Anak saya buat perangai lagi. huhuhu
Pagi ini dengan nada yang sangat tenang dia telah mengatakan.
"Mama tak nak pergi sekolah"
saya dengan tenang pun bertanya:-
" Kenapa?"
Dia lagi tenang dari saya menjawab:
"Tak tahu.tapi kakak memang dah tak nak sekolah dah."
Dari cara percakapannya dan level kematangan anak saya, saya tahu dia memang dah tak mahu ke sekolah..LANGSUNG. bukan hari ini, bukan esok atau bila dia mengantuk. tapi memang dia tak mahu sekolah.
Saya tidak mahu mentraumakan keadaan telah bangun dan mengosok baju suami saya. Selang beberapa ketika, suami saya telah memanggil saya dan memberitahu perkara ini:-
"Alesha kata dia tak mau sekolah sebab kat situ semua orang cakap cina."
Ohhh sungguh bersalah rasa hati saya mendengar kata-kata itu. Adakah saya tersalah menghantar tadika sehinggakan anak saya merasa sungguh tidak memberansangkan untuk belajar. Adakah saya salah kerana cuba untuk melatih anak saya agar pandai bergaul meskipun dalam keadaan yang bukan kehendaknya?
Hati saya terdetik (dan memang dah terdetik beberapa ketika yang lepas) bahawa dia tak sukakan suasana disekolahnya. Anak saya sangat chatty orangnya. Mungkin kerana bahasa rasmi sekolah itu ialah bahasa english dan bahasa tak berapa rasminya ialah bahasa Mandarin, anak saya rasa terpinggir dan bukan dalam element nya. Tapi seringkali waktu saya meninjau ninjau dia di sekolah, terutamanya waktu dia tidak perasan kehadiran saya, saya dapati dia berkawan dengan baik, meskipun ibarat ayam dan itik. Yang lebih membanggakan saya, adakalanya saya lihat dia berbicara di dalam bahasa english di sekolah bersama teman-teman meskipun ianya hanyala sekadar no dan yes.
saya sangat dilema. Terutamanya sekarang ini adalah waktu untuk membayar yuran persekolahan. patutkah saya memberhentikan dia dan menyekolahkan dia di Tadika Kemas atau Tadika yang bahasa rasminya bahasa Melayu, lalu saya dapat menabung yuran yang sepatutnya saya bayar? Atau saya teruskan aje persekolahannya dengan harapan dan pegangan bahawa kanak-kanak adalah seperti sebuah span yang akan menyerap apa sahaja disekelilingnya.
nota kaki: saya baru sahaja membuat laporan parlimen di dalam bahasa melayu. ohh alangkah bersabutnya bahasa melayu ku.