Thursday, July 19, 2007

My breastfeeding plan

I guess by now my closer cyber friends (ntah sapa sapa la aku claim kawan cyber aku ni - hehehehe..korang sudi ke di claimkan jadik closed cyber friends aku ni?), tahu impian aku nak fully breast fed baby #2 ni.

So far...walaupun aku still early in pregnancy, ini barang breastfeeding yang aku dah beli plus reganya (sori korang rega ni untuk aku refer kemudian hari bukan untuk eksi yea):-
1. Avent out & about set - got this for rm278 dari kawan Shafinas SI
2. Nursing pillow - beli waktu sogo sale at rm56
3. Nursing pillow cover (ni belian mengada) - rm21
4. Avent sterilizer - rm360 beli sogo sale jugak

benda yang aku nak beli:-
1. avent disposable liner - nak beli kat Sogo waktu sale ni (mental note : kena beli cepat sebelum abis sale)
2. techni ice - aku tak sure nak beli berapa sebab tak leh imagine lagi proses pengangkutan susu ke opis n umah in law. Nak mintak tunjuk ajar korang jugak ni...
3. cooler beg - ni pun aku tak sure camna sebab tak leh imagine lagi. Adakah aku perlukan beg jugak walaupun dah ada beg out n about? Beg Out n About untuk ke opis? And untuk transport ke umah inlaw, ke boleh aje aku pakai ice box yang putih tu untuk simpan EBM kat umah in law? Aku dok pikirkan ni coz peti sejuk umah in law tu penuh stok cili. udang kering etc etc. Tak muat nak isi ebm nanti. Apa kata korang. Sila turunkan ilmu please...

Apa lagi yang nak beli yea?

Untuk baby #2 ni jugak, aku plan nak pakai cloth diaper. Memang la ada yang rasa tak perlu..tapi ntahla..Aku ni memang kalau mampu sememangnya nak go green. Setakat ni aku ada 7 keping. So aku rasa aku kena stock kan lagi 13 keping (rm80 x 13=rm1040) Adeii..mampu ke nak stok banyak ni menjelang lagi 5 bulan nak meletup ni. AMINNNNNNN

Lagi satu dilema aku ialah samada kak ipar aku knowledgeable nak handle ebm ni. Untuk ni aku ngan ikhlas nyer ngaku aku dah cilok Cik Lovebaby punya entry and membuat sedikit modifikasi. (N.B: Fid, kalau ko tak izinkan, ko bagitau ok..nanti aku deletela ok...huhuhuh). So apa yang aku tulis bawah ni untuk tujuan diprintkan dan dibagikan ke kak ipar aku bila aku dah abis pantang dan juga untuk meremindkan aku sekali lagi.

Walaupun anda bekerja anda masih boleh menyusu bayi anda secara eksklusif..Bagaimana caranya?Sediakan susu perahan..


Bila anda harus mula memerah?

1. Terlebih dahulu anda perlu mewujudkan penyusuan susu ibu yang berjaya

2. Mulakan berlatih memerah susu ibu 2 minggu sebelum mula bekerja

3. Perahan boleh dibuat menggunakan pam atau tangan.

4. Beri peluang kepada pengasuh/penjaga bayi anda berlatih menyusukan bayi anda dengan susu perahan. (boleh minta suami membantu)

Cara menyimpan susu perahan

1. Pilih bekas menyimpan yang tertutup.Cuci bekas dan steril/rebus.

2. Masukkan susu perahan ke dalam bekas.

3. Tutup bekas dan labelkan. (nama anak, tarikh dan masa)

4. Simpan dalam peti sejuk (fridge atau freezer)


Tempat & tempoh menyimpan

suhu bilik 4-8jam

peti sejuk bahagian bawah – susu yang diperah akan tahan sehingga 24-48 jam

peti sejuk ruang beku (peti sejuk 2 pintu) – susu yang diperah boleh bertahan sehingga 3 bulan

peti sejuk ruang beku (peti sejuk 1 pintu) - susu yang diperah boleh bertahan sehingga 1 minggu
tempat pembeku (-2 darjah celcius) 1 tahun.


Cara memberi perahan susu kepada bayi anda

* Susui bayi anda sebelum anda pergi bekerja dan setelah balik bekerja

* Jadualkan pemberian susu setiap 2 jam sekali sebelum bayi menangis kelaparan.


Cara mencairkan susu yang telah dibekukan

* Jika susu disimpan di bahagian beku, keluarkan dan letakkan dibahagian sejuk (bahagian bawah) sebelum digunakan.

* Panaskan dengan merendam di dalam bekas yang berisi air panas. Jangan gunakan air mendidih atau mencairkan susu di atas dapur masak kerana cara ini akan merosakkan komposisi susu yang diperah.

* Kocak bekas susu bagi menyatukan cecair dgn lemak susu. Jangan goncang terlalu kuat kerana ianya akan merosakkan komposisi susu tersebut.

* Beri susu kepada bayi anda.

Peringatan:
Susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula. Susu yang telah dikeluarkan dari bahagian beku peti ais tidak boleh dimasukan semula ke dalam bahagian beku.


Susu yang telah disejukkan dan dikeluarkan dari bahagian beku sekiranya belum digunakan boleh terus disimpan di dalam bahagian sejuk (bahagian bawah) peti ais untuk tempoh 24 jam sahaja.


Susu yang dicairkan DAN telah dipanaskan tidak boleh disimpan di dalam bahagian beku atau bahagian sejuk peti ais. Susu mestilah diberikan kepada bayi dalam tempoh 1 jam.

Susu yang telah dipanaskan mesti diminum dalam masa satu jam. Sekiranya susu yang dipanaskan telah diminum tetapi tidak dihabiskan oleh bayi, susu hendaklah dibuang terus.

Susu yang diperah pada masa dan tarikh yang berlainan tidak boleh dicampurkan. Susu yang disediakan sekiranya tidak mencukupi bolehlah ditambah dengan susu yang diperah di dalam botol lain sekiranya bayi memerlukan susu yang lebih.

betul tak apa yang aku modifiedkan ni? Sila beri tunjuk ajar.