Wednesday, April 29, 2009

Quiz Or Hadiah Percuma? - DAN PEMENANGNYA

mengikut resam dan perangai saya yg suka meniru orang, saya pun macam teringin nak menjalankan satu Quiz (dan yg berkaitan dengannya) dengan tujuan memberi hadiah. Tapi bagaimana caranya yea?

1. adakah dengan menganugerahkan hadiah kepada pembaca sesiapa yg hit marked 1888? tapi macamana nak tau siapa kah mika itu?

2. adakah dengan menjalankan kuiz meneka pic?

3. adakah dengan membuat satu kuiz teka kata?

oohhh saya ada idea...sapa yg mencadangkan idea yg bernas untuk menjalankan kuiz akan diberi hadiah.

hadiahnya? hmm...apakah tudung DIY saya memandai? (tak memandai pun nasiblah-aku nak bagi free dah cukup baik)

sila sila lah sebarkan yea...

penghantaran kuiz akan ditutup pada pukul 9.00 mlm hari Khamis 30/4/09.


NAMPAKNYA TIADA SESIAPA YG BERMINAT..TAK PE..TAPI SEPERTI YANG DAH DIJANJI, (DAN SEMEMANGNYA SAYA ADA TUDUNG EXTRA) SAYA RASA SAYA AKAN BERI KEPADA .............................



cik yan


sila sms kan (jika ada no. saya) atau memberi address dalam ruang komen supaya saya dapat memberi itu tudung kepada anda.

Color apa? saya bedal aje la color apa yg saya ada...if tak match n tak suka..awak buat la apa-apa dengan tudung tu.

ohhh kenapa cik yan? kerana pendapatnya itu mungkin saya akan laksanakan untuk kuiz (sekiranya saya nak buat lagi la) akan datang..

saya tunggu ya cik yan

Thursday, April 16, 2009

Cerita Profile

Tagged by Marisa (oi aku baru pasan ko tag aku..sori la lambat)

1. Letakkan gambar profile anda:




2.Terangkan maksud gambar itu:
gambar Alesha & Azhad. Rasanya Azhad masa ni about 5-6 months kot. Alesha masih lagi mahu go sleeveless (la ni asal jumpa baju takde lengan - SEKSI!!! dengan her rambut yg baru didandan (now she demanded tocang ok!! ikat ponytail tak mau. Kena tocang!! Silap angin mintak 2 tocang...terkial kial mak nak ikat nyah!!)

3.Kenapa pilih gambar itu?
impian aku untuk semua anak dok dlm car seats dlm keta. Haram!!! Azhad dah besar ni jgn harap nak dok sensorang. bontot tu kalau tak lapik peha aku yg double padded ni tak sedap agaknya. Ni la di antara zaman-zaman anak-anak mendengar kata dok dlm car seat so mak boleh la berangan-berangan (atau tido berdengkur) sementara pak jadik drebar.

Wednesday, April 15, 2009

1st time i saw you

Tag by Erna

Rule #1:Letakkan gambar anak yg baru lahir. Gambar kalo boleh mestilah gambar yang masih dalam wad, maknanya gambar anak hari PERTAMA..

1. Alesha Razan


2. Azhad Razan


Rule #2:Letakkan butir ini :

Nama penuh : Alesha Razan
Nama Panggilan : Sha/ShaSha/Kakak
Jantina : Perempuan
Tarikh Lahir : 12 Dec 2005
Tempat Lahir : Damai Melawati Hospital
Berat Lahir : 2.67kg
Cara Kelahiran : Normal with vacuum

Nama penuh : Azhad Razan
Nama Panggilan : Azad
Jantina : Lelaki
Tarikh Lahir : 5 Dec 2007
Tempat Lahir : Pusrawi Jalan Tun Razak
Berat Lahir : 3.49kg
Cara Kelahiran : Normal with gas

Rule #3:apakah harapan korang pada anak ini
untuk terus sayang menyayangi sampai ke anak cicit


dan korang nak anak ini jadi apa besar nanti... dan KENAPA..?
aku just nak anak-anak aku be in a loving relationship -kekal hubungan kekeluargaan walaupun dah beranak pinak, no worries about hutang piutang and sihat wal'afiat. tak kisah apa their daily job coz pada aku yang penting family relationship.

Rule terakhir....
tak de sapa nak di tag...Posted by Picasa

Tuesday, April 14, 2009

inikah hasilnya?

seminggu dua minggu yang lepas, kerja aku mentelaah resume orang...mind you, resume yang aku tengok sampai nak berpinar bijik mata ni bukan calang-calang resume tau..ala-ala profesional la jugak..Jenis manusia yang belajar ke menara gading yang kalau makbapak orang kampung (orang bandar pun sama!) kembang kuncut lubang idung bangga citer anak belajar jurusan apa.

Dipendekkan kata, haram betullah grads la ni..Aku bukanlah cakap tak berkualiti tapi korang tengok contoh ni:-

1. Part skil - ada ke patut skill dia tulis sepak takraw. aku repeat - SEPAK TAKRAW!!!!!!siap ada rating intermediate lagi tu. YA ALLAH...ada aku pedulik ke ko terrer main sepak takraw? kalau ko tulis skil drafting agreement while playing sepak takraw mungkin la aku impres gak...eeee...nak aje aku MENYEPAK KAN budak ni..OPPSSS...bukan budak yea..bapak orang yang umor pun dah 30an..nak pengsan tak??Tapi aku TETAP panggil dia interview. Aku nak menyusahkan masa dia sebab bodoh nak mampos letak skill sepak takraw dlm resume dia. Plus i need to put a face to this stupid person.

2. Part address - tinggal kat seremban...sungguh iya-iya cakap boleh travel. COME ON la kakak!!!!! jangan la nak -mentaik lembujantan-kan aku...sah sah aku tau ko tak leh travel. Bila di press-press kata dia memang biasa travel masa jadik loyar. EH! ingat aku tak tau ke kerja loyar tu camna. Memang la ko syok travel dari seremban ke KL hari hari. Claim masyuk..pastu lak, sampai KL ko merewang gi shopping sini sana baru balik opis. By the time masuk opis dah petang, pastu balik. Tak ke? (ke aku je yang biasa buat cam tu dulu?-haha) Aku tekan lagi...baru la mengaku rupanya tengah pregnant...cehhhhhhhh...nak carik kerja yang office hour la tu. nanti senang balik umah jaga baby.iye dak? Oppss..aku tak racist pada ibu mengandung yea - hanya racist pada yang bukan Melayu aje (dont let me start ok!). Cumanya pada aku if ko nak menemberang - kena la pastikan a. orang yang ko nak temberang tu boleh 'makan' temberang ko, b. ko temberang abis-abisan-stick to your wet thread (hik!) c. make sure jangan kantoi dan membuat kan orang cam aku kata HAH!KANTOI!!!!

3. 2 -3 resume dengan experience yang kencang tapi malangnya part belajar 'incomplete'. Apa maknanya? Tak grad la tuh. Apa ke bodoh tahap gaban korang ni. tak ke 'incomplete' itu menunjukan personality korang yang sebenarnya. Orang tulis belajar law, ko pun nak tulis belajar law..tapi bab CGPA tulis incomplete...adeeeiiii...boleh tak jangan tulis apa-apa kalau ko tak abis course tu.Sungguh nampak bodoh lagi laaaaa. Ok ok aku paham yang maybe say..pak sakit kena jaga pak kat spital, so saya tak abis belaja.Tak kisah laaaaa..walau apa pun reasonnya, if tak complete tak yah la letak. payah na ke nak jual diri sendiri???

4. DAN YANG PALING AKU BENGKEK...tulis speaking/writing English 8-10 rating. Maknanya ko boleh bercakap English dengan jayanya la kan? Tapi bila aku conduct phone interview...HABUKKK!! bukan berabuk cakap..habuk hampagas grammar ke laut mati nun!!! itu belum sangat jelas kemengelupuran nak construct sentence..haarhhhhh jangan la nipu. Aku jentik batang idung tu kang. Tapi aku rasa dia nak tipu - nak impress kenkonon boleh speakang..masalahnya...kalau ko belajar law..WAJIB LA ENGLISH KO 8 -10 KAN?? KAN?? yang paling geram biler grad dari uni yang cas cas ANTARABANGSA (tapi kat malaysia) aje la. Babu jual roti grammar nyer lagi baguih.

ni ada satu set lagi na go thru...*tarik napassss*

Monday, April 13, 2009

Kisah Petang Jumaat

Di satu petang Jumaat yang dingin (hujan daaaa)

ada seorang budak yang mengantuk....lalu telah tido dengan lenanya....



....
....
....
...
..
..
..
..
.
.
.




















syok kena selimut....
....
....
....
...
..
..
..
..
.
.
.





















hmmm....tido kat mana yea?
....
....
....
...
..
..
..
..
.
.
.











....
....
....
...
..
..
..
..
.
.
.
kesian ke tidak??????
Posted by Picasa

Thursday, April 9, 2009

yUHUUUUU

aku baru register untuk ini...


ahaksss....tunggu la kehangatan tahi ayam aku...

skali pregnen padan muka aku.
p/s: Cik lola...idea pada hari minggu (preferable sabtu) sangat bernas. tapi kena advance warning yg tersangat advance (say 4 days earlier). Saya onnnnnnn aje...

Tuesday, April 7, 2009

OU JADIK KE OIIII

Kepada korang korang semua ...aku seperti biasa dah tertinggal kapal membaca cik lola nyer post bertajuk kuang-kuang-kuang..

sementelaah dengan itu, sila la anggap ini invitation untuk melepak ke OU.

Kalau betul korang nak mai..aku pun cam Cik Noba..WAJIB AMBIK HALF DAY. (cuma tak pasti application diluluskan).

Cumanya kerana status aku yg kejab ada kejab takde, sila la sapa sapa mengoffer kan diri untuk jadik organiser. Mak memang tak daya..nanti buat sakit ati orang je organiser cap ayam.

Lola oi...sila la offer...iskk isk iskk..(mati kena sembelih aku ni)

Thursday, April 2, 2009

kuang kuang kuang

uwaaa..lama mak tak memblog noxs! tak tenteram jiwa raga baca blog orang je tapi tak de ide nak tulis apa..

dengan rasminya aku dah dpt taylor tukang jahit tudung. adakah mak kini tokey besar? uwah!! sungguh mimpi disiang hari. tak kuasa..!!!

anak-anak sihat wal'afit except for si kakak yg masih lagi berirama rap "nak mama kat sekolah" every morning. aku dah sampai dah tak larat nak sawan dengar dia dok "nak mama kat sekolah" masa mandi, "nak mama kat sekolah" masa berak, "nak mama kat sekolah" masa berus gigi,"nak mama kat sekolah"masa dalam keta, dah kat sekolah pun masih "nak mama kat sekolah". eeee sawan barbiedoll aku tau!

azhad anak ku yg terhandsome itu makin handsome. apakah makna? ko ingat anak ko sorang je hansome? tapi ritu aku cakap kat kawan aku ada apa baby tak cute..ni korang ni indenial..cer tengok bebetul. cuma korang tak sampai ati je kan nak cakap terang-terang "giler siut hodoh anak ko". sungguh....

haaa..untuk korang yg nak dating esok..cisss...tak aci tau..aku dah la tak tau kat mana nak park keta kat sana...tak baik tau..mana lak aku nak park limo aku kat situ..ececece....apa pun, rasa kaki aku ringan nak ke sana, akan aku gegar..ewahh...

ciao...nanti aku ada mood, aku write more.