr. balik, cakap, alang-alang nak induce, meh sini kitaorang pilih date. Hence 12 December 2005 = sama dengan anniversary pak aku n arwah mak aku.

So, kebetulan pulak, pada 11 December 2005 (ni hari ahad ni) banyak pulak kenduri kendara orang keliling umah. Aku pun pulun sakan la makan kenduri sebab tau esoknya dah nak kena pantang. Pastu lak, nenek hubby hari yg sama masa aku dah nak bertolak ke hospital, jatuh koma sampai ambulan kena datang umah bawak gi hospital. So, elok-elok petang tu nak gi hospital, akhirnya pukul 8 malam baru kitaorang sampai ke hospital untuk diinduce.

Dalam pukul 10.00 malam tu, Dr. baru datang untuk masuk ubat. By 11.00 mlm tu, aku ingat aku dok ngadu kat 2 orang kawan aku yg teman kan aku kat was (thanks rie n zai) yg aku rasa cam period pain. Masa ni laki aku balik kemas badan n barang. By 11.30 mlm, aku muntah-muntah. Sikit la punya banyak sebab dari pagi nye dok mabuk pulun makan. Eiii..padan muka aku makan banyak sangat.

Sepanjang malam tu aku muntah. And bila sakit contraction je, aku akan termuntah n rasa nak buang air besar. Akhirnya, everytime ada contraction, aku akan dok atas jamban sambil kencing sambil muntah sambil rasa nak buang air.

On off on off nurse tu akan datang check. By the time dah pukul 2.00 pagi, laki aku pun dah tak dan nak dok sebelah bagi sokongan moral (aku pun tak sudi dah..buek momokak yo)dia pun landing la tido atas katil sebelah. Sambil-sambil tu, aku dok sound nurse nak epi.Nurse kata tunggu dr. approve dulu baru boleh bagi epi. Enam jahanam betul la nurse tu. Dah la kat luar aku dok dengar dia citer bahasa tamil. Aku kat dalam bilik ni tengah kesakitan dok tunggu dia bawak epi tak datang-datang.

Dalam pukul 4.30 aku contraction lagi. Yang kelakanya, waktu aku tengah contraction, laki aku buleh terjaga dari tido. Mengelabah dia carik aku ingat aku dah pi beranak sensorang. Bila dia perasan aku kat dalam toilet, baru la muka dia lega. Tapi sampai la ni, expression muka gelabah dia tu memang priceless sunnguh. Sampai la ni aku ungkit citer dia tido masa aku beranak.

Kali ni aku suh laki aku bangun gi mintak epi kat nurse. Dah cam nak tercabut nyawa dah aku tahan. Ada ke patut, nurse tu kata .."eh..u ni baru lagi..sakit every 10-15 minits kan?" Aku pun jawab la.."tak la nurse..i sakit all the time.." Baru la minah alagappa ni nak seluk tengok aku dah berapa cm. Haa...ambik ko, dah 8 cm. Lepas tu boleh buat muka relaks cakap.."Ala kak, dah lambat la nak bagi epi.."

eiiii....aku rasa cam nak tumbuk je muka minah nurse tu. Dia soh aku tahan lagi sampai dilate penuh..Baranya aku tuhan aje yang tau.

Dalam pukul 5 aku rasa contraction lagi. Again, aku pun lepak la atas jamban. Masa ni memang rasa cam nak teran pun ada. Aku bangun lepas contraction, aku tengok ada darah kat dalam toilet bowl. Aku tak tau apa dah..Dah la tak pakai spek..yang merah aku nampak tu aku pun tak tau apa..kot-kot aku dah terberanak dalam jamban kot. Aku suh laki aku tinjau n panggil nurse.

Bila nurse datang, dia kata aku dah dilate. Baru la kecoh-kecoh prep aku untuk labour room. Dalam pukul 6.00 dia pun tolak la aku pi labour room. Sampai sana, aku dah memang tak keruan dah. Menahan sakit sampai mantra dalam kepala aku ni..tak pe tak pe kejab lagi keluar..Itu aje la yg aku dok pikir. Dalam pada tu, aku dok lamaze breathing. BUkan nya aku belaja pun, tapi memang betul la the right breathing technic helps. Laki aku lak, sebab aku dok muntah sepanjang malam, n exhale pakai mulut, dah naik pitam bau napas aku..Siap cakap "sorry la saya nak muntah bau mulut awak..saya kena keluar.." Eiiiiii boleh tak camtu? So tinggal la aku sensorang dalam labour room.

Tengah-tengah menahan sakit tu, boleh pulak ada baby teriak nangis sikit punya kuat sampai aku nyer concentration nak lamaze breathing tu jadik huru hara..Adeeiiii...anak sapa lak nangis kuat sangat sampai kacau konsentrasi aku ni.

Pukul 7.00 pagi baru dr. datang. Prep aku letak atas labour bed tu sambil suh aku sangkut kaki kat holder dia. About 5 minit aku push, aku dah tak larat dah sebabnya napas aku pendek. Alaa..ni sinus lahabau nyer pasal la ni. Dr. pulak siap bagitau aku, baby nye heart beat dah lemah. Kalau aku tak usaha jugak, kena bawak kuar cara lain.

Aku try lagi sekali dua..Tapi rasa cam dah putus napas dah aku nak teran. Aku sound dr. ada cara lain tak, sebab saya dah tak larat nak teran dah ni. Tak de napas dah..Dr. pun cakap, kita vacuum la. Aku alrite aje. Anything but potong perut la.

So, pukul 7.06 cam tu, Dr, pun memvacuum la anak aku. Zupp!! kejab je dah kuar. Selesaiiiii!!!! Tapi kan, aku masa nak teran tu, aku tak sakit apa dah. Korang sakit tak? ke dr tu bagi ubat aku tak sakit. hmm..pelik aku..

So..itu la kisah memberanakkan Alesha. Panjang giler citer aku. Sebenarnya citer ni tulis kat sini nak bagi aku baca. hahahha..nak meremindkan diri aku for the incoming one ni. Nak rekod sama ke lain processnya.

Apa pun...aku harap nanti cenonet besar buleh la dia baca blog ni sambil sambil aku kasi guilty kat dia betapa sakitnya beranakkan dia. Uwaaaa...emotional threat lak aku ni..Kijam kijam...

Wednesday, July 4, 2007

Drastic Tactic

For the past courple of weeks, Alesha ada peel baru memalam. Dalam tengah2 malam tu, dia akan tetiba menangis menjerit jerit membentak bentak membanting badan. Aku pun pelik. Nak kata ada ganguan, hmm..ntah lah. Nak kata eczema dia tu ganggu dia sesangat..maybe jugakla..sebab few seconds aku perasan sebelum dia jerit jerit tu, dia mesti mengeruk tak hingat sampai cam bunyi orang makan chip..kruk krak kruk krak..nak kata dia lapo memalam, maybe jugak la..sebab aku memang jarang bagi dia makan nasi memalam. Kalau menjelang malam tu, dia makan ringan ringan cam biskut atau roti je..Susu je la berbotol botol.

laki aku pun dah macam stress tahap gaban dah. Muka berjela jela muncung tahan ngantuk waktu cenonet tu tgh tantrum. Tu tak masuk dia punya membebel tengah tengah malam tu. Sampaikan citer kain kotor aku (ni kes perangai buruk suka compile baju kotor belakang pintu la ni) pun kena bebel tengah malam tu. Dalam hati aku, eh..dia ni lalok lalok ngantuk marah anak menjerit, ngan aku sekali kena marah? Nampak pulak mata lalok dia tu kain kotor aku yg aku sorok belakang pintu tu..cit!!

Kelmarin, aku bara betul bila dia mengamuk lagi skali masa cenonet kena 'attack'. Dalam hati aku ni..ish dia ni, cakap cam tak reti reti nak beranak kecik lagi. kan ke cenonet nak dapat adik nanti. Padan muka dia nanti kena bangun malam jaga anak kecik..

Tapi sebenarnya aku pun tersuffer jugak sebab tak cukup tido. Malam semalam, aku pun menyemat dalam hati nak buat langkah drastic. 1. Mainkan mp3 al quran - ni kekalau ada gangguan la. 2. Nak pasang aircond at 17 degree sepanjang malam (sebelum ni aku jarang pakai aircond) - ni untuk combat kegagatal eczema dia sebab dia berpeluh kalau panas memalam. 3. Bagi dia makan nasi sebelum tido.

So dengan semangat tekad, aku pun plan la nak buat ni. Tapi semalam tetiba dvd player buat hal, aku fed up ajak laki aku pi beli baru. On the way back, cenonet tertido dalam keta sampai la kat umah. So no. 3 is out la sebab tak sempat nak bagi makan nasi ayam yang aku beli tu (ni aku la bedal kan). Aku pun proceed la ke no. 1 dan no. 2 nyer tactic. So far so good.

lebih kurang pukul 10.00 mlm..aku tgh lepak dalam lampu samar samar ngan laki tengok Supernatural. Tetiba aku ternampak bayang gerak gerak kat tepi pintu bilik. Aisay...hati aku yg penakut ni dah memacam pikir. Uish ada toyol kecik ke dalam umah aku ni. Ke towel aku yg tersidai kat pintu tu ditiup angin..Takkan la angin tu kuat sangat. Eii...perangai penakut aku ni dah meluwap luwap dah. pastu bayang tu makin besar dan akhirnya aku nampak rambut kusut masai cenonet tu tengah intai aku dari dalam bilik..siap senyum senyum lagi..Aii...aku dah cuit laki aku dah. Yang sebenarnya takut nak panggil sebab rasa lain macam je..anak aku ke sapa ni...dok senyum senyum lak tu. Tadi iyo iyo tido ni tetiba dah senyum senyum cam orang lain je. Boleh tak mak penakut cenggini?

Laki aku lak dok bengkek sebab aku asyik tercuit cuit dia yg syok tengok supernatural..Bila aku juih kat tepi pintu, dia gelak panggil cenonet nak peluk. Aku relaks sikit la..ni anak aku ni..tapi sempat jugak aku bangun jeling atas katil nak tengok anak aku ada ke tak..hehehe..teruk betul tahap penakut aku ni.

Tapi ini cerita sampingan penakut aku la..Yg pentingnya, aku dapat jugak implement langkah no. 3 sebab cenonet tu bangun dari tido.

Nak tau apa outcome drastic tactic aku..hehehhe..alesha tak berkuit pun malam tu. Aku yang terjaga - ni kes sebab body clock dah haywire asyik terjaga malam - tengok dia kat ujung katil tetiba cakap '..shushu..' Terus aku kejutkan laki aku buat susu..suap kat alesha..sambil angkat dia tido sebelah aku.

Tapi menjelang nak subuh tu sampai la aku bangun tido..cenonet tu dah ada ujung kaki aku balik. So aku andaikan la, minah ni memang suka tido dalam aircond sejuk sejuk tu. (untuk pengetahuan korang..aircond ni memang aku letak ujung kaki - so angin air cond tak circulate sangat sampai kepala/ badan kitaorang unless kalau dok bebetul bawah aircond i.e. ujung katil la)

So untuk malam ni, aku tak tau nak buat semua tactic di atas, atau stick ke aircond je. Kalau nak buat semua, adeeiiii..mati la aku nak bayar bill api..ngan aircond nye, lampu nye, tv / mp3 player nye.

Apa kata korang?

Friday, June 29, 2007

Cinta Pertama

My first love....

Yesterday..after years of separation, i met him again. I heard he was on his way to town since several months ago. The anticipation and the excitement has been building up deep inside me. I dont want to think about him too much. With my current working and preggy condition, i might not be able to squeeze time to see him.

The first moment i laid my eyes on him, i had this same sensation when i was to wed my hubby. Rasa cam butterfly flying in my tummy. Lepas tu lak, with my preggy hormones ni, rasa nak menitis air mata pun ada..Kelakar betul..

Tapi the most important thing is, i finally met him. My first childhood love, my first crush - OPTIMUS PRIME!!!

hehehheh...korang penah tengok kartun transformer tak? Seingat-ingat aku, aku sekolah rendah lagi masa tu. Being in a family full of boys, memang la adik beradik aku suka tengok citer kartun cam gini (as oppose to aku yang suka kartun Jean (ya ke namanya ni?) yang ada penyanyi jadik superhero tu).

Aku yg minority dalam umah tu pun layan je la thundercats, He Man etc etc dan termasuk Transformer ikut adik beradik aku. Masa tu kan semua citer dalam english kan. Mana la ada alih suara cam la ni. So haram la aku paham apa citer kartun tu cakap kan. Yang aku tau aku tengok je la gamba kartun tu.

Menariknya tentang transformer ni or Optimus Prime ni, aku ingat lagi betapa teruja nya aku nak tunggu character dia ni on air. He is always calm and in control. Walaupun at times , rasa cam nak ketuk aje kepala dia sebab asyik beralah ngan Decepticons. Pas tu, his leadership quality memang apparent sangat. DAN YANG PALING AKU TAK TAHAN...waduh waduh..that deep throaty voice of him. Uwaaa...bikin aku terbayang bayang prince aku akan ada suara cenggitu gaks.

I think he was the model-prince i want to have - calm, leadership, always in control. Tapi la ni bila dah beranak pinak ni...sendiri mau ingatla mana reality mana fantasy..tak ke??

Wednesday, June 27, 2007

FATHERLY BOND

My cenonet has always been attached to her papa. When she was but a few days old, dear hubby actually took her to sleep in his arm. Terperanjat beruk la jugak aku memula tu sebab terjaga tidur discovered cenonet was not in her cradle. Tapi bila tengok atas sofa, rupanya her papa was fast asleep with cenonet on his arm. This was when aku baru beranak - a couple of days after.

Alesha had always favoured her Papa. At times, aku memang terasa tapi over time, dah tak larat nak terasa.So aku swollow aje la perasaan tu and try to be thankful at least i married a responsible man who loves his children.

Lately ni father-daugther bonding makin obvious. hari tu, hubby gi jenjalan ngan guy friend dia..Kenkonon nak check out football boots kat Pertama and supposedly to be guys day out. Tapi si hubby offered to bawak cenonent along. So kuarla outing anak beranak tu berdua ngan maknya dok kat umah tengok tv.

Before that, hubby bawak cenonet gi OU window shopping. I was at work masa tu. So kuarla la anak beranak tu berdua.

Sekarang ni sejak vocab cenonet makan banyak..dah pandai demand. Papa..gang..(papa ..pegang) this is when she wanted somebody to hold her hand and ALL THE TIMES it will be tangan papa yang dia nak pegang.

Semalam..waktu nak tido. Aku ajak dia tido atas tilam kecik dia depan tv. Hubby was on sofa tengok tv. Dia turned to her papa..papa..sheep (papa..sleep) and tarik tangan papa baring tepi dia.

Itu tak masuk citer kalau dia cium. All the times, kalau dia tengah mood nak kiss orang, she will kiss me and without asking kiss his papa. Kalau dia tengah medium-mood ok-ok je nak kiss..if u asked her, she will kiss and turn to papa to put one down on his cheek. Kalau langsung takde mood, bila papa mintak, papa sorang je yang dia cium.

Again macam aku cakap tadi la..dah tak terlarat nak terasa. I am merely thankful.

Friday, June 22, 2007

Red World

Lately ni kisah orang bunuh orang makin brutal jadiknya. Not only here in Malaysia, dekat luar negara pun gitu gaks. Remember the Malaysian student yang kena bunuh di some Arab country (lupa lak aku mana).

Ive got this email from friend containing some graphic pictures of the scene of the crime. Nobody deserve to be stabbed over and over and over. Can u imagine, in between the stabbing, surely at a point of time, the victim would be pleading for his dear life. And most often, at the time of extreme pain and fear, the victim would pee in his own pant - and in this case, from the email, down his kain pelekat - which was later tertanggal due to his rush to escape the assault.

But what escapes me is how the suspect can keep on chasing the victim to inflict the pain. Wouldn't it like crossed his mind that 'Hey! this is wrong!! This person is in pain!Look at the blood everywhere!! Stop!!"

Where is the rationale?? where is your inner voice??

Few days ago i read another news about this 7months preganant couple murdered at their house and from the look of it (as what depicted in the news) robbery is not the motive. Must be someone they know. You can only derived at that conclusion at the first glance.

Not to mention student killings in the US. But since i hate the politics of the USA, i would find millions of excuses why brutal things like that happened in their country. But nonetheless, no one deserve such a threat to their lives just by walking down their school hallways.

My point is, i wonder whats happening with the world nowadays. Ok one good explanation is dunia akhir zaman. As a muslim, i believe that. But i need more that my faith to understand whats happening.

What is happening??




Wednesday, June 20, 2007

Itu Anak Aku

I was called to write this after baca kisah menyayat hati cik yan kat blognya. Huhuhu..Tapi my story of another version yang menyetap hati keibuanku ...ewaahhh

Kisahnya cenggitu. Few days ago, some of my cenonet's cousins balik umah MIL. On normal days, Alesha memang tu Queen of the Jungle la sebabnya dia yang paling kecik n paling demanding. Semua orang termasuk cousin dia yang tinggal umah sebelah menyebelah MIL akan ikut cakap dia. Almaklumla, diaorang ni semua dah sekolah, so dah pandai beralah. Tak macam cenonet ni yang still learning the concept.

Anyhow, masa aku balik umah MIL weekend lepas, kereta dah berderet. Alesha bila nampak je commotion kat umah tu jadik excited, tak sempat masuk rumah dah jerit jerit nak join main kat umah SIL (MIL and SIL tinggal selang 4 -5 tapak). Aku biarkan ajelah straight masuk umah pekena nasi lemak MIL yang sodap tu.

kejab kejab aku dengar bunyi menjerit. Kalau anak orang aku agak agak tukang buli tu anak aku la , tapi aku relaks lagi sebab heheh...anak orang kan...walaupun tukang buat tu anak aku. kui kui JAHAT TAK? Tapi lepas tu aku dengar sora jerit anak aku pulak. Uwaa haram tak guna punya mak aku ni, part anak orang aku biar, anak aku cam kelam kabut aku pi pujuk. Hampeh betul aku ni!!!

true enough, masa aku datang tu, anak aku tengah dok melepet tepi pintu bilik sensorang. Uik..mana budak budak lain - Ada la dekat 4 -5 budak sebaya dia jugak and older kat umah tu- HUHUHUHU kesiannya anak aku....rupanya dah kena pulau dok kat living room sensorang!!!!

Sedih tak aku? Kalau korang jadik aku, sebagai seorang ibu, apa gamaknya rasa korang anak korang kena buat gitu?

Ya lah kan, nak kata anak aku ni brutal sangat, memang la da sedikit brutalnya. Tapi as compared dengan anak orang lain yg asyik dok bawah ketiak mak dia tu, anak aku independent.. knows what she wants and will fight for what she wants. THATS A GOOD TRAIT kan?? KAN??

Lgipun, aku ngaku, aku yg cultivate that attitude. Sebab dalam hidup aku, aku nyampah betul tengok pompuan terhegeh hegeh buat muka ayu sikit sikit nak nangis. Aku rasa thats not the way for you to excell in life. Hidup ni kena jadik bullish sikit - then you will achieve what u want. Dalam dunia yang orang makan orang ni, a bit of back bone will carried you far..

Tapi sedey betul la dia masa aku tengok dia terhegeh hegeh ketuk pintu panggil sedar mara dia yang lain sebab nak join diaorang main make up make up dalam bilik. HUHUHU...sedih aku tengok anak aku kena voted out. Ish...cam dalam citer SURVIVOR pulak kan? no wonder la orang yg kita tengok dalam tv tu cam ok je, still buleh di voted out kan oleh community yang tak sukakan perangainya.

Lately ni pulak, perangai bossy dia makan menjadik jadik. Semalam laki aku complain anak aku jalan satu rumah bawak newpapers nak babab cousin dia yang sebaya dia. Adeiiii...aku rasa ada la reason dia nak marah >> ke ni naluri keibuan aku je yg nak mendefend anak sendiri. Tapi kata laki aku, benda tu happened before him, and memang tak de reason pun anak aku nak ketuk kepala cousin dia ngan newspaper whilst the kid was merely walking in front of her.

truthfully, aku rasa anak aku ni ada leadership trait. Takde la..korang kalau tengok perangai budak budak pun, ko tau mana yg follower, mana yang jadik leader kan? So si cenonet ni lagi incline untuk lead..tapi MAYBE sebab dia kecik lagi, she doesnt know her boundaries. hence tak ke tugas aku nak mengajarnya. hmmm...camna nak ajar? Maybe with the newcoming baby bro (fingers crossed) she will learn to give and take. and when to bark and to keep quiet.

Sedeh hati aku mengenangkan kehidupan anak aku ni. Dengan orang yang sayangkan dia, memangla dia buleh get away with it. Tapi bila dah venture outside to real world, kang kena voted lagi anak aku!! Hu Hu Hu..

Aku dok pikir pikir sekarang ni nak hantar dia sekolah, but with her current attitude, maybe it is not a wise idea. Kang culture syok pulak anak aku tu kena oust dek rakan sebaya dia. But in the same breath, kalau tak aku hanta kan awal awal, nanti she will never learn to live hormoniously together with other people.

Oh DILEMA!!



Tuesday, June 12, 2007

to go or not to go

Hmm..cam dah syok pulak memblog dalam malay. Lagi feeling kot. Lantak la...hajat hati nak membaguskan english..lantakla..malay pun malay la

Kisah minggu ni lain macam sikit. Aku ni dah disuruh pi China for a week kenkonon nak check out china law etc etc kat sana. Semua orang pun cam impress impress la kenkonon boss handpick for China. Ada jugak yang impress sebab dapat jenjalan kerja kan..tapi ada ke orang nak tanya aku apa aku rasa..

Hmmph..semalam aku bertekak ngan laki aku lagi. Again topic semenjak dua menjak tau nak g China ni, kisahnya pasal isu ke China la. Mulanya aku excited la nak gi, tapi bila tinggal sehari dua lagi ni, cam syahdu lak aku nak tinggal kan si cenonet tu kan umah ngan paknya. Aku rasa aku jeles sebenarnya. Sebabnya, sedangkan aku ada pun, dia buat dek je ngan aku, apatah lagi bila aku takde. Aku dah merasa dah camna rasa bila cenonet tu buat dek kat aku.

Ritu, masa about 1 week aku admit hospital pasal sakit perut lahabau tu, dia buleh buat dek je kat aku..Uiii..memang runtuh hati aku itu hari la..Padan muka aku..sapa suruh tak nyusu badan eks? Itupun dia jumpa gaks aku pepetang bila paknya bawak jumpa waktu melawat. Bila rindu, aku video call. Ni kalau pi China seminggu, nak video call mendenya...rabak poket den!!

The point is semalam, aku punya la excited bagitau hubby my so called clever plan to escape the China trip. Actuallynya bukan la escape sangat pun. I think it would be highly cost and time effective for the company NOT to send me as oppose to sending me there. Boleh tak bagi reason cenggitu??

Yang membengkekkan aku tu, pokcik ni buleh sound sound aku pulak. kata aku ni tak de career orientation la..tak berpandangan jauh la, tak reti nak show my true potential la.

UWAAA...bingit esey nyer tinge dengar..Mau berapi aku nak membalas. Tapi sebab malas nak gaduh kan..aku jawab simple je..Ya betul!!

Lagipun, memang aku takde sangat cita cita nak jadik career lady pun!!! Aku kerja sebab nak bagi family makan. Kalau kawen orang kaya, mau aku berenti kerja jaga anak..lagi best..

Laki aku ni memang tak paham concept family. Bukan la dia tak family oriented. Aku rasa laki aku sesangatla family oriented dari segala hal. Cuma aku nyer hastily generalisation - lelaki ni memang tak paham naluri keibuan.

Dia tak paham kenapa aku berat sangat nak tinggalkan cenonet tu...dia tak paham kenapa aku marah cenonet bila si kecik tu buat salah yang kecik (ni kes nak disiplin anak) TAPI tak marah bila cenonet buat perangai (ni kes dia lapar n mengamuk atau ngantuk tapi tak leh tido sebab gatal).

at the end of the day, untuk menyedapkan hati aku sendiri...aku blame it on his DNA je...buleh tak?