Oleh kerana jari jemari ku yang gemuk gedempul payah naa nak tekan keypad hp aku tu, makanya aku menulis la post ni khas untuk ko..
GUNTING KAIN
aku ada 3 template. 1 template tudung pendek ariani, 1 template hajaba (keduanya beli kat yela) dan 1 template aku buat sendiri yang combination ariani and munawarah (aku suka munawarah sebab dia panjang dan sesuai gi opis)
bila mula jahit, aku hanya gunting part muka dan belah tengah tu. Aku noticed tudung aku senget benget belah bulatan bawah nya tu kerana placement awning aku kekadang tak centre di tudung. So untuk mengelakkan kain aku hancur, makanya ini la yang aku praktiskan. Memang leceh n mengada, tapi sayang ooo kain beli ratus ratus.
JAHIT AWNING
aku gunting awning template aku sendiri. Full cover awning - combination of ariani n hajaba style sebab aku rasa muka aku yang paling vogue dengan awning cenggini.
Aku gunting kertas keras dan gunting kain awning. Pastu aku jahit kertas keras kat tudung awning seperti biasa. Tapi aku jahit mula dari part curve sebab aku boleh cover serabut mati jahit tu bila aku dah letak tudung full tu.
Lepas aku jahit kertas keras kat awning tudung, aku akan tukar setting mesin jahit untuk buat jahit panjang-panjang. Oleh kerana aku malas nak jahit jelujur, aku akan jahit di 3 tempat tudung awning. Jahitan pertama di belah tengah curve. ke 2 dan ke 3 di bahagian antara mula/end curve hinggalah berdekatan dengan tengah curve. Kesemua jahitan ini tidak dimatikan kerana akan ditarik selepas aku jahit tudung full pada awning. (Aku noticed kalau aku jahit mati the tudung awning untuk bentuk curve, THEN jahit lagi sekali pada tudung - jahitan akan nampak keras dan berserabut)
Dah selesai, aku akan ambik pensel jahit tu untuk buat curve awning bagi jahitan cantuman nanti.
CANTUMAN TUDUNG FULL & TUDUNG AWNING
aku akan letak the right side of tudung full di bawah dan the wrong side of tudung awning di atas. Aku akan jarum peniti kan again the 3 spots sama macam yang aku dah jahit jelujur mesin tu. Oppss sebelum terlupa, sila betulkan tempo/dial mesin tu ok.
bila nak mula menjahit, the long side akan di luar, the short side ngadap dlm mesin. Tangan kanan aku kat celah mesin between tiang jarum dan tiang mesin. Untuk bentuk curve yang elok, (selepas menjahanamkan bermeter meter kain) aku noticed right hand kena play a role dengan menarik kain secara curve. Kalau right hand tak betul, makanya curve takkan menjadi dengan elok. Make sure jugak left hand tarik kain tudung full supaya nanti tak bertindan bila buat cantuman tu. Aku selalu make sure dengan merasa ke'smooth'an kain dengan left hand sebelum kain lalu pada jarum. kalau rasa-rasa tebal lain macam je, stop pressing pedal n tarik tarik sikit.
Pasni aku baru hanta jahit tepi belah cantuman awning n tudung full dan juga jahitan belah tengah tudung.
FINISHING TOUCH
Again selepas menjahanam kain yg sangat banyak, aku noticed aku kena jahit belah tengah dulu sebelum jahit tindan belah bulatan muka. so aku akan jahit ni dulu. Bila dah jahit, baru aku akan jahit kemasan tindan bulatan muka. Yang ni aku kena extra careful sebab jahitan akan nampak dek orang. Aku akan tanggal/pasang kotak simpanan barang tu n guna cara nak jahit sleeve bila jahit part bulatan muka ni.
Seterusnya, untuk jahit keliling tudung, dulu aku jahit tepi dan jahit jelujur mesin. tapi huru hara sebab aku tak pandai jahit bulatan dengan baik. So, aku try teknik kelim dgn foot presser. Yang ni aku noticed, kalau aku pakai fine material, dia akan jadik berombak. Ada fesyen yg gini on the market, tapi aku dont quite like the finishing effect. So la ni aku tengah kumpul-kumpulkan tudung yang dah siap so aku boleh anta jahit tepi tudung according to the color of the tudung (as opposed to the normal white/black jahit tepi)
There u go. Cara jahitan tak profesional aku. Sekian terima kasih.