Tuesday, October 30, 2007

Harga Kasih Sayang

Pagi ni macam dah jadik morning ritual, aku singgah pada blog-blog yg aku selalu frequent. Memula blog redribbon, belajar menginsafi diri dengan kisah2 HIV, pastu gi blog lovebaby baca dia mengomel and off topic sambil aku senyum simpul, pastu lak click blog anamiraa- dari senyum simpul aku senyum lebar - haa eksyen lagi pandai buat kueh, kan dah gemuk, dari situ, aku click blog idham - a clear blue sky.. dan senyuman aku jadik mati tiba-tiba.

Aku tak penah kenal Mr & Mrs D. Aku tau kewujudan diaorang pun dari blog Idham - yang memang tak kenal aku pun! Aku tak penah tinggal komen let alone nak call/ym etc etc untuk introduce diri aku ataupun join program-program yang diaorang anjurkan.

Tapi kadang-kadang bila lewat malam, aku terfikirkan kehidupan orang-orang yang aku tak kenal dan tidak pernah mengenali diri aku ni. Kadang-kadang aku rasa diri aku ni kecik sangat dibandingkan dengan diorang ni. Kadang-kadang aku rasa diri aku ni beruntung sangat sebab Allah dah beri apa yang aku ada sekarang dan aku tak cukup bersyukur ke atas segalanya.

Aku dah follow kisah Mr & Mrs D sejak sebulan lepas. Aku rasa diaorang loving couple malah lebih loving dari aku n dear hubby. Mungkin keadaan mereka membuatkan timbul kesedaran untuk lebih menghargai pasangan masing-masing. Lebih-lebih lagi bila kita tahu yang time is not on our side.

Bila Mrs. D decided to show their family pictures, hati aku sayu mengenangkan kehidupan diaorang. Wajah-wajah riang Mr & Mrs D suami isteri penuh kasih sayang, saling tak tumpah macam senyuman aku n dear hubby dalam gambar-gambar kami. In split second, they could have easily been us.

Bila ada masa, aku baca balik post Mrs. D yang mula-mula. Dari start Mr. D tak de penyakit, sampailah ke post terakhir Mrs. D semalam tentang sambutan hari jadi suaminya.

Betapa kecil aku rasa diri aku ni kerana aku pernah meminta-minta dear hubby belikan itu ini. Hakikatnya aku tau dear hubby kadang-kadang tak mampu, dan permintaan aku tu hanyalah gurauan. Tapi deep down, aku berharap yang dear hubby akan mampu satu hari nanti dan actually hadiahkan apa yang pernah aku minta.

Lain sungguh dengan Mrs. D yang hanya mahukan 'more of you each day' dari Mr. D. Dan apparently hanya Allah yang tahu apa baik untuk umatnya. Pagi tadi, dari blog Idham, aku dapat tahu Mr. D sudah kembali ke rahmatullah - Al fatihah.

Aku tahu betapa sukarnya bagi keluarga Mr & Mrs D (Mrs. D especially) untuk menerima hakikat itu walaupun mereka sangka they are spiritualy prepared for the hit. Tak kira berapa lama tempoh yang diberikan oleh Doktor atau berapa kita tekun kita berdoa untuk diberi kekuatan dariNya. Aku tahu perasaan menerima berita kematian dan menyangkakan diri telah cukup bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Hakikatnya, hanya masa yang akan menyembuhkan luka dan kekecewaan di hati. Dan perasaan rindu yang akan mendatang nanti, tidak akan pernah kurang dan one day, kita akan lena berendam air mata kerana perasaan rindu yang teramat sayang pada orang tersayang yang telah pergi. Kalau kita bernasib baik, mereka akan hadir dalam mimpi dan mengubat sekelumit kerinduan kita. Hanya doa dan harapan agar satu hari nanti, kita akan dipertemukan semula di ambang syurga jika diperkenanNya.

Aku tak tahu samada Mrs. D akan menyambung blognya dan memberikan update terkini keadaan keluarga selepas hari ni. Kalau aku berada dalam tempat Mrs. D, aku rasa aku tak mampu untuk membaca semula apa yang pernah aku tulis tentang hati dan perasaan aku waktu Mr. D masih ada.

Apa pun, aku berharap Mr. D sempat bertemu keluarganya seperti yang diceritakan oleh Mrs. D. Aku berharap Mr. D pergi dengan tenang dan dalam dakapan keluarganya. Aku harap Mrs. D terus tabah dan terus tenang sepertimana dia telah tabah dan tenang menjaga Mr. D sepanjang masa.

Post kali ini dedicated khas untuk Mrs. D - wanita tabah yang tidak pernah tahu betapa kagumnya aku pada dia. Hanya Allah yang tahu pengorbanan Mrs. D dan memberi balasan syurga yang sewajarnya.

Aku doakan arwah Mr. D ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Aku doakan agar kedua-dua Mr. D dan Mrs. D dipertemukan dan dijodohkan semula di kehidupan selepas ini.

- Amin -

9 comments:

Fid said...

aku nak gi baca juga laaa

pinkytoe said...

aku lupa nak post add dia - http://pausetoreflect.blogspot.com
dalam blog aku under pausetoreflect. Aku tak leh imagine diri aku.Tapi aku sedar- satu hari nanti masa kita akan sampai jugak.

nuhaafnan said...

salam, anne selalu follow blog dia & rasa terpukul sgt bila baca latest entry this morning. dah la berambu air mata tadi, baca entry pinkytoe berambu air mata balik :(

thnks for writing this. tak mungkin kita dpt bayangkan kehilangan sebegini.

knv said...

memang sedih. memang sedih.

Rizza said...

sedih nye..aku pun tersebak baca cerita dia...

mamaDhea said...

nak baca gak....

Ms Lola said...

al-Fatihah

Ms Lola said...

nak sambung komen.
aku pun sedih ngan diri aku sendiri. tak pernah cukup ngan apa yg ada, huhuhuhu

Ms Lola said...

knock, knock. hang dah beranak ka?