oohh baru sekejapan tadi bloghopping..tetiba sangkut lak ngan blog minah ni yang baru aje masuk family aku..ohh sila jangan tanya banyak banyak, sah sah nanti kang aku lak kantoi mengata orang.
Tapi really eh..kalau orang cakap 'cakap malam pandang pandang' (hehe betul ke ni?) cakap dalam blog lagi kena cover. Hmmm ni yg buat aku nak caras entry lama lama tu.
Aku takde la nak blame minah ni coz aku paham la yang dia nak lepas tensi..tapi apa hal kutuk family aku weh!!
FIRST RULE : ko bukan kawen ngan dia aje..KO KAWEN NGAN FAMILY DIA TERMASUK LA SEPUPU SEPAPAT ETC ETC ETC. if rasa rasa nak kawen sendiri, pi kawen lari, balik register, pastu tinggal la kat ulu perlis ke mana..aku rasa cam aku takde la sedara mara ..yang jugak sedara mara laki ko kat sana.
SECOND RULE: so what kalau kawen orang sini sana bising. Itu la namanya cabaran. CINTA sampai nak muntah pun if ko tak masuk kan elemen elemen luaran tu, ko takkan tahu tahap cinta ko tu. Masa tu la ko nak test power, betul ke aku ni dah sedia..betul ke budak jantan ni responsible? ini belum lagi cabaran lepas kawen. Ishhh masalah sebelum kawen tu sekelumit aje la. Masalah anak..masalah time..dapat lak anak sakit..uwahhh boleh rasa nak letak kepala dalam pasir ok!!
THIRD RULE: tak de third rule. Aku cuma nak cakap pandai pandai la bawak diri. Dah la ko kawen ngan di antara yg ter kecik in the family, sedar sedar memang ramai la 'PENASIHAT TAK RASMI'. rasa rasa tak mau dengar, time masalah jangan lak datang jumpa family. Ini kes lempang pun, nak jumpa aku, kes tangkap polis aku gak..itu belum kes nak pinjam duit lagi. Sendiri mau ingat la.
hmm sapa agaknya sedara mara aku yg baca blog aku?hmm..nasib korang la yea. aku tak jemput sangat pun. if ada yg rasa rasa sentap tu..silala buat blog n kutuk aku cam aku kutuk minah tu. hahhaha