Tuesday, May 12, 2009

Perangai itu lagi

Anak saya buat perangai lagi. huhuhu

Pagi ini dengan nada yang sangat tenang dia telah mengatakan.

"Mama tak nak pergi sekolah"

saya dengan tenang pun bertanya:-

" Kenapa?"

Dia lagi tenang dari saya menjawab:

"Tak tahu.tapi kakak memang dah tak nak sekolah dah."

Dari cara percakapannya dan level kematangan anak saya, saya tahu dia memang dah tak mahu ke sekolah..LANGSUNG. bukan hari ini, bukan esok atau bila dia mengantuk. tapi memang dia tak mahu sekolah.

Saya tidak mahu mentraumakan keadaan telah bangun dan mengosok baju suami saya. Selang beberapa ketika, suami saya telah memanggil saya dan memberitahu perkara ini:-

"Alesha kata dia tak mau sekolah sebab kat situ semua orang cakap cina."

Ohhh sungguh bersalah rasa hati saya mendengar kata-kata itu. Adakah saya tersalah menghantar tadika sehinggakan anak saya merasa sungguh tidak memberansangkan untuk belajar. Adakah saya salah kerana cuba untuk melatih anak saya agar pandai bergaul meskipun dalam keadaan yang bukan kehendaknya?

Hati saya terdetik (dan memang dah terdetik beberapa ketika yang lepas) bahawa dia tak sukakan suasana disekolahnya. Anak saya sangat chatty orangnya. Mungkin kerana bahasa rasmi sekolah itu ialah bahasa english dan bahasa tak berapa rasminya ialah bahasa Mandarin, anak saya rasa terpinggir dan bukan dalam element nya. Tapi seringkali waktu saya meninjau ninjau dia di sekolah, terutamanya waktu dia tidak perasan kehadiran saya, saya dapati dia berkawan dengan baik, meskipun ibarat ayam dan itik. Yang lebih membanggakan saya, adakalanya saya lihat dia berbicara di dalam bahasa english di sekolah bersama teman-teman meskipun ianya hanyala sekadar no dan yes.

saya sangat dilema. Terutamanya sekarang ini adalah waktu untuk membayar yuran persekolahan. patutkah saya memberhentikan dia dan menyekolahkan dia di Tadika Kemas atau Tadika yang bahasa rasminya bahasa Melayu, lalu saya dapat menabung yuran yang sepatutnya saya bayar? Atau saya teruskan aje persekolahannya dengan harapan dan pegangan bahawa kanak-kanak adalah seperti sebuah span yang akan menyerap apa sahaja disekelilingnya.

nota kaki: saya baru sahaja membuat laporan parlimen di dalam bahasa melayu. ohh alangkah bersabutnya bahasa melayu ku.

7 comments:

Fid said...

saya tak tau nak bg pandangan macam mana...
kalau berenti ja sekolah aci??hahaaaaaa
mak tau nyah perabih riban2 tuk sekolah anakmu itu

Rizza said...

ala kesihan nye dia...
mau tak tensi..semua cakap cina ...

pikir2 la ye .....memnag byk duit perabih kat situ kan....

sabar2...

Harrafyelza said...

huhu..sian nye..ko pikir2 kan la..maybe masa 4 thn nih ko bole hantar ke sekolah yg majoriti nye islam..n thn depan mungkin bole ko hantar ke sekolah itu kembali...hehehe..

MS said...

cino sajer ker, mesti ada Melayu jgk kan.kan kan kan.
best sek gini, anak2 akan lagi lanco speakiang.
silap gayo dia terpaksa rela blajo n reti cakap cino

tak bestnya, kut2 dia lum mampu berjumpa kawan yg best ,makanya akan jadi tak best.

mamaDhea said...

susah jugak ek.. hmm..

pinkytoe said...

pagi ni ok lak gi skolah.walaupun ayat rapnyer tu masih ada..pfhhh..tak pe la..nanti dia pandaila bawak diri. kena bina keyakinan mak nye dulu ni...hmmphh

Crazee Choc's said...

apa kata.. buat sementara tanya dia... kalau hang hantar sekolah lain... yg environment dia ok.. dia nak tak