Friday, June 27, 2008

Hows my new look?

Whaddaya say?

Hows my new look? Va va voom tak?

But i seem to be missing all my links...deyyyy

TAMBAHAN: KENAPA POST ARCHIVE AKU HILANG NI!!!!!!!
HAHAHHA..DAH JUMPA DAHH

Tuesday, June 17, 2008

Aktiviti Sekeluarga

Activity Family


Aktiviti 1 - Menonton Wayang.

wayang pertama, Azhad lepak ZZZZZ dari mula sampai abis. Alesha lak tak sampai 1/2 movie, dah ZZZZZZ jugak. Cerita Spiderwick Chronicles.

wayang kedua - Dr. Seus ntah apa apa says who (?) ni memang boring maut. Alesha dah boring tahap gaban sampai panjat kerusi. TU tak masuk dia whining jerit jerit tengah movie. Sabarrrr

wayang ketiga - Cerita narnia. Ini memang potong steam betul la. baru 15 min, Azhad dah jaga dari tido. Hentam melalak pastu asyik pandang belakang (kitaorang duduk belakang skali) aku pun naik seriau ada jembalang Narnia ke kat spot gelap belakang aku. Aku spend most of time kat luar menenangkan dia. Alesha lak 1/2 jalan dah tido. Hubby lak paip air nak bocor, dah tak tahan nak pangku Alesha. Gamaknya, 3/4 kitaorang keluar..Potong betul

wayang keempat KungFu Panda, ini memang syok gile. Seat depan kitaorang completely kosong and we went with family friends yg anaknya ala ala best friend Alesha. So kira aku dapat tengok wayang ngan damainya. Azhad lak woke up 3/4 of the movie. Tapi pakcik montel ni memang kartun freak kot (the only time i can leave him on his own when 613 is on the tv). Terbeliak-beliak tengok screen. So..yuhhuuuu attempt berjaya.



Aktiviti 2 - Karaoke

ahahhaha boleh caya tak? Haritu kitaorang anak beranak gi karaoke. Alesha balik balik nyanyi chorus lagu O! O! Ketahuan..dengan lirik ntah apa-apa. Azhad pun nyanyi jugak. jerit jerit up down seronok ntah apa sebab. Uwaaa..tapi tak leh direpeat selalu. Nanti pekak tuli anak-anak aku!!

Aktiviti 3 - Swimming
Wajarnya Alesha masuk swimming class next year. Aku tak mo masuk this year.Nak bg dia orientasikan minda dia dulu dgn alam persekolahan.Bila dah ok, baru nk enroll kan dia dgn the many classes yg suit my pocket. Haha

Aktiviti Papa
Laki aku takde aktiviti lain la except BOLA - BOLA - BOLA. Malam tengok bola, subuh tengok bola, tengahri citer pasal bola, petang main bola and the cycle continuers...BORING SUNNGUH

Aktiviti Mama
Uwaaa ini yang paling best. setelah hampir 5 tahun meniggalkan arena yg aku pernah berkecimpung ni, buat sekian kalinya aku menjejakkan kakiku kembali. boleh caya tak..Mak g clubbing!!! kuang kuang kuang. laki aku masa jemput aku pukul 2 tu aku tengok muka kelat semacam. Ala-ala rela dalam paksa gitu bagi aku gi. Lantak la labuuu..nak kelat camna pun. Dah bagi takkan la nak tarik balik pulak. tapi permasalahannya sekarang, kekawan aku ni dah cam naik syok pulak nak buat aktiviti ni untuk monthly basis. Yennadeyyy..ingat aku ni single lagi ke!!!

the Razans

havent been writing for quite sometime i believe.

But for the sake of me remembering the events in my life, i definitely have to write it down:

Alesha
At 2yrs 6 mos, she's a bubbly little me. I see traits of me in her - how she sings outloud, how she screams, how she gets angry. Its a reflection of me. I see too how the father's genes run deep in her blood. I see how easily she gets frustrated, her concentration on little things. She is definitely a little me who needs somebody like her papa to keep her grounded.

Azhad
at 6 mos, Azhad is a dear dear lil boy in my heart. I know he loves me wholeheartedly just by seing him jumping up and down whenever i come home from work. Azhad mesmerizes me daily on his affection towards me. Azhad started to turn on his tummy when he's 3 and now he is beginning to crawl.

Bringing up Alesha and Azhad are a total different experience to me. Alesha was a fussy baby and easily distracted with toys. She can spend time on floors surrounded with toys. Azhad? He couldn't even spend 5 full seconds on his own. Always demanding attention and always wanting my devoted attention. Azhad was never fussy except that he wants to suckle all the time.

I think the attachment Azhad has for me simply because he is a breastfed baby as opposed to Alesha. Good ? or Bad? I hope its for the best.

Tuesday, May 27, 2008

Dugaan

nak di jadikan cerita, moi went to look for dear hubs anniversary gift sehari dua lepas. Then again, the woman in me (ceewaaahh..) mana boleh tahan kan.Takkan nak window shopping pressie cik abang je. Kakiku yg lemah ni (walaupun langkahnya makin mantap) telah memasuki beberapa 'boo-tiq' berjenama ribuan ringgit.

Adeiii memang mencabar kesabaran aku betul la. Aku puasa pun rasanya tercabar sebegini melihat kasut kasut dan beg beg nan indah. Nasib baik la aku ni bukan hand-beg-girl. Tapi itu pun aku rasa cam goyah gak iman aku. Particularly sebabnya this E-say-tan store kat the Taman* ada buat membership prebiu hari tu. CORRECTION: Aku bukan member ok. I am not that high-maintenance. Yg member nya adalah kawan aku.

well..1st thing 1st, kalau aku shoping sensorang, tak de hal la aku nak masuk 'boo-tiq' yg sebegini. I mean, aku tak kan pasang niat nak window shopping pun sebab aku tau sangatla jauh lagi perjalanan aku nak beli barang barang branded cenggini.

Yang keduanya, takde nye aku saja saja nak window shopping di the Taman*. Buat sakit kaki aku je jenjalan nak beli air pun cost me Rm10. Abih boraih jo.

tapi kerana kawan aku ni ajak (Friend : in case ko baca post aku ni - no pun intended) Aku dengan GAH nye pun masuk la all these boo-tiq.

*Gulp* *Gulp* *Gulp*

Itula perasaan aku. Gamaknya kalau kan takde kawan aku tu, Jangan harapla aku nak sentuh beg beg n kasut kasut yg namanya ala ala orang Italian, kenya, Strawberi, Teka-Meneka dan sebagainya. Oohh Bootiq kereta kuda beg Cik Ana tu pun aku singgah. AND I WISH TO NOTE ZIP BEGNYA BRAND YKK. Kuang kuang kuang..(no offense to you Cik Ana and the rest of peeps yg wear the brand - ini cakap orang penuh PHD sebab tak mampu beli)

The point is..aku saja je la nak tulis betapa banyaknya rm orang keliling aku waktu tu. and more aptly nak cakap...how wish aku adalah di antaranya (tak kisah la zip YKK ke idak - janji mahal ahaks!!)

Aku yang gersang

Have you ever felt lonely and isolated eventhough you are surrounded with laughter?

Have you ever felt so tired eventhough you have been doing nothing?

Have you ever felt so unloved?



Aku kadang-kadang rasa that feelings. Ni aku namakan penyakit angin meroyan aka penyakit nak datang bulan aka penyakit nak carik penyakit.



Aku rasa kan, aku ni manusia yang tak boleh hilang momentum. Kalau tetiba je aku cam loose grip on my surrounding, aku akan dapat penyakit ni.



Lately ni kan aku banyak kerja...so time dok sorang sorang dalam keta or sorang sorang sementara nak pejam mata tu..mesti aku diserang penyakit ni.

Penyakit ni basically membuatkan aku rasa nak tinggalkan semua. Drop everything and dissappear. Secretly aku rasa aku sememangnya ada penyakit mental. But then again, ada ke orang sakit otak ngaku dia mental? hmmm...


p/s : as and when this post is published, i aku dah sane balik.

Thursday, May 22, 2008

perasaan ku ketika ini

I AM ADDICTED TO FACEBOOK....MATILA MATI LA

I AM ADDICTED TO FACEBOOK...MATILA MATILA..

p/s adakah u will be seing less of me here? ? ?

Thursday, May 15, 2008

KATAK BAWAH TEMPURUNG

Wahhh rasa cam dah 4 juta tahun dah tak blogging. Apa lagi la viable excuses nak bagi pada diri sendiri..I have been busy working. Ni kira kira kalau i rate myself, i can be promoted to COO la sebab gigih sangat berkerja...cehhhhh. Lagi satu, for the past one month, memang company aku tak bayar aku gaji buta la..infact, i can proudly say...gaji buta diaorang yg diaorang bayar 2 - 3 bulan lepas tu dah di langsaikan sebab aku asyik berkerja long hours...including weekends u.

Tapi the sad news is..I HAVE RUN OUT OF STOCK. aisayyyy stock apa lagi..stok ebm aku laa..Referring to my previous previous post..memang la stok aku tak meninggi gunung, but i have about 4-5 days left in the freezer. As of today..officially, i have only 2 x 4oz ebm dalam freezer..Again, not stressing myself. Dah berkira kira ngan laki terchenta nak beli formula...(again - aku ni open for possibilities) and maybe start Azhad on solid. He is after all 5 ++ mos now. Tak pe la kot.

Citer apa lagi..hmmm...nanti la...when my filing works dah tak tinggi cubicle aku ni...maybe aku ada idea nak tulis benda lain.

ciao.