Thursday, March 6, 2008

MALAYSIA KITA

Al kisahnya hari ahad ritu aku bercinta nak makan chillies. SO berkoyon-koyon la kami anak beranak ke chillies ou. sambil tu aku invite la sefamily kawan aku and adik aku.


Makan punya makan punya makan - ni memang no kidding ni, aku memang boleh makan. Sedar sedar itu kedai sudah tarik pintu mau tutup. Aku ingatkan tak nak balik lagi, tapi alesha dah nangis sebab freak-out kena kurung dalam kedai. So balik la kitaorang.


Korang tau kan, lately ni kan memalam suka hujan. Laki aku yg sangat la blur matanya itew pada waktu malam drive keta dengan kadar sederhana. Aku takde la rasa laju sangat keta capuk 11 tahun kitaorang tu, tapi aku tau keta 1.8 cc tu memang boleh pick-up speed kalau dipress kuat-kuat pedalnya.


Nak jadik citer, kitaorang dah ter- accident. namanya pun accident kan. takkan la laki aku sengaja nak langgar X-trail yg tak moving depan kitaorang tu.


Jangan gelabah - aku anak beranak sihat wal'afit. Laki aku terkehel pinkie dia (aku pun tak paham camna dlm banyak2 part kat badan dia, pinkie pulak yg terkehel), lutut aku lebam sket sebab impact menahan badan (tangan kiri pegang kepala azhad, tangan kanan grabbed baju alesha from behind - lutut terpaksa jadik stopper la). Aku tak mo nak pikir benda lain selain yg kitaorang anak beranak selamat. Yg sebenarnya lepas accident tu, memang aku ngan hubby menggigil seram sejuk memikirkan WHAT IFs...


Tapi yang aku nak ceritakan, betapa di malaysia ni masih lagi wujud orang yg prihatin.

Bila dah accident tu, kereta yg dilanggar mestila kuar dulu kan. Kereta yg melanggar - keta aku tu slow sket la sebab nak recover from shock. Bila kuar aje driver keta tu En. Driver sound laki aku.."Awak laju sangat ni.." sambil jenguk jenguk ke dalam keta - laki aku kan still tak kuar lagi.

Laki aku bagi la all sort of excuses - malas aku nak tulis sebab pada aku kalau nak jadi akan jadik. Diaorang pun ketepi, exchange card. And the next thing aku tau, En. Driver drove off - selepas jenguk lagi kat kitaorang dalam keta and cakap "Bawak anak-anak gi check doktor"

Aku cam terpinga-pinga tengok En. Driver drove away. Biar benar. in most cases, mesti kalau keta kita kena langgar, kita gaduh-gaduh sungguh-sungguh kan. Tapi lain benar ngan En. Driver ni. Bukan sahaja dia tak kisah bumper nissan extrailnya bengkok dan senget, malah dia risaukan pulak anak-anak aku dalam keta ni.

Laki aku pun bagitau, masa tukar card kat tepi kereta, he repeatedly asked anak-anak takde apa ke..jatuh ke tidak..wife ok ke?

Apa yang nak aku sampaikan ni...maknanya malaysian boleh bersikap prihatin dan bukan kiasu nak bergaduh bila time accident. Its a matter of choice kita nak bertindak macamana dalam situasi bergini.

Untuk En. Driver yang prihatin, meskipun kereta ku remuk masuk bengkel sebulan, meskipun lutut ke bengkak, tapi keprihatinanmu menusuk ke kalbu.

4 comments:

Fid said...

aku syahdu baca entry nih....

abih tu pi klinik tak?

Erna said...

so macam mana? semua ok?
alhamdulillah..masih ada lagi keprihatinan rakyat Malaysia! Syabas! (ihiks..ala-ala skema lak ayat aku ni..hehe)

pinkytoe said...

tak pi clinic. Aku rasa semua cam ok je. Alesha pun nangis sebab terkejut. Several minutes after that, tanya sakit pun, cakap tak sakit dah. So firasat keibuan aku kata semua sihat la.

Anonymous said...

watpe nak gegaduh...

saya penah kena langgar kat blkg, tapi masa tu tgh jam..so, malas nakberenti. baik terus jalan je...
sepupu saya plak yg bising..apsal tak berenti minta ganti rugi..
~tak kose aku..~