am writing this post on the bed at the hospital.
been in and out from ward since i was at week 32 due to hypertension. 1st day puasa dah kena admit sebab bp rocketing high - 160 over 90++ rasanya. macam serah diri bulat-bulat je. dengan tak bawak baju etc, datang for the monthly checkup - ended 4 hari warded. sampai hari yg ke 11 ni, still tak puasa, sebab kena sumbat ubat. mampos la aku nak ganti puasa.
On the 4th August, doctor bagi balik with a week mc and a letter confirming that i may not be able to come in for work until delivery. Kisahnya aku dah kena preeclampsia. Shit - i have a name for the damn high bp now!! rasa kalau high bp tu, alaaa lepak la, ko stress bp naik kan, ini dah jadik penyakit la plak. Pastu dah ada uric acid ke apa ntah dalam urine. part ni aku tak tau sangat. belum sempat google.
Dapat la 'cuti' seminggu mengangkang kat rumah. merasa la jadik mem besar. tapi penat jugak la. bulan puasa la kan. mata ni asyik memberat je makan ubat, tapi kena la bawak bawak bangun sahut bagi bapaknya makan, bangunkan anak anak sekolah. itu pun memanjang terlajak je anak aku sebab maknya pakat tido lepas masak sahur.
So hari ni, check up lagi. rasa cam mentally dah ok dah. sekali ambik ko, protein in urine dah 4+. aku pun tak tahu la apa kah maknanya. harus kejab lagi aku google. elok-elok boleh kuar lepak kat rumah sambil tunggu beranak, hambik ko, masuk balik ward. adeiii sengal aku dibuatnya.
to make it worst, masa memula tu kenkonon by week 36 nak bawak kuar baby, sekali dah macam ni, doktor sound, tak boleh tunggu, harus kuarnya like the latest on monday. aku dok pikir nak buat bila. monday ke esok je. sama je gamaknya. aku tunggu sampai monday pun, bukan nya ada big difference pun kan. hehhe bil hospital ada la differentnya. rabak dah laki aku. dah la hari tu admit 4 hari dah rm1000++. ni lagi 4hari ntah brp pulak, belum lagi charges beranak - yg confirm confirm c-sec. belum lagi charges baby. hahahhahaha tak pe la ke kekanda, ambik ko merasa anak last ni menanggung.
oh yes, this maybe our last one. tak tercapai la cita-cita aku nak anak 5.doktor rekomen untuk ikat sebab likelihood the same illness serang time pregnancy is really high. aku pun rasa at the age of penghujung 33 ni, nak beranak apa lagi. so if confirm c-sec, aku ikat aje la.
harus takde gambar apa-apa. niat hati nak cam whore ngan pressie baru, tapi dah kata warded mengejut, kamera pun ntah mana aku letak aku tak hingat. ni pump pun belum basuh, baju baby pun aku bajet dobi aje la ni. semua dah tak sempat. sib baik ada kenkawan. jamu n bengkung pun kenkawan yg belikan. aku main maybank2u je duit kat korang.
tak tau nak story apa lagi. aku harap aku branak esok. dapat slot time. memula doktor nak kasi baranak senin. aku paksa paksa hari jumaat esok gak. dapat jumaat, laki aku la kero -terkesima rasa tak ready. suh aku tukar senin. aku dah tukar senin, siap kena sound ngan nurse dah - jangan tukar tukar, sekali malam tadi pukul 10 baru dia datang visit aku dia kata ok la pulak hari jumaat. hish, tebal dah muka aku nak mintak sembelih esok. nampak naa banyak songeh.
hari ni agaknya hari bangla/pakistan sedunia beranak kot. dah 3 orang beranak kat ward recovery ni semua orang ni. pastu jerit terlolong lak tu. aku rasa cam nak lempang sorang-sorang. tau la sakit, tapi jangan la sampai sebatu jauh menjerit. langsung naik darah aku dengar dia menjerit.
ok ok. better stop now. kang tak cukup naik lagi darah aku. nurse ni pun asyik usha aku suh tido. tak sedar aku dah naik majal ni asyik tido je. haram betul.
harap dapat beranak esok la. tak larat dah dok dalam ward. cau cin cau...