Saturday, December 20, 2008

Komen aku tentang post cik Non

Sebab aku ni giler glamer, aku pasti-pasti comment aku yang dah terlambat sokmo ni takkan dibaca orang kat blog kak non (wei kak oi - aku confirm confirm ko tue dari aku sket lps baca tag mu ittew, tapi sebab dah semua orang -ececece cam ramai amat - terpanggey kak non aku continue aje la) almaklumlah ada 23 comments dah pun!! Lagi satu, aku tak reti nak link link yea, korang pepandai la carik sapa Kak Non sebab aku tak leh nak include blog dia dlm list aku kerana bedebah mike haru yang blue tu still akan kuar sementelaah aku cuba berkali-kali mengcorrectkan address ko Kak Non.

OK..here goes yea. Eh sebelum tu, sesiapa yg terasa pedas sini sana kerana telah membuat komen itu selepas membaca komen aku, anggap aje la ada benda yg anda tak tau nyata dan ada benda yg memang anda akan tertau lepas baca post aka komen aku ni hokey..tarak hurt(heart?) feelings wokey

OM5 punya connection ngan sedara mara tu dengan itu nyer company memang tak benar sebenar benarnya. Kalaupun apa asas pertubuhan company itu ada percampuran OM5 dan sedara maranya (yang aku sendiri tak tau yea) , mungkin secara kebetulan. MUNGKIN kerana aku tak tau la..OM5 tu bukan sedara aku.

tapi YANG NYATA, mereka yg bekerja kat kompeni tu semua makan gaji dan memang ikhlas untuk menaikkan integriti halal. Kalaupun ada sengal sengal kat sini sana yg cakap diaorang tu busines minded la etc la , TOLONGLAH PERCAYA DAN YAKIN bahawa integriti Halal itu terjaga. company konon konon tu sungguh nak bantu orang Islam Malaysia dan aim utamanya adalah untuk pastikan produk Halal Malaysia dikeluarkan oleh orang Islam dan kalau bukan orang Islam, dari pengeluar yang mematuhi peraturan pengeluaran produk makanan Halal yang diiktiraf Jabatan Standard dan ada ISO nyer. tak yah la aku tulis apa coding guide tu yea kekawan..tak masuk periksa pun. Dan tak payah la jugak aku mengexplain significant Guide ni sebagai ISO iktiraf sebab aiyahhhh tu dah nak masuk chapter lain tuh dan separuh orang dapat bayaran ok buat benda tu!!!!

YANG NYATA nya, produk halal di malaysia dan negara luar dipelopori oleh orang BUKAN ISLAM. Ini ada statistik yang aku tak kuasa nak bagi kat sini sebab aku ni bukan buat laporan kat MIDA hahahhaha...So part of the mission kompeni tu ialah memastikan pengeluar halal ini orang Islam. Sasaran peringkat antarabangsa kompeni ni ialah memastikan produk Halal segempaq kosher. Kalau korang yg tinggal obersee tu, maybe bboleh confirm kan la yg korang kekadang lagi nampak & consume Kosher dari halal sebab Halal tarak. Aku ada statistik nyer jugak purata Kosher dan Halal products internationally. tapi tak kuasa aku nak quote la kan.

YANG NYATAnya, Islam ni ada pelbagai mazhab. Aku sah sah la bukan pakar bab ni. Aku nak cakap yg Pak arab tu bukan amal islam betul, samalah aku rasa cam Pak arab tu kata kita tak amal islam betul. Korang pahamtak? Bagi pak arab, katak memang dia boleh telan. babi memang boleh dia pegang. Babi pada diaorang memang tak leh makan je. So jangan terkujat lak dan cakap pak arab bukan Islam (kalau dah memang bukan Islam lain hal la kan) kalau dia pakai kasut pig lining. Yang pasal minum arak tu, aku tak leh nak cakap panjang sebab aku tak de ilmu pasal ni. tapi untuk makluman korang, Majlis Fatwa sendiri tak sebut dengan jelas berapa % alcohol yang tak dibenarnya. cuma sebut 'sedikit' aje. So sedikit engkau ngan sedikit aku beza kan? Tolong tegur aku kalau reference pada Majlis Fatwa tu salah. Tapi terkini yang aku tahu, memang diaorang tengah bincang nak decide berapa is 'sedikit'. Jangan melompat dulu, tunggu keputusan yang muktamad.

YANG NYATAnya, negara kita ni sangat disegani di mata antarabangsa tentang kearifan kita tentang halal. Aku rasa pasal inilah si OM5 itu telah mengambil kesempatan dan menubuhkan kompeni untuk ride on this fact. BUkan untuk kepentingan peribadi, tapi untuk kepentingan orang Islam Malaysia dari segi ekonomi secara amnya. Ini pendapat peribadi ok. so korang tak leh nak gaduh ngan aku pasal ni. Sukati aku la nak bagi pendapat lagu mana. JAKIM tak leh nak take on this sebab mandat JAKIM tu hanyalah kemajuan Islam Malaysia. Dah namanya gitu kan. So kat Malaysia je lah kuasa JAKIM tu. Dari itu, untuk mengenengahkan Islam Malaysia diperingkat antarabangsa, makanya korang dengar la itu perkataan Hub Halal. Tak kuasa aku nak terangkan apa Hub Halal tu la. cari sendiri la kat suratkabar lama. Kemajuan kita ni bukan saja pada Guide yang kita telah developed, tapi kemajuan sains & teknologi yang kita telah bawa. Korang jangan tak tau, saintis kita dah cipta macam-macam dalam bidang Halal ni. Aku penah tengok mata kepala sendiri ada alat yang boleh sniff - ya betul BAU produk n tau berapa banyak kebabian di dalam produk itu. Dalam bidang pharmaseutikal jugak kita sangat hebat. Ko ingat kapsul halal mende kejadah tu sapa yg research? Kompeni Malaysia jugak.

YANG NYATANYA undang-undang Malaysia ni ada sikit bengong. Again ini pendapat peribadi Pasni aku masuk ISA, aku pasti. Segala benda dalam ruang lingkup Islam adalah dibawah kuasa YM SUltan negeri masing-masing. Of course, federal states tak termasuk. So bila ko sebut Halal, makanya Sultan aje yang ada kuasa. Susulan dari itu, mestila ada masalah sket pasal penguatkuasaan. Orang-orang JAKIM (dan even kompeni ni pun) tak leh buat apa-apa sebab diaorang takde kuasa untuk impose punishment atas kesalahan yang tidak diklasifikasikan dibawah kuasa mereka. JAKIM kan di bawah federal. Pehal pulak nak gi ambik tindakan atas kompeni yang terletak di say...Perak..Haaa sah sah itu negeri Bulan. Nak carik pasal ke apa?

YANG NYATAnya lagi..JAKIM pun tarak kuasa enforcement. Yang ada kuasa ialah KPDNHEP bawah akta ehemm (lets not get technicalla yea) itupun enforcement power hanyalah sekiranya penggunaan Halal itu pada produk tak halal. Kiranya kalau ko letak Bismillah pada makanan tu, dan memang makanan tu disembelih mengikut sharak, memang kira halal la. Tapi kalau letak bismillah dan tak halal, kalau korang adu kat KPDNHEP, barulah boleh buat tindakan. Itupun aku nak ingatkan korang, Halal nyer tu bukan la se'HAlal' mengikut Guide yang aku cakap tu. Halal kalau seperti yang dedifinisikan oleh Guide tu adalah mengikut sharak dan bersih. Kalau sembelih ikut sharak pastu baling ayam kat lantai penuh taik ayam TAK HALAL ya puan-puan (dan tuan tuan kalaulah ada).

YANG NYATAnya, kita tak ada kuasa undang-undang untuk compel orang mengeluarkan produk makanan Halal sahaja. Itu in contradiction dengan Federal Constitution yea korang - hak berugama. Kita ni memang nampak Halal ni sebenarnya dari segi ekonomi dan pengeluaran makanan, tapi orang lain nampak - pehal ko nak suruh aku kuar makanan ikut itu agama Islam. Aku ni kristian, nak tarbiyah aku masuk islam la tu, Eh mana hak beragama aku - Ini adalah diantara argumen yang aku boleh nampak la. Sementelaah itulah, mana-mana kerajaan pun Tak kisah la dacing ke bulan jatuh ke riba ke, bahkan roket ke bulan pun (kalau la mika teringin nak wajibkan Halal) tak kan MAMPU berbuat demikian.

Wah..cukup tak aku jawab komen-komen yang banyak kat post Kak Non. aku dah penat nak baca satu-satu la weh. Kalau aku tertinggal, sorry la. nak pasti makanan betul halal? potong ayam sendiri, kisar tepung sendiri (halal tu masuk bersih tau, aku rasa kilang tepung tu takyah pikir la bersih ke idak) dan buat segala mak datuk raw materials sendiri. Tak pun, ko boleh jadik cam aku, yang yakin dan suci hati dan serah semuanya pada Allah.