Friday, May 22, 2009

MY ALL TIMES FAVORITES

Ini adalah senarai lagu-lagu kesukaan saya yang paling dan paling dan paling saya suka sepanjang masa (...setakat ini)


Careless Whispers (by Wham)

Ini lagu waktu saya kecik kecik. Masa ini tak tau la darjah berapa. Kat mana aku dengar lagu omputih ni pun aku tak tau. Tapi memang aku suka gilerr ok. sampai sekarang. If dok saja saja, lagu ini yg aku dok nyanyi nyanyi.

Apa jenis punya lagu pun aku tak tau. Tak berapa paham aku lyrics je. Cam kisah main curang ngan kawan baik je. Kot ye la gamaknya yea.


All i wanna do ...(by Heart)

seperti yang aku cakap dalam post before this. Killer song. I think it is not much on the lyrics, on the melody. Apa apa, lagu maksiat oii....



Halo (by Beyonce)



Uhhh....goosebumps. Aku rasa cam kelemasan dalam asmara cinta renungan mata mamat dlm videoclimps ni. *goosebumps* again. Serious, if i ever want to fall in love, i want to fall in love like this. Nah! AMbik Ko!!! *sepak muka sendiri bagi sedar* Anak dah 2 la ngok. nak fall in love mende!!!



Terlalu Istimewa - Adibah Noor



Lagu ni Adibah Noor nyanyikan. Masa ni aku tgh preggie Alesha. I remembered still aku tgh tengok citer apa tu....ala..yang Hani Watcha!!! tu. So ada la kuar video clip terkini. Fresh from oven la kiranya. Aku siap tengok sambil nangis-nangis lagu ni. Apa ke sengal. Sila salahkan hormon mengandung ye tuan puan



izinkan Ku Pergi - Kaer



Ive heard this song before. Tapi tak berapa pay attention sampai aku baca posting Mrs D. Then i really take a long pause to take a closer look at the lyric. Whenever i feel out of love, i will listen to this song. Pang!! Penampar lagi sedas!! tapi betul wooo..lagi lebih appreciative akan loved ones kita.

oohh itu sahaja yang saya boleh ingat setakat ni.

harus aku youtube lagu ni semua sekarang. ciao peeps

Sanguine Melancholy

saya pun buat jugak..

ini adalah saya..

Sanguine Melancholy

all i wanna do...

i was trying to sleep last nite when out of nowhere this song popped in my head - only the 1st 2 lines of the chorus that is. I couldn't get it out of my head and the first thing i did this morning when i was in was to google for the song.


Oh Boy!!!

I didnt know the lyrics were such!! Grrrr...giler traumatised when i understood it now. Ye la kan...after all, i was still in primary school when the song was out. i didnt even know what 'made love' was. kuakuakua.. STILL ..IT IS ONE OF MY FAVORITE ALL TIMES SONGS

so enjoy ( i even post the one with the lyrics for you!!)

p/s: mati la orang keliling aku dok dengar lagu ni sepanjang hari..hahha

Something in May

i got this good reading from my boss. and you know i am a self-proclaimed racist kan..u would know where i stand.

Have a good reading u ollss

Friday, May 15, 2009

Kena menyesal ke?

Tidak lama lagi anniversary saya yg ke - 5

Hari tu, adalah aku dok jek jek laki den tu pasal i-pod. hehhe..kenkonon nak la iphone tu untuk hadiah aku.. laki aku diam je

past aku jek jek pulak N-Series...hehheh...manala tau..kot dapek kalau budgetnye aku kurang kan..still dia diam. tapi dia sok sek la pasal rega hp itu hp ini dalam N-Series tu. Maknanya, dia recki la kan..


pastu semalam aku cakap aku nak sunglasses yg ada power. Kenkonon nak pakai spek mata itam. Mak yg rabun ni wajib la kena bagi power kan lens tu. sah sah aestik aku tinggi tak leh pakai lens. Laki aku angguk angguk tanya berapa rm? aku cakap rm600 jeee...

Wahh...boleh ko percaya? laki aku dan dan cakap nanti dia bagi duit..

adakah ini bermakna budget spek aku sangat rendah dibandingkan dengan apa yg telah dia plan yang membuatkan dia agree dengan serta merta??

uWaaa...aku rasa cam aku nak kena menyesal aje mintak spek!!!!!!!

Perkara Yang Tidak Berapa Saya Banggakan

As a mom, ada 2 - 3 benda yang aku bangga sebab aku rasa dengan implementkan benda semua tu, aku ni termasuk la dalam lingkungan mak-mak yg bagus. (ececececec).. tapi ada jugak benda-benda yang aku dah terbuat (..dan masih buat) yang aku rasa haprak giler...apa la sengal aku ni..tapi STILL aku buat jugak.

perkara-perkara berikut adalah:-

1. menakutkan anak aku dengan kata dia akan mimpi hantu gigit dia bila dia tak mau gi kencing n wash up before tido. hehhe...mak tau tak nak bagi alasan apa nyah...anak dara aku tu ketegak if bab bab dia rasa dia tak yah buat ni.

2. mencubit n menampar di bahagian muka - aku memang cam kepantangan sket bab bab cubit n tampar muka ni. Aku rasa cam kejam amat buat gitu. Tapi bila amarah sedang melanda..kenapa buat benda 2 ni je yang paling rasa puas? uwaaa angin meroyan mak dah datang la ni. tahap penderaan kanak kanak aku ni.

3. bagi anak aku makan can/tin food - ececece aku dok rasa benda benda tu cam tak elok. pre-processed food kan. tapi apa la sengal aku tuang gak sos spaghetti tu banyak-banyak siap buat stok lagi simpan dlmpeti ais bagi bebudak ni makan every weekend. tak berkhasiat la ngok!!

4. biar bebudak dok tak pakai car seat - kekadang aku cam merelakan je diaorang ni dok tak pakai car seat. ape la sengal aku ni.

5. tidak mengosok gigi - heheh....ada boleh aku lupa nak suruh dia gosok gigi? doink!!!

cukup cukup la dok kutuk diri sendiri ekkss...hehehe

Thursday, May 14, 2009

i love u

anak bujang saya...


Saya rasa saya jarang bercerita tentang Azhad. Kenapa ya? hmmm agaknya memang trend sejak dari perut lagi kot. sebab seingat saya, masa saya mengandungkan Azhad, memang saya tak berapa suka bercerita tentang kandungan (cerita la jugak yea..tapi tak sehebat waktu zaman Alesha). Saya lagi suka layan perasaan syok sendiri sambil usap perut.

Bila azhad dah besar ni pun, saya rasa posting saya lebih banyak tentang Alesha. ahh kesian anak teruna saya. harus ada cerita pasal Azhad, nanti saya sendiri boleh membaca dan teringat kisah lampau.

Azhad orang yang:-
  • sangat cheeky and very playful. Kadang-kadang azhad jatuhkan barang dengan this look on his face and cecepat lari lepas jatuhkan barang tu sambil ketawa terkekek.


  • pandai main - Azhad pandai main kejar-kejar, pandai main cak cak, pandai main kuda-kuda. Pantang orang ramai, Azhad akan ikut sekali. Ada this one time, Azhad jadik tukang kejar cousin yang lain. He purposely rode on his too small kereta sorong untuk kerja orang sambil jerit jerit.


  • very active - Azhad sangat active dibandingkan kakak. very messy jugak la!! (ini traits ibunya ya, so i am not complaining MUCH). Oleh itu, selalu sangat Azhad kena jerit sebab semakkan rumah and such.


  • very loving n manja - maybe sebab Azhad bf, Azhad a bit depended dengan saya. He could just come up to me simply to hug and kiss for no reason. Itu belum lagi tiba-tiba dalam duduk dalam pangku sambil letak kepala atas riba.


  • suka ketawa dan senyum - Azhad is a happy baby most of the times. Senyum ketawa jerit senyum ketawa jerit. saya kadang-kadang turut ketawa tanpa tahu kenapa Azhad ketawa.

Suami saya complain Azhad jadik a bit robust bila saya ada dirumah. ketawa kuat, menangis kuat, terlebih active dan sebagainya. Bila saya tiada, he is just a like a normal kid (really?) yang manageable and easily entertained.

Teori saya merasakan bila berada di samping Azhad, Azhad rasa perlu untuk show-off his skills dan kepandaian. Itulah pasal dia terlebih semuanya.

Tapi kata suami saya..Tidak....Azhad jadik camtu kerana back-up mama yang kuat. (??)

i love u Azhad.

Tuesday, May 12, 2009

Perangai itu lagi

Anak saya buat perangai lagi. huhuhu

Pagi ini dengan nada yang sangat tenang dia telah mengatakan.

"Mama tak nak pergi sekolah"

saya dengan tenang pun bertanya:-

" Kenapa?"

Dia lagi tenang dari saya menjawab:

"Tak tahu.tapi kakak memang dah tak nak sekolah dah."

Dari cara percakapannya dan level kematangan anak saya, saya tahu dia memang dah tak mahu ke sekolah..LANGSUNG. bukan hari ini, bukan esok atau bila dia mengantuk. tapi memang dia tak mahu sekolah.

Saya tidak mahu mentraumakan keadaan telah bangun dan mengosok baju suami saya. Selang beberapa ketika, suami saya telah memanggil saya dan memberitahu perkara ini:-

"Alesha kata dia tak mau sekolah sebab kat situ semua orang cakap cina."

Ohhh sungguh bersalah rasa hati saya mendengar kata-kata itu. Adakah saya tersalah menghantar tadika sehinggakan anak saya merasa sungguh tidak memberansangkan untuk belajar. Adakah saya salah kerana cuba untuk melatih anak saya agar pandai bergaul meskipun dalam keadaan yang bukan kehendaknya?

Hati saya terdetik (dan memang dah terdetik beberapa ketika yang lepas) bahawa dia tak sukakan suasana disekolahnya. Anak saya sangat chatty orangnya. Mungkin kerana bahasa rasmi sekolah itu ialah bahasa english dan bahasa tak berapa rasminya ialah bahasa Mandarin, anak saya rasa terpinggir dan bukan dalam element nya. Tapi seringkali waktu saya meninjau ninjau dia di sekolah, terutamanya waktu dia tidak perasan kehadiran saya, saya dapati dia berkawan dengan baik, meskipun ibarat ayam dan itik. Yang lebih membanggakan saya, adakalanya saya lihat dia berbicara di dalam bahasa english di sekolah bersama teman-teman meskipun ianya hanyala sekadar no dan yes.

saya sangat dilema. Terutamanya sekarang ini adalah waktu untuk membayar yuran persekolahan. patutkah saya memberhentikan dia dan menyekolahkan dia di Tadika Kemas atau Tadika yang bahasa rasminya bahasa Melayu, lalu saya dapat menabung yuran yang sepatutnya saya bayar? Atau saya teruskan aje persekolahannya dengan harapan dan pegangan bahawa kanak-kanak adalah seperti sebuah span yang akan menyerap apa sahaja disekelilingnya.

nota kaki: saya baru sahaja membuat laporan parlimen di dalam bahasa melayu. ohh alangkah bersabutnya bahasa melayu ku.