Wednesday, January 7, 2009

Alesha's 1st day at School

on the way to school.. Muka sangat excited.


dah sampai classroom..properly seated ..(tgh hangat lagi). Mak pak sangatla bangga sebab anak dok diam kat classroom sensoranng.




Assembly session. Nyanyi-nyanyi ntah apa-apa. Keteraburan dan background menjerit jerit dengan volume yang sangat maximum

budak yang tengah pegang teacher tu nangis dari mula aku masuk sampai la aku balik. Mak Pak takde. Bagus betul mak dia tinggalkan cam tu je. (not cynically tau. Aku memang respek mak pak yg keras hati nak bagi anak adjust diri sendiri - sakit ati aku pandang mak yg lebih dari anak siap dok kat kusi sebelah anak..)


Anak aku kat depan sebab dia paling kecik. hehehe. budak tu still nanges lagi..

Balik dari assembly. dah huru hara sedikit. tempat duduk pun orang lain dah duduk. Mode mantain masih ada.




pastu ada playground session. tgh main, the place got too crowded with kids from 2 classes. Alesha got restless n somehow terspot kitaorang yg kat tepi. Ended up tetiba nak susu.

Lepastu tu all hell break loose sampai satu cubitan telah dilepaskan. Cerita ringkas nye, aku ended up IN the classroom with the kids. Buek malu den yooo

Attempt today berjaya sampai pukul 10.00 am je. We'll see tomorrow

Monday, January 5, 2009

anak oh anak

scene malam jumaat pukul 11.30 malam:

Mak : mana cantek..mama ke mama dlm tv tu (Vanida Imran yea korang - sah-sah la sapa yg lagi cantek kan..
Anak : mama laa..
Mak : ya ke..so dah besar nanti nak jadik cam mama la
Anak : mmm mama cantek ..kakak sayang mama ...banyakkkkkkk (sambil tangan didepakan)
Mak : ya laaa...dah mama cantek, nanti kaka besar rupa cam mama laaa
Anak : kakak nak perut cam papa tak nak perut cam mama..tapi kakak sayang mama banyak...

hahhahah..adoiiiiii...nampak sangat la aku ni dah tahap obese kan? tapi attempt nak cover line itu sangatlah aku puji..

in the spirit of 2009

happy new year y'all...calendar islam dan calendar masihi yea.

in the spirit of new year..this year we got to see bunga api from our balcony. I think there were from KLCC, dataran ngan mont kiara kot. Been here for 4 years and this was the 1st time KLCC nyer fireworks nampak clear. Did they tukar the venue or budget diaorang lebih sket so they got bigger sparks? ntah la bedah. For sure 4 beranak were there at the balcony, yeah including itu monster susu yg kini suka tahan mata sampai midnite. tension betul aku.

in the spirit of new year..im supposed to write about my resolution kan? aku dah pk dah pun.here goes:-
1. to loose 5 kilos - hahaha..memang tak menaruh harapan aku ni. nasib cukup baik aku tak gain another 5 kilos.5 kilos to be shed away in 12 months..nampak cam achievable je kan..kuang kuang kuang (korang dapat agak tak how cynical my laugh is)
2. to find the vogue-ness in me - hehehe..aku memang dah perasan aku vogue dah (n seksi nak mampos ok!!) but aku tengah carik the look yg sesuai untuk wanita bertudung. hahahha jangan gelak la weh. dah namanya resolusi..suka ati aku la nak resolusi benda yg ntah apa-apa kan. Aku perasan tak ramai wanita bertudung yg berfesyen vogue. kebanyakannya more to mak-cikness vogueness. Aku suka yg ala ala gypsy - tapi sebab badan gemuk pendek ehh..bukan..ala-ala beyonce katik, aku rasa aku tak sesuai la nak kenakan long frilly skirt and frilly big shirt with tudung. Aku juga suka style dress with tight jeans yg flair kat bawah tu. Tapi aku berpendapat, wajib bagi aku untuk mengenakan ala ala wish list platform shoe aku itu untuk this look. Makanya, wajib aku akan pull Miss-Britney-Opps-I-almost-drop-my baby stunt yg lagi haru kerana kali ni tarak opps opps lagi dah...confirm ngan aku aku skali patah gigi. Maybe aku akan cuba lagi look lain. Korang ada idea? Ni untung bagi aku idea tau, mana la tau, aku menggunapakai idea korang...wajib dapat pahala kering korang ni.
3. to mantapkan mana-mana yg terlonggar - hahahha..ni penangan anak 2 normal delivery within 2 years. sendiri mau ingat la kasimmmmmmm
4. to have more time to myself - asalnye aku nak cakap aku nak wean kan si monster tu. tapi aku nak take things slow aku rasa. But definitely to have more time untuk aku bersukaria or membuat benda-benda yg aku nak buat (seperti acara melalak kat bilik gelap ngan kenkawan OR perkara bermanafaat seperti ber -exercise - sah sah korang dapat agak yg mana lagi kerap aku buat kan..hahaha) daripada terkejar-kejar nak jadik susu gantung kat umah sebab susu tak cukup.

in the spirit of new yer...aku nak bagitau aku tak bercadang nak ada anak or in proses mendaptkan anak tahun ni. nak merasa kebebasan babyless. (tapi aku la ni dah dapat angin-angin sepoi sepoi nak carik nama anak next ni. definitely not a good sign kan? mati laaaa)

in the spirit of new year..aku nak buat saving plans untuk anak-anak aku. aku dah terasa aura-aura nak kena gadai itu ini kalau aku tak sedia dari skarang.

last but not least, in the spirit of new year, aku teringin nak jumpa korang..hahahha..Erna..bila nak makan-makan lagi? mak cuti sampai cny ni? kuang-kuang-kuang

Wednesday, December 31, 2008

tag fid

Dari Fid (mekasey yea...ada gak orang ingat kat aku huhuhu):

Syarat dan peraturan:
1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda.
2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini - sah sah ni tak mampu buat. Tak terhasut seramai tu la..cyber frens aku kenkorong je laa
3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal - dah tanda dah.tuu atas tu
.4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.
Here goes
1. Aku ni sewel sket. Aku suspek aku ada angin meroyan. Ada masa-masa aku akan mengamuk/moody/ overly sensitif. Ni bukan datang bulan tau. Ni meroyan tak tentu pasal sampai penah rasa nak terjun bangunan. Laki aku tak caya..tapi kenkawan aku yg 2 3 kerat tu tau la kenapa bila kenkadang aku kena di'entertain'kan untuk mengelakkan aku ter-royan.
2. Aku ada masalah untuk meneruskan friendship. Cam korang ni kan..aku mesti ter-eksyen kalau jumpa 1st time. tapi aku memang cenggitu. nak warm up tunjuk true kaler slow sket
3. Aku kalau nervous aku akan cakap non stop. Haaa kalau korang jumpa aku 1st time, aku cakap tak tentu hala ntah apa apa siap cakap omputeh lagi, tu maknanya aku nervous/panic
4. Aku suka menari dan perasan aku ada groove.. hahaha.
5. Aku suka heart-2-heart. Tapi takde orang nak layan aku. huhuh so slalu aku heart-2-heart ngan girlfrens aku yg masih single mingle le. Kekadang kalau girls nite out siap boleh mengupas hati dan perassan character movie/story books tu. ntah apa pekdahnya aku pun tak tau.
6. Aku ada short attention span. If buat MCQ masa sekolah dulu, apa ketikanya aku tak baca soklan pun, aku main tick aje. sampai la la ni.Sebab tu aku gagal PTD test. hahaha
7. Aku suka makan. hahahha..obvious giler la kan. apa maknanya aku bagitau benda ni pun aku tak paham.
8. Aku jumpa laki aku masa aku part-time tunggu SPM result. hahahha...dah naik muak dah dia tengok muka aku-aku rasa.
9. Aku suka kawan ngan korang. ececece..walaupun sememangnya aku tak sangat melayan gathering jumpa jumpa party dan sebagainya, gamaknya kalau keta korang rosak depan umah aku dan aku ada umah, boleh la call aku naik umah aku minum air.
10. Aku ada very high self esteem. Aku perasan aku cantek, aku kurus, aku pandai aku la segala-galanya. Tapi sebenarnya la kan, aku rasa aku ni ada very low self esteem. So in order to present myself in public, aku kena la meng-high-kan self esteem aku. make sense tak aku cakap ni?
11. Aku sangat sangat sangat sayang bapak aku. walaupun..ni tak yah citer kat sini la kan.
12. Aku sangat independent. kalau saya ambik rm laki saya pun, saya rasa nak bayar balik. hampeh betul aku ni..Untung ko laki!!
13. Aku malu nak sebut pekerjaan aku dan malu kalau orang cakap ko kan..ehem ehem. ?
14. Aku hanya ada 2 pairs jeans yg aku pakai sekali setahun agaknya sebab suami saya tak suka saya pakai jeans.
15. Aku memang tak suka ber sporting. tapi laki saya sangatlah sporty orangnya. sampaikan dia membelikan saya 3 pasang kasut sport yg berjenama. apa kah maknanya aku ada sampai 3 sneakers tapi tak memakai jeans? paham dak
16.Aku suka projects. Ni aku mentafsirkan sebagai attempt aku untuk curb meroyan aku. So if im busy aku tak melayan perasaan meroyan sangat. ritu aku giler baking. pastu giler manik, la ni tengah giler tudung DIY.

Wokey..sudah cukup kan 16?

Fid..aku raihan yang apa? hehehhehehh ngengada nye haku ini.

Monday, December 29, 2008

home alone

i am home alone with 2 sleeping kids. One is hanging by his mouth to my chest as if his dear life depends on it. Whilst the other one is hugging my left arm as if my arm is her life support machine. Yes people, i am super woman who can type with only her right hand. Too many days of IRC-ing back in college years i must say!!

Hubby is out with his friend to a massage parlor. Hehhehe bunyi KTV je sebut massage parlor. He is out getting his feet (and and maybe body) massage. Called me while he was doing fish spa and called me again to let me know his massage turn is up. Hehehhe..i bet itu perasaan guilty yang mencengkam sebab moi have to stay home with kids.

But as usual, i am very good at manuevering the kids to sleep. Azhad is pretty simple case of drugging him to sleep. Best drug ever!! hehhehe..susu gantung moi is the best drug to put him to sleep.

Alesha ..well..i dont think she would be sleeping yet but for the little trick i used. heheh bad mama. Its the cat behind you trick!!Simply tunjuk n cakap Sha cat kat belakang.. she was jumping with fright and terselit celah ketiak sampai tertido ketakutan. Its simply ridiculopus since we are in the living room before the tv. Mana la pulak nak datanng cat.hehe. Asalkan menjadi for them to go to sleep. lantaklak.

and Alesha, in case your kids and husband asked u where/how u got your cat phobia, just know that on Saturday 28 December 2008, while u were seating cutely on the 2 chairs papa stacked up for u, di Gerai Kondo tunggu order dinner kita, a cat sneaked up behind u with u realising it only after several seconds. Itu pun after mama terperanjat beruk dengan menjerit sedikit ketakutan yang telah menambahkan ketakutan Sha

Sunday, December 28, 2008

u jump i jump

Aku baru lepas layan U JUMP I JUMP. hahhahha..sorry yea..bukan mak yg tekan remote, laki mak yg ngengada nak layan sementara nak tunggu bola dia on air.

fakta menarik yang aku telah rumuskan selepas menonton kali kedua selepas 10 tahun dengan status terkini bini orang anak 2

1. mende la bodo nak mampos si Rose tuh? takde survival instinct langsung. Demsel in distress sampai aku rasa nak cucuk bijik mata dia mongok sangat.
2. awatnya si jack bangang tu nak hop in skali naik atas plywood tu? lee first time memang la kena adjust adjust sesikit. yg si gemuk kegempul rose mangang tu pulak berat bontot nak gerak. (note: aku tak rasa pun si rose tu gemuk tapi sebab dia tu badan berat nak mampos nak jalan pun kena tarik tarik memang aku sakit hati)
3. kenapa la ko tak lompat awal-awal sambil pegang plywood mana-mana yg ko jumpa. kan senang tak yah nak rebut rebut pastu. macamla boat aje yg boleh terapung atas air. kayu atas dek tu pun buleh buat jadik rakit la sengal!!
4. kenapa la sesapa tak baling je kepala anak kapal ngan memana plywood bagi pengsan diaorang tu yang sibuk dok suh orang calm down ngan pistol. Aku rasa kalau keadaan sebenar memang dah tak terkawal la dek rusuhan kan. (note: aku tau la keadaan sebenarnya memang cenggitu kot sebab dah ada rekod berapa banyak yg mati, tapi gamaknya nampak sangat la tongol orang orang mat saleh dan seangkatan dengannya ni. takde darah mat kilau tu!)

Ada banyak lagi la. tapi aku sepanjang-panjang citer tu asyik ngutuk je. as compared dedulu kala yang rasa uwaaaaa romantiknyaa...pooorahh!!

Laki aku lagi kelaka...siap buat statement..."eeee ngerinya.." and guess when he said that. Masa Rose mode tua jalan pakai nightie. Hahahah memang hampeh laki aku tau. Sakit tempat operation aku gelak.

Moral: U jump I take your Life Jacket la doink!!

Wednesday, December 24, 2008

The Minah Saleh in Me

Ni surat aku yang tengah hangin. Apa point post ni? Hahahha..aku cam terkujat je aku leh marah cam omputih. kuikuikui..

22 December 2008

Aku Yang Tgh Geram & sakit


Ntah Apa-apa punya Insurance

Dear Sirs,

Appeal for Reimbursement of Medical Fees

I refer to the above matter.

For your information, I was admitted in Hospital Pusrawi Sdn Bhd (Pusrawi) on 15 December 2008 to undergo an ovarian cycst operation. I had on Friday, 12 December 2008 requested for a Guarantee Letter from MediXX Sdn Bhd (MediXX), to which MediXXX had faxed over a piece of paper I had forwarded to Pusrawi. I am unaware of the content of the letter and the purpose of the letter faxed by MediXXX.

The operation was a success and I was admitted in ward for 4 days until Thursday 19 December 2008. Upon my discharged, I discovered that MediXXX has refused to bear the costs of my operation totaling RM6,277.60. I was then forced to bear the costs as the Doctor in charged had signed off my discharged papers without having prior knowledge of the rejection by MediXXX.

I had immediately contacted one Dr. Andrew from MediXXX to express my dissatisfaction on this issue. Upon my conversation with Dr. Andrew, he informed that he had issued the rejection letter as the description stated by my Doctor was Dermoid Cycst, as in my request for GL faxed on 12 December 2008. He further informed that such cycst was a congenital defect which was not covered by the insurance.

His explanation was a shock to me, as even as layman I know that my condition only occurred during the later term of my third pregnancy (1st pregnancy was a miscarriage) and one month after I had my second baby through my post natal check-up. I have without failed consulted doctors on monthly basis for all my pregnancies where ultra sounds were conducted each time (within the time span of 3 years) and none until my recent pregnancy, I was told of my condition. To be informed that my condition was congenital and not worth the insurance coverage was simply unbelievable.

I believe Dr. Andrew had mistakenly endorsed the GL-Rejection letter without full information of my case. I seriously believe that initiatives should have been taken by this Dr. Andrew or any representative from MediXXX to confirm my situation as he had full 6 days (including weekends) subsequent to my request for GL and prior to my discharge to clarify the matter to me or to my Doctor.

I have then further seek explanation by my Doctor namely Doctor Habibah Abd Ghani of my condition, which she confirmed not a congenital defect. I am neither from the Medical field nor have the basic knowledge to explain my condition, but I believe that my case worth to be assessed again as the initial assessment from MediXXX has been done hastily.

Therefore, I wish to submit my appeal for the medical fees (as enclosed) incurred for the operation to be reimbursed by your good company. I enclosed herewith the supporting letter from Doktor Habibah to reaffirm my condition. Please feel free to call me directly or Doktor Habibah of Pusrawi personally to obtain clear picture of my condition in your assessment of my appeal.

I await a favorable reply from your goodselves.


Thank you.


Nama aku


c.c Office aku


memang jahanam la si andrew tu. Aku memang tak pedulik nak letak nama betul dia. Kot iye ke nama betul. Dia ingat dia tu ala ala Doktor Phil Oprah Winfrey je ke nak go by 1st name aje. Mamposs la ko kat situ.