AUNTIE JUA, SILA PILIH KELUARGA KAMI KERANA..
Kami ni ibarat keluarga 69. Pak sedara saya baru je umor 6 tahun, walhal abang sedara saya aka cousin saya dah pun nak masuk darjah 4. Itu tak termasuk saya yg dah umor 5 tahun, tahun depan.
saya rasa, bila saya besar nanti, mesti cam terkonpius nak panggey pakcik saya apa.La ni memang la abang sedara saya tu dok jerit jerit Pak Cik Pak Cik kat pak cik saya tu masa main wrestling WWF, tapi gamaknya kok nak mintak rokok sebatang ke bila dah umor 30-an nanti (uisshh idak le saya nak dorang tu merokok hookay) mesti cam awkward je gitew.
Pak cik saya tu pun satu, kekadang tersasul sasul panggil diri sendiri nama dia..(bukannya pakcik cam yang kitaorang panggey)..itu belum lagi dia panggey mama saya auntie. ada ke kakak dia , dia boleh tersasul panggey auntie.
tapi tak kisah apa pun, saya rasa gamba raya kitaorang ni memang paling GLAM skali. rasa cam boleh jadik cover kaset kumpulan rock dulu dulu pulak - ini mak saya la yang kata. Tak pun jadik gambar model susu cap gantung untuk budak budak membesar sihat.
Auntie Jua, saya tahu saya tak cukup syarat - tapi quote mama saya - ada aku kesah??? - kerana sememangnya saya ni datang dari keluarga yang suka GLAM GLAM sebegini.
So Auntie Jua, pilihla foto ni sebab saya rasa saya sefamili sangat vogue gitew..
Ini lah gambar family saya yang sangat vogue itew...
cerita sket pasal pic ni. Ni kat kampung rumah unyang saya. Nampak tak frame kat blakang tu? tu semua gambar lama lama atok/nenek/uncles etc etc mama saya. Saya pun dah tak berapa kenal la diaorang tu. semua cam dah janggut janggut buncit pun ada. yang dah meninggal sah sah la saya tak kenal kan. Rumah ni ala ala rumah tinggal la jugak. Cuma atok saya je yang balik seminggu skali tengok keliling. Chantek kan gamba saya ni!!
salam sayang;
Alesha Razan
p/s: mama saya budget budget takkan menang, so dia paksa letak 2 pic sebab giler glammer yang teramat.
Tuesday, December 15, 2009
Monday, December 7, 2009
Happy Birthday Abang!!
Yes..its this lil'kid birthday last Saturday.
Azhad Razan now is officially 2 years old!!
I dont really know what to write. But somehow obligated to write something just to commemorate his big day.
We had a small (small? apa kes nak dekat 30 orang la!!) makan makan with the inlaw. As many of them are not in Malaysia, majlis tu jadik sedang-sedang aje! ok la heks memandangkan maknye pun tak larat nak melayan sangat.
oohh kakak alesha harus ada yea. birthday nyer next week ni.
Thanks to the inlaws yang masak itu ini - mak masak spaghetii je- memang enak enak segalanya.
As tradition for the inlaw, any birthday celebration akan jadik celebration beramai ramai. nama dalam kek harus ada nama semua orang yea. though mak yang satu ni kenkonon nak exclusive anak-anak dia, but what the heck, budak-budak ni lagi suka bila the cuz are around.
malas nak jadik soapy nak flashback ke apa. takde idea nak menulis doink.
Happy birthday Azhad dear. may all your dreams come true
Subscribe to:
Posts (Atom)