Rasa cam terpanggil nak tulis benda ni lepas baca blog si Erna. Walaupun aku tak di tag, tapi rasanya aku kena la tulis benda ni somewhere. Kat dalam fp dah tulis (kot!) tapi rasa cam nak tulis lagi la pulak.
Aku kawen 29 May 2004 selepas nak dekat 8 tahun berchenta. Kitaorang bertunang 4 May 2003 sama tarikh dengan kitorang decide nak jadik boifren-girlfren tahun 1995. Tarikh 29 May pulak coincidently falls kat birthday bapak aku yg tersayang tu. Sebabkan aku memang sayang sangat kat pak aku tu, aku pun decided what the heck..Alang-alang sambut anniversary, boleh sambut birthday bapak aku.
Aku kawen di masjid depan rumah lepas maghrib. Biasalakan, orang takde mak, so upacara tu jadik upacara air mata. Aku pun pelik kenapa nak kena nangis..tapi hakikatnya, aku nangis sampai nak pengsan la siap kena tarik masuk bilik dek kak ipar aku sebab dah cam nak jadik majlis kebumi orang india pulak aku ni.
tapi sedey wooo...lagi lagi sedey bila adik aku yang laki tu datang pelok cium aku lepas akad..bapak aku nangis..uwaaa...aku tulis ni aku lak rasa nak nangis lagi sekali...
So..kawin la kitaorang yg dah tua ni (tapi still dok perangai cam bebudak) n tinggal ngan pak aku sebab umah aku tak siap lagi. Dalam akhir bulan September tu, aku perasan perut aku cam buncit. Mak ni kan kiasu nak kurus..aku pun telan la ubat kurus dalam dekat seminggu. Pas tu bila datang bulan, tak gak kuar bendera merah..aku pun buat la self-check..uwaa..dah nak jadik mak dah aku ni.
Tapi agaknya memang dah takde rezki kot, aku gugur bulan Oktober bila baby dah nak masuk 10 minggu. Masa tu dah akhir bulan Oktober 2004, dalam bulan puasa. Bila dah lepas gugur tu, aku tetiba terpanggil panggil rasa nak ada anak. Sebelum tu perasaan cam bercampur baur lagi. Tak rasa excited ataupun sedih sebab preggy. Bila aku diberitahu aku kena d&c, aku still ok lagi. Sebab perasaan tu tak rasa apa-apa.
Tapi lepas aje d&c, aku rasa cam membuak-buak nak beranak. Aku pun pantang ala kadar dalam 2 minggu pastu start kira balik fertility period aku. Sampai bulan December 2004, aku start counting days to conceive again.
Come January 2005, aku n hubby pun re-sructure balik out production output. (hehe) About 2 months try, still tak membuahkan sebarang hasil. Masa tu, kebetulan pak aku balik haji ngan umi aku. So dia ada belikan aku this debunga kurma rasul. Aku n laki aku pun pulun la makan this debunga with honey for about 1 month. Agaknya dah memang rezki, come April 2005, aku pun tested positive.
So bermula la episode mengandung aku. 2nd time pregnancy ni memang best pada aku. Aku takde morning sickness yang melampau. Cumanya during my 2nd trimester tu, aku developed muntah-muntah masa dalam kereta. Ni motion sickness la kot. Ada jugak la loya loya rasa nak muntah bila bau makanan..tapi tak effect kehidupan aku yang teramat sangat la.
Check up during the 4th mos tu, we discovered we are carrying baby girl. Aku ingat sungguh, masa aku tengah ultra sound tu, aku rasa cam terdetik , eh ni cam genital area je ni. Tapi aku diam lagi. But when Dr. Asma bagitau "eh..ni burger dia..' so aku pun rasa confirm la apa yang aku nampak tu memang baby girl. Yang hubby aku ni lak, ternganga-nganga tak sure apa yang dia pandang.
Hence, dah confirmla kitaorang ni akan ada baby girl.
Again, cam aku cakap, aku sailed through the pregnancy. Walaupun muka hodoh sikit sebab kembang sini sana (sah-sah la aku ni bukannya jenis yang glowing masa ngandung) aku memang semangat la nak ke sini sana. Masa ni hubby still kerja night shift, so aku memang panjang kaki keluar ngan gfs aku tak ingat dunia.
Masuk the 3rd trimester, aku mula terasa azab. Tido memang parah la sebab perut dah membusung.Tapi yang mengazabkan aku tu, aku kena penyakit gatal-gatal satu badan. This was when aku dalam 35 weeks. On top of that, aku dapat high bp. Dr. cakap this very common sebab my body was preparing itself for delivery. Adeeiii...yang gatal gatal tu pulak, sebabnya i have adverse reaction to hormones yang kuar to prepare my body for delivery. Memang masa tu aku miserable ya amat.
Due to that gatal-gatalla, badan aku sampai la ni dah scar teruk. Takde la teruk sangat, tapi teruk la jugak kan sebab dulu putih suci je..(ahakss). Aku dah tak tahan sangat gatal tu, sampai to the point garu pakai sikat la..skru la and whatever benda yang aku boleh capai untuk mengeruk gatal tu. Sampaila satu hari, ada tukang urut ni, ntah apa la ramuan dia letak, ada bau cam minyak tanah je..soh aku lumur satu badan. Baru la rasa cam ok sikit..
Bila dah lega tu pulak, dr. tetiba cakap kena induce aku sebab high bp. Aku lagi la stress jadiknya. By rite aku beranakkan cenonet on 20/12/2007, tapi dr. fixkan 7/12 to induce. Aku freak out habis siap gi KBMC pulak to get 2nd opinion from another dr. Yang ni lagi siut, siap bagitau aku.."kalau saya dr. awak, at 35 weeks saya dah suruh awak induce.."
Adeeii..bila dengar semua ni, aku pun rasa maybe induce is the best way. Malam tu siap stress sampai nangis nangis sebab hi-bp. So, we went o our dr. balik, cakap, alang-alang nak induce, meh sini kitaorang pilih date. Hence 12 December 2005 = sama dengan anniversary pak aku n arwah mak aku.
So, kebetulan pulak, pada 11 December 2005 (ni hari ahad ni) banyak pulak kenduri kendara orang keliling umah. Aku pun pulun sakan la makan kenduri sebab tau esoknya dah nak kena pantang. Pastu lak, nenek hubby hari yg sama masa aku dah nak bertolak ke hospital, jatuh koma sampai ambulan kena datang umah bawak gi hospital. So, elok-elok petang tu nak gi hospital, akhirnya pukul 8 malam baru kitaorang sampai ke hospital untuk diinduce.
Dalam pukul 10.00 malam tu, Dr. baru datang untuk masuk ubat. By 11.00 mlm tu, aku ingat aku dok ngadu kat 2 orang kawan aku yg teman kan aku kat was (thanks rie n zai) yg aku rasa cam period pain. Masa ni laki aku balik kemas badan n barang. By 11.30 mlm, aku muntah-muntah. Sikit la punya banyak sebab dari pagi nye dok mabuk pulun makan. Eiii..padan muka aku makan banyak sangat.
Sepanjang malam tu aku muntah. And bila sakit contraction je, aku akan termuntah n rasa nak buang air besar. Akhirnya, everytime ada contraction, aku akan dok atas jamban sambil kencing sambil muntah sambil rasa nak buang air.
On off on off nurse tu akan datang check. By the time dah pukul 2.00 pagi, laki aku pun dah tak dan nak dok sebelah bagi sokongan moral (aku pun tak sudi dah..buek momokak yo)dia pun landing la tido atas katil sebelah. Sambil-sambil tu, aku dok sound nurse nak epi.Nurse kata tunggu dr. approve dulu baru boleh bagi epi. Enam jahanam betul la nurse tu. Dah la kat luar aku dok dengar dia citer bahasa tamil. Aku kat dalam bilik ni tengah kesakitan dok tunggu dia bawak epi tak datang-datang.
Dalam pukul 4.30 aku contraction lagi. Yang kelakanya, waktu aku tengah contraction, laki aku buleh terjaga dari tido. Mengelabah dia carik aku ingat aku dah pi beranak sensorang. Bila dia perasan aku kat dalam toilet, baru la muka dia lega. Tapi sampai la ni, expression muka gelabah dia tu memang priceless sunnguh. Sampai la ni aku ungkit citer dia tido masa aku beranak.
Kali ni aku suh laki aku bangun gi mintak epi kat nurse. Dah cam nak tercabut nyawa dah aku tahan. Ada ke patut, nurse tu kata .."eh..u ni baru lagi..sakit every 10-15 minits kan?" Aku pun jawab la.."tak la nurse..i sakit all the time.." Baru la minah alagappa ni nak seluk tengok aku dah berapa cm. Haa...ambik ko, dah 8 cm. Lepas tu boleh buat muka relaks cakap.."Ala kak, dah lambat la nak bagi epi.."
eiiii....aku rasa cam nak tumbuk je muka minah nurse tu. Dia soh aku tahan lagi sampai dilate penuh..Baranya aku tuhan aje yang tau.
Dalam pukul 5 aku rasa contraction lagi. Again, aku pun lepak la atas jamban. Masa ni memang rasa cam nak teran pun ada. Aku bangun lepas contraction, aku tengok ada darah kat dalam toilet bowl. Aku tak tau apa dah..Dah la tak pakai spek..yang merah aku nampak tu aku pun tak tau apa..kot-kot aku dah terberanak dalam jamban kot. Aku suh laki aku tinjau n panggil nurse.
Bila nurse datang, dia kata aku dah dilate. Baru la kecoh-kecoh prep aku untuk labour room. Dalam pukul 6.00 dia pun tolak la aku pi labour room. Sampai sana, aku dah memang tak keruan dah. Menahan sakit sampai mantra dalam kepala aku ni..tak pe tak pe kejab lagi keluar..Itu aje la yg aku dok pikir. Dalam pada tu, aku dok lamaze breathing. BUkan nya aku belaja pun, tapi memang betul la the right breathing technic helps. Laki aku lak, sebab aku dok muntah sepanjang malam, n exhale pakai mulut, dah naik pitam bau napas aku..Siap cakap "sorry la saya nak muntah bau mulut awak..saya kena keluar.." Eiiiiii boleh tak camtu? So tinggal la aku sensorang dalam labour room.
Tengah-tengah menahan sakit tu, boleh pulak ada baby teriak nangis sikit punya kuat sampai aku nyer concentration nak lamaze breathing tu jadik huru hara..Adeeiiii...anak sapa lak nangis kuat sangat sampai kacau konsentrasi aku ni.
Pukul 7.00 pagi baru dr. datang. Prep aku letak atas labour bed tu sambil suh aku sangkut kaki kat holder dia. About 5 minit aku push, aku dah tak larat dah sebabnya napas aku pendek. Alaa..ni sinus lahabau nyer pasal la ni. Dr. pulak siap bagitau aku, baby nye heart beat dah lemah. Kalau aku tak usaha jugak, kena bawak kuar cara lain.
Aku try lagi sekali dua..Tapi rasa cam dah putus napas dah aku nak teran. Aku sound dr. ada cara lain tak, sebab saya dah tak larat nak teran dah ni. Tak de napas dah..Dr. pun cakap, kita vacuum la. Aku alrite aje. Anything but potong perut la.
So, pukul 7.06 cam tu, Dr, pun memvacuum la anak aku. Zupp!! kejab je dah kuar. Selesaiiiii!!!! Tapi kan, aku masa nak teran tu, aku tak sakit apa dah. Korang sakit tak? ke dr tu bagi ubat aku tak sakit. hmm..pelik aku..
So..itu la kisah memberanakkan Alesha. Panjang giler citer aku. Sebenarnya citer ni tulis kat sini nak bagi aku baca. hahahha..nak meremindkan diri aku for the incoming one ni. Nak rekod sama ke lain processnya.
Apa pun...aku harap nanti cenonet besar buleh la dia baca blog ni sambil sambil aku kasi guilty kat dia betapa sakitnya beranakkan dia. Uwaaaa...emotional threat lak aku ni..Kijam kijam...
7 comments:
uwaa....
memang tak leh lupa la saat2 nak bersalin tu...ngerinyeeee hang pi ingatkan balik la pulak...
semoga yang no 2 ni dipermudahkan la untuk hang...
take care nooo...
yahahaha...baiknyer rekod narrr???? ihiks....mmg tak leh imagine sakitnyer Tuhan jek yg tau.....mak siap kontraksi 2 hari wooooo....tak ke giler namanyer tu??? tapi lps tu suka giler gaks larrr..lps tgk muka baby..ngehngehngehhhhh
asben aku pon tido masa teman aku dlm labour room weih!!! sabo jek larrr hakuuuuuu...org tgh kejang2 tahan sakit..dia bantai tido kat tepi hakuuuu...eeeeeeeeeiiii....
p/s: btw,gud lak to u for the second one ...aku bila larrr plaks ek...jeles siut ;p
heheh
dasat2
mmg sakit tp aku hanginnya sbb bila c-sect tak sampai 5 minit anak aku keluar dgn bangganya terus kencing arrghhhhh.....
aku punya sakit dr 3am sampai 1150am...dia keluar ikut tingkap 5 minit tak sampai.....ishh ishhh
ahaks... aku ade gak tulih story nk bersalin.. rasanya kt fp kots..
mmg ngeri klu ingat² balik.. tp lepas zuppp je baby kuar, zupppp terus hilang rasa sakit tu kan.. legaaaa dh lps tu..
hehehe.. gud luck utk 2nd bb.. taking care...
rehan..memang syahdu le cite ko...
ya rabbi.. gitu sekali cite hang ek.. aku ni, org kata senang bersalin.. tp azab sakit tu, tetap le kena tanggung kan.. Amir pun kena vakum.. same case le, tak reti2 nak bernapas + push :P aku perasan doc asik tengok2 jam.. last2 dia sendiri offer -- never mind, I help you.. serious aaa.. vakum tu, berdezup je kuar.. eeeee..
Post a Comment