Hmm..cam dah syok pulak memblog dalam malay. Lagi feeling kot. Lantak la...hajat hati nak membaguskan english..lantakla..malay pun malay la
Kisah minggu ni lain macam sikit. Aku ni dah disuruh pi China for a week kenkonon nak check out china law etc etc kat sana. Semua orang pun cam impress impress la kenkonon boss handpick for China. Ada jugak yang impress sebab dapat jenjalan kerja kan..tapi ada ke orang nak tanya aku apa aku rasa..
Hmmph..semalam aku bertekak ngan laki aku lagi. Again topic semenjak dua menjak tau nak g China ni, kisahnya pasal isu ke China la. Mulanya aku excited la nak gi, tapi bila tinggal sehari dua lagi ni, cam syahdu lak aku nak tinggal kan si cenonet tu kan umah ngan paknya. Aku rasa aku jeles sebenarnya. Sebabnya, sedangkan aku ada pun, dia buat dek je ngan aku, apatah lagi bila aku takde. Aku dah merasa dah camna rasa bila cenonet tu buat dek kat aku.
Ritu, masa about 1 week aku admit hospital pasal sakit perut lahabau tu, dia buleh buat dek je kat aku..Uiii..memang runtuh hati aku itu hari la..Padan muka aku..sapa suruh tak nyusu badan eks? Itupun dia jumpa gaks aku pepetang bila paknya bawak jumpa waktu melawat. Bila rindu, aku video call. Ni kalau pi China seminggu, nak video call mendenya...rabak poket den!!
The point is semalam, aku punya la excited bagitau hubby my so called clever plan to escape the China trip. Actuallynya bukan la escape sangat pun. I think it would be highly cost and time effective for the company NOT to send me as oppose to sending me there. Boleh tak bagi reason cenggitu??
Yang membengkekkan aku tu, pokcik ni buleh sound sound aku pulak. kata aku ni tak de career orientation la..tak berpandangan jauh la, tak reti nak show my true potential la.
UWAAA...bingit esey nyer tinge dengar..Mau berapi aku nak membalas. Tapi sebab malas nak gaduh kan..aku jawab simple je..Ya betul!!
Lagipun, memang aku takde sangat cita cita nak jadik career lady pun!!! Aku kerja sebab nak bagi family makan. Kalau kawen orang kaya, mau aku berenti kerja jaga anak..lagi best..
Laki aku ni memang tak paham concept family. Bukan la dia tak family oriented. Aku rasa laki aku sesangatla family oriented dari segala hal. Cuma aku nyer hastily generalisation - lelaki ni memang tak paham naluri keibuan.
Dia tak paham kenapa aku berat sangat nak tinggalkan cenonet tu...dia tak paham kenapa aku marah cenonet bila si kecik tu buat salah yang kecik (ni kes nak disiplin anak) TAPI tak marah bila cenonet buat perangai (ni kes dia lapar n mengamuk atau ngantuk tapi tak leh tido sebab gatal).
at the end of the day, untuk menyedapkan hati aku sendiri...aku blame it on his DNA je...buleh tak?
7 comments:
rehan..poning2...hhehhe
ko dpt le escape pi china tu??
raihan, itulah perasaan aku setiap kali kena outstation...
aku ingatkan kalau dah selalu sangat akan jadik biasa, tapi tak sebenarnya. everytime you leave the house, a piece of you always left behind. itulah naluri keibuan.
dan memang iye, blame it on the DNA. Laki aku sampai kesudah tak dapat catch bila aku cakap sedihnyeeee...nak tinggal anak. Diaorang TAK MUNGKIN AKAN dapat rasa apa yang kita rasa.
Dah penat mengandungkan anak 9 bulan...penat melahirkan, penat membesarkan...laki kita mana tau semua tu..
tapi jangan stress. itu la gunanya kawan2 pompuan macam kita2 ni..at least kita paham antara satu sama lain dan boleh support each other..
pasai anak tak nak kat hang tu, aku pun penah rasa masa lahir twins dulu. aku sokmo terasa sebab twins aku lagi sayang maid aku dari aku...especially bila lahir adik baru depa...tapi alhamdulillah sekarang ni tak boleh berenggang ngan aku semua budak2 tu...so aku nak cakap hang jangan risau alesha tak nak hang...masa ni aje...later2 dia mesti dan pegi kat mak dia jugak..
mak aii panjang gile comment aku..sorilah...sekadar nak share experience...
hee.. ingatkan best dpt gi china ek?!.. hehehe..
so far alhamdulillah sbb anak aku tak pnah tak nak ngan aku.. heee.. tp btol kata anamiraa tu han.. sabo jek wat masa ni.. later2 nnti musti dia akan cari jugak ko..
so, menjadik tak plan ko nak escape tu? ;)
korang..tenkiu la membagi semangat untuk aku saba...Tgh saba la ni..
BTW aku TAK JADIK GI CHINA..heheh...proposal accepted. Tapi lately ni dengar plak citer boss sebenarnya stil nak aku pi..
Alahai..kalau effect KPI/performance aku nanti, takpela..memang bukan rezki aku time ni.
Kak anamiraa..camna la akak buleh travel all the time..aisayyyy...
raihan,
ihiks...tak abis sungguh dilemma seorang MAK ni eks? sabau jek lah...as for hubby..mmg 90% husband malay kat mesia ni aku rasa DNA nyer gitu...hehehehe
Alesya yg tak brp nak kat ko tu...tak yah risau..sbb mcm mana sekali pon...the bonding is still there...sooner or later...u'll reliaze that... contohnyer..Danial masa sihat dan gumbira mmg dok `lekat' kan daddy dia aje...tp time susah kalu..(eg.demam) gerenti MUMMY gak yg dia sebut... =) trust me...we r still their peveret maaaaa....dah sah2 kita yg ngandungkan dia..kita yg feed dia..kita yg beranak kan dia...mesti dia akan kembali kpd kita juga!!!!! yahahaha..motivasi di petang hari beb =)
ketinggalan lagi aku..cetttt
ko nak kena p china seh?
ic
aku amat2 paham perasaan hang tak nak pi tu sbb aku pun pernah diura2kan kena pi jepun ....sib baik sample aku cemerlang test kat jepun le ni dah sampai germany..in case anything happen in germany bosses yg pi so aku takyah sakit kepala pk hahahahaaa
lg satu ttg laki..
masa aku bg tau maybe kena p jepun dia seronok plak..ada ka patut?aku bagai nak rak pk apa akan jd kat anak aku...
bayangkan aku tak dak mahu cekeding dia...
yg pasti aku tak mungkin akan disuruh bi overseas guna duit company...
hahahaahaaaa
aik cerita aku plak..
to mak alesha....
ala nanti dia nak la balik kat hang weh..maybe le ni dia tak suka bau baby dlm perut kot (ada bau ke??)tak pun bb dlm perut tu girl..org kata kalau girl-girl berlawan ala2 cas electron gitu...
tak pun sbb dia nak kasi chance mak dia rehat...
mak alesha ooOoii.. mmg syahdu kalau nak jejauh dengan anak kan.. last time yg aku pi outstation takat ke Johor je pun, berjuraian ayaq mata cek ni ha.. dah le si Amir sibuk2 tanya -- ibu, balik kg amik adik ke? eeeeeee.. laki ku dah paham dah.. mak ni ratu air mata.. yahahaha..
Post a Comment