Thursday, October 15, 2009
Tips Membeli Rumah - Jilid 1
Hari ini saya akan menjadi generous dengan memberitahu tip-tip untuk membeli rumah (terutamanya bagi orang yang tak berapa ada duit - seperti saya). Ohh btw, tips ini hanyalah untuk rumah yg beli dari developer ye. rumah beli dari orang lain atau commonly termed as sub-sale ini tak termasuk dalam tips yang bakal saya berikan ini.
Perkara pertama yang perlu dibuat selepas merecci area/rumah yang anda nak beli ialah membayar duit booking. ofcourse la yea..tak payah la saya go into details cara cara nak merecci umah. itu ikut criteria puan puan la yea.nak dekat ngan sekolah ke,nak dekat ngan umah pak ke. ada padang permainan ke..dekat ngan karaoke centre ke...oppss..
berhubung booking fees..if dengan developer, ada yg ngada-ngada mintak 1% la, 5% la..abaikan saja. yg penting anda bayar. If dia desak..kata ini aja yg saya ada..lepas saya recci bank,baru saya bayar remaining. Selalunya anda bayarlah rm500 or rm1000 - yang mana lepas duit poket waktu tu. MAKE SURE MINTAK RESIT!!!Ini sangat penting untuk step kedua.
Opps sebelum itu, selepas anda recci umah, try call bank sini untuk tanya dokumen apa perlu untuk apply housing loan. Sediakan dokumen semua itu. Little that we know, tak semua orang dokumen in place.Slip gaji 2 bulan lepas lepas ntah mana tak tau letak etc etc. Compile semua dokumen,baru bayar booking fees. Sebab lepas bayar booking fees, its a snowball of actions. Boleh aje slow-melow cam siput babi, tapi rugi lakan..sapa tak mo masuk umah baru cecepat. Dalam masa prepare dokumen bagai, masa tu baru bayar Booking Fees.
Step kedua ialah recci bank. jangan main bedal aje bank yang developer santak kat puan puan yea. walaupun lebih mudah, kadang-kala rate ataupun package yang diberikan tak berapa menyelerakan dalam jangka masa panjang. TAPI PERKARA YANG PALING PENTING = MINTAK ZERO MOVING COST!! Zero moving cost basically means, anda incur minimum sahaja untuk perbelanjaan peguam/processing loan etc etc. Pikir $$$$$ yang berkaitan dengan bank - mana yang boleh diminimisekan, kita minimisekan. perkara sampingan yang anda kena pikir berhubung bank & loan application ialah interest rate dan lock-in period. Interest rate or faedah if islamic loan walaupun secara sapu rata sama je bank ini dengan bank sana, tapi worth to be looked at if korang jenis rm50 pun berkira. tapi if setakat rm100-rm200 monthly tu takde hal kat korang, bedal aje la mana bank pun.
Perkara kedua ialah lock-in period. Lock-in period ialah masa anda ter-tied ngan bank tu. Masa lock-in ni u olls tak leh jual/refinance or buat apa-apa kat property tu tanpa sebarang cas/penalty. Rugi oo tak pasal pasal kena bayar 3% la 5% la tak tentu pasal kat bank. Lock-in period ni tak tentu di antara bank, ada yg 5 ada yang 3. Rate pun berbeza. Kaw-tim ngan salesman bank tu untuk minimise kan lock-in period dalam letter of offer anda. Kalau awal awal dia dah cakap itu standard - persetankan. Mana ada standard. suh dia recommend for minimum lock-in period. JANGAN PERCAYA CAKAP SALESMAN BANK tu. most of the time, dia akan jual package yang menguntungkan bank dengan ayat-ayat yang membuatkan anda rasa anda sangat beruntung ambil loan ngan bank ni.
sambung di jilid 2 ook..sat sat lagi ke nanti aku buat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
nice :)
more please :))
hye.. 1st time singgah. suke tips ni..mintak sambung yea..hehe
raz, kalo amik zero moving cost, bukan ke interest rate lagi tinggi?
untung ke?
ana,aku pejam mata je.. duit in the future dok berangan banyak. time ni tarak duit. Eh..tips orang takde duitla..tak ingat ke???
Post a Comment