Monday, July 23, 2007

I need Lurveeee

Sebenarnya la kan..aku ni berat hati sikit nak cerita pasal kisah hari ni. Simply sebab hari tu laki aku cakap.."berdosa awak umpat laki sendiri kat seantero dunia"..

Sejak dari hari dia sound aku hari tu..i tried to limit my blogging about dear hubby to benda yang baik baik. TAPI MASALAHNYA...geram la aku kan asyik nak citer yang elok-elok bila yang pastinya, kita ni manusia ada buat benda yang tak betul jugak kan.. So..aku nak citer jugak pasal kisah hari ni...with very much attempt memfilter kan apa yang patut difilter.

Alkisahnya laki aku ni mengamuk kat aku few days ago to the point cakap organ badan manusia ke aku ni. Hehhehe...aku ok aje la sebab aku pun ala ala ada habit 'memuntahkan' perkaitan berkenaan organ-organ manusia ni bila aku time marah. Yang aku terasa hati tu bila dia sound aku nak makan apa, dia bawak..dia belikan. Eh!eh!..bara la aku kan...aku ni kan tengah mengandung..sensitip la kalau cakap pasal makanan ni. Lagipun bukan apa sangat yang aku mintak..setakat daging masak merah kedai kat kota damansara je. Bukan la mintak daging rusa kedai kat seremban nun. Rasa nak aku campakkan aje duit bayar balik duit makan aku malam tu.

Tapi alkisahnya...dia marah sangat kat aku tu sebab aku malas nak singgah umah in law aku malam tu. Iyalah..time was already 900 pm masa tu. Hujan lak lebat. Aku dah la penat..perut dah kenyang. Dah la malam jumaat kan..hujan hujan lak tu. Aku tak sabar sabar nak balik rumah la kan...

Aku malas nak layan dah...Nak kata kecik hati, dah besar biji kuaci dah hati aku ni gamaknya.

Tup tap tup tap dah masuk hari Ahad. Kata orang sedangkan lidah lagi tergigitkan..sakit hati pun, takde la aku nak buat perangai cam zaman bercinta dulu. Apa pun..anak depan mata. Nak masam muka lelama pun buat stress n menambahkan kedut aku je.

The entire sunday, we had guest at home. Malam tu gamaknya kekasih hati aku ni tetiba ada semangat nak bercinta la kot. Sejuk agaknya sebab hujan..nak body heat lah tu..

Our conversation went on something like this:

Moi : awak ni sekarang tak reti nak mintak maap yea

Laki moi : (dengan muka sengih-sengih)..ala..saya marah pun bukan lama..kejab je.

Moi: dah salah kena la jugak mintak maap. tak kira la

Laki moi: alaa..nanti buat balik

Moi: (dengan muka berkerut tak paham)..apa?

Laki moi: kalau saya mintak maap pun, esok esok saya buat balik. Lagi sakit hati..Saya mintak maap dengan perbuatan je la ...(cakap endah tak endah sambil bangun gi toilet)

Moi: (muka pelik rasa cam bodoh..betul ke apa yang aku dengar ni??)

Apa gamaknya laki aku ni?? Patut ke apa apply concept "ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS" dalam perhubungan suami-isteri aku ni...

2 comments:

Fid said...

deranmmg tak moh minta maap..laki aku kata kalu dia minta maap kang aku lg marah dia..logik??

Anonymous said...

hahaha....raihan..dulu...satu ketika dulu....mmg aku pon bengang bab ni...tp mak dah jumpa formula supaya laki mak lembut hati nak mintak maap kat mak!! yahaha...rahsia baekkknya.....
p/s: btw,men r always men...they r all the same ekceli! eeeiii..