Tuesday, December 15, 2009

JUA, SILA AHH PILIH KAMI..

AUNTIE JUA, SILA PILIH KELUARGA KAMI KERANA..

Kami ni ibarat keluarga 69. Pak sedara saya baru je umor 6 tahun, walhal abang sedara saya aka cousin saya dah pun nak masuk darjah 4. Itu tak termasuk saya yg dah umor 5 tahun, tahun depan.

saya rasa, bila saya besar nanti, mesti cam terkonpius nak panggey pakcik saya apa.La ni memang la abang sedara saya tu dok jerit jerit Pak Cik Pak Cik kat pak cik saya tu masa main wrestling WWF, tapi gamaknya kok nak mintak rokok sebatang ke bila dah umor 30-an nanti (uisshh idak le saya nak dorang tu merokok hookay) mesti cam awkward je gitew.

Pak cik saya tu pun satu, kekadang tersasul sasul panggil diri sendiri nama dia..(bukannya pakcik cam yang kitaorang panggey)..itu belum lagi dia panggey mama saya auntie. ada ke kakak dia , dia boleh tersasul panggey auntie.

tapi tak kisah apa pun, saya rasa gamba raya kitaorang ni memang paling GLAM skali. rasa cam boleh jadik cover kaset kumpulan rock dulu dulu pulak - ini mak saya la yang kata. Tak pun jadik gambar model susu cap gantung untuk budak budak membesar sihat.

Auntie Jua, saya tahu saya tak cukup syarat - tapi quote mama saya - ada aku kesah??? - kerana sememangnya saya ni datang dari keluarga yang suka GLAM GLAM sebegini.

So Auntie Jua, pilihla foto ni sebab saya rasa saya sefamili sangat vogue gitew..

Ini lah gambar family saya yang sangat vogue itew...




cerita sket pasal pic ni. Ni kat kampung rumah unyang saya. Nampak tak frame kat blakang tu? tu semua gambar lama lama atok/nenek/uncles etc etc mama saya. Saya pun dah tak berapa kenal la diaorang tu. semua cam dah janggut janggut buncit pun ada. yang dah meninggal sah sah la saya tak kenal kan. Rumah ni ala ala rumah tinggal la jugak. Cuma atok saya je yang balik seminggu skali tengok keliling. Chantek kan gamba saya ni!!


salam sayang;
Alesha Razan

p/s: mama saya budget budget takkan menang, so dia paksa letak 2 pic sebab giler glammer yang teramat.

Monday, December 7, 2009

Happy Birthday Abang!!


Yes..its this lil'kid birthday last Saturday.

Azhad Razan now is officially 2 years old!!

I dont really know what to write. But somehow obligated to write something just to commemorate his big day.

We had a small (small? apa kes nak dekat 30 orang la!!) makan makan with the inlaw. As many of them are not in Malaysia, majlis tu jadik sedang-sedang aje! ok la heks memandangkan maknye pun tak larat nak melayan sangat.

oohh kakak alesha harus ada yea. birthday nyer next week ni.

Thanks to the inlaws yang masak itu ini - mak masak spaghetii je- memang enak enak segalanya.

As tradition for the inlaw, any birthday celebration akan jadik celebration beramai ramai. nama dalam kek harus ada nama semua orang yea. though mak yang satu ni kenkonon nak exclusive anak-anak dia, but what the heck, budak-budak ni lagi suka bila the cuz are around.

malas nak jadik soapy nak flashback ke apa. takde idea nak menulis doink.

Happy birthday Azhad dear. may all your dreams come true

Thursday, November 26, 2009

loveless us

Ive been married for more than 5 years and have been with the same guy for total of close to 15 years. Of course married life has its ups and downs. sedangkan lidah lagi tergigit kata orang. with 2 kids and more we are planning..i am ok with my life now.

but i often wonders about people around me. I have at least 4 friends who are in a loveless marriage. Yes they go about living life like anyone else. they have the occasional sex and good times vacationing and such, but being a friend whom they shared intimate stories - i just dont see love in their eyes anymore.

One outrightly declared so that she is in because of money. not to blame her since we all have loans under shared names. I was even the one who asked her to stay in the relationship when she was talking about divorce and such. Looking at her situation, i couldnt really put the fault on her. His infidelity was the breaking point.

One because of the kids. Well..we all love our kids dont we. but i just dont know how you can go home and stay loyal to a person you are not in love with. i think thats an affair-waiting to happen, but what can i say. at least he is a good father. A good husband - maybe so too, but i really couldnt blame him if he do have an affair one day. I guess, thats what happened after 10 years if u married someone 'because it was the right time' to do so.

One jumped head down into marriage life though i think it was the biggest mistake of his life. and the fact that the wifey is close to 10 years older than him will not be helping at all. Now he is lovey dovey and even expecting first born less than 5 months after being married. 2nd biggest mistake i see coming. But i couldnt be telling him that since kids shouldnt the be problems. They have bring me heavenly joy so far.

But we all know raising a kid (or kids) is not an easy tasked. most couple even fight over matters concerning kid. that will add more pressure to an already 'steaming' condition. I just hope he will be a good husband and a loyal one too.

One is still married though i really dont see the point if both of them are flirting and having relationship with other people. The relationship is a puzzle to me even.

I dont know what i will do if im in such situation. do i expect love or loyalty? could i live with just one or will i just wither and lose all hope?

Will you be in a relationship if u are not in love anymore and remain loyal though you know there is someone out there for you?

Thursday, November 12, 2009

make up case

ada idea tak nak beli make up case yang rupa camna?

semenjak menjak ngengada nak touch up muka ni, giler bersepah ok make up. rasa cam ada yang ilang lak sebab part tu kat beg ni, part yg tu lak kat beg ini, tapi yg paling menyakit hati bila brush aku kemek kemek beg tak cukup panjang nak simpan brush tu.

option no.1..beli something cam ni.


Ni kira standard make casela kan. tapi aku dok pikir-pikir time travelling, ala ala ngengada nak make up muka cam burung merak color color itu ini, mesti laki aku hangin satu badan tak pasal pasal kena tambah satu luggage.tapi if letak kat rumah aje, confirm cam tersusun aje mak bapak berus ntah apa apa dalam beg aku tu kan. tapi dok pikir pikir balik cam tak cukup ke commpartment nak simpan brush tu. kang kemek lagi brush aku


Option no. 2 : standard cam ni lak


Lebih kurang cam yang no. 1 tadi la, tapi ala ala clear gitu, aku boleh la humban semua masuk. brush aku pun dah memang casing..ngan casing casing aku boleh campak dlm tu. tapi isu time nak travel nanti la. kena makan penyepak aku kang. oohh no no no..saya tak leh downsize make up saya time travel yea. kot la laki aku tetiba suh dress up gaya maut..kang ke nyesal tak cukup 'ammunition'.

option 3: ala ala beg komputer cam ni


memang menarik sebab boleh himpap masuk beg besar time travel. tapi aku dokpikir, if aku simpan kat rumah, tak ke serabut atas meja ada beg pc gabak cam ni. pastu lak, tetiba lak aku terasa nak bawak makeup kat opis, tertinggal lak dalam keta, tak pasal pasal keta aku kena pecah orang nak pau beg ni sebab ingat beg komputer. itu yang cakap cerita semua make up aku ilang ok. mau menangis kuar mata darah aku kang..

cam na eh? korang yang perasan vogue tu simpan make up kat mana?

btw: credit kepada owners of the pictures ok.

Tuesday, November 10, 2009

Oppss Dia dah Kantoi

oohh baru sekejapan tadi bloghopping..tetiba sangkut lak ngan blog minah ni yang baru aje masuk family aku..ohh sila jangan tanya banyak banyak, sah sah nanti kang aku lak kantoi mengata orang.

Tapi really eh..kalau orang cakap 'cakap malam pandang pandang' (hehe betul ke ni?) cakap dalam blog lagi kena cover. Hmmm ni yg buat aku nak caras entry lama lama tu.

Aku takde la nak blame minah ni coz aku paham la yang dia nak lepas tensi..tapi apa hal kutuk family aku weh!!

FIRST RULE : ko bukan kawen ngan dia aje..KO KAWEN NGAN FAMILY DIA TERMASUK LA SEPUPU SEPAPAT ETC ETC ETC. if rasa rasa nak kawen sendiri, pi kawen lari, balik register, pastu tinggal la kat ulu perlis ke mana..aku rasa cam aku takde la sedara mara ..yang jugak sedara mara laki ko kat sana.

SECOND RULE: so what kalau kawen orang sini sana bising. Itu la namanya cabaran. CINTA sampai nak muntah pun if ko tak masuk kan elemen elemen luaran tu, ko takkan tahu tahap cinta ko tu. Masa tu la ko nak test power, betul ke aku ni dah sedia..betul ke budak jantan ni responsible? ini belum lagi cabaran lepas kawen. Ishhh masalah sebelum kawen tu sekelumit aje la. Masalah anak..masalah time..dapat lak anak sakit..uwahhh boleh rasa nak letak kepala dalam pasir ok!!

THIRD RULE: tak de third rule. Aku cuma nak cakap pandai pandai la bawak diri. Dah la ko kawen ngan di antara yg ter kecik in the family, sedar sedar memang ramai la 'PENASIHAT TAK RASMI'. rasa rasa tak mau dengar, time masalah jangan lak datang jumpa family. Ini kes lempang pun, nak jumpa aku, kes tangkap polis aku gak..itu belum kes nak pinjam duit lagi. Sendiri mau ingat la.

hmm sapa agaknya sedara mara aku yg baca blog aku?hmm..nasib korang la yea. aku tak jemput sangat pun. if ada yg rasa rasa sentap tu..silala buat blog n kutuk aku cam aku kutuk minah tu. hahhaha

Wednesday, October 28, 2009

Things that are keeping me sane..







...ohh abis lagui duit gaji aku bulan ni...

Friday, October 23, 2009

Saya mahu CUCi

I was only back home yesterday at 2.00 AM for this...........
.............

..........

........

....

........








.............. and it was REALLY REALLY GOOD!!


Serious people..i dont get paid for writing this up..lagipun apa la sangat my traffic kan. bukan besar na for them to actually nak mempergunakan aku as promo board, but betul..it was a pleasantly suprisingly GOOD.

The props were impressived (to my eyes yg tak pernah tgk PGL - which i heard was even giler hebat) the casts were just lovable, the dancers and choreography were entertaining enough and the songs....ohhh i really think it could sells you know..as a single or compilation.

Ok bit by bit pulak yea..may be a SPOILER for you guys..so be warned..rasa tak mo baca please stop here.

The simple story line goes as the cuci the movie..but for different and BETTER casting for:
CJ -then Erra now Vanida (i think she did it better anyway!!) ,
makcikover inject botox si Ummi Aida - now Adibah Noor (WAYYYYYYYYYYYYYYY BETTER adibah noor la for sure kan!!!!),
khir rahman ganti ngan that harith iskandar (i think its a so-so la..khir is a good actor too) and..
the dad : dato rahim razali - ramli hassan (who is just oozing with sexiness ok!!!!! - ini lagi sexy dari Capt. Jean Luc Piccard i tell ya!!!!!!!

for a musical, it was really really entertaining - sound wise. I mean..no suara pecah, no sound system problem - semua nya best. Maybe because majority of the cast memang boleh nyanyi but for Abang Kacak Hans kita. I think because semua orang tahu his strong point (definitely his chest) not his voice, so diaorang dah downplay kan all his sing-sing acts. All were given opportunity for solo acts, but for si hans. tapi he still pulled it off sebab ala-ala romance scene ngan vanida, so lagu pun ala ala bisik bisik gitew and no high tone.

vanida's voice was good too. gemersik. I think it wasnt really her voice - eh bukan dia pakai stand in, i think the sounds system yg bikin soara dia dengar cam lunak. high-five to Istana Budaya for that. I was talking to IB's staff, and he told me the lil.mic costs rm30K per piece. not to mention other benda sound proof bagaikan dalam dewan tu.

Aflin..well what can i say about him..despite his memboyot - aku rasa cam nak burst ok!!1 dia tak semput pun.in fact, his voice was as a good as adibah noor - male version. very deep and strong. wayyy mature than his time time ikhlas tapi jauh. macam jazzy pun ada suara dia tu. rasanya with the right songs, boleh jual album mamat ni.

Cik AC is being himself la. the same dance - the CMP U'ALL trademark. tapi still very entertaining. and u couldnt deny his baritone voice tu memang lunak.

oohh and cik Adibah..i think at some point of the play, when she was singing, rasa cam nak bangun menari skali ok!! IT WAS AMAZINGLY GOOD!!! well amazing tu cam tak berapa betul la sebab apa nak amazingnya. dah memang dia tu wellknown for her vocal, tapi it is almost magical la bila dia nyanyi and when she tarik a note, you terus seram sejuk i tell ya!!

BUT THE BEST BEST BEST BEST ACTOR in the entire play if u must ask me..and PLEASE PLEASE JANGAN PITAM OK ..i must say , and i think majority of the audience yesterday would agree..goes to ............ABANG AWIEEEEEEEEEEEE!!!!!!! OMG..everything EVERYTHING ABOUT HIM in the play was just right with a dose of OMMPHH!! suara awie jangan cakap la..memang la dah sah sah hebat, and he play the role without being over tau..which really just make him more in the lime light gitew. Whilst AC was bust being the loud kelakar one, aflin was too serious and cik Hans too handsome la kan..awie was always the one on far left or right minding his own business and sometimes doing things just so your eyes would drifted back at him. i dont know whether its intentional or just scripted but he certainly deserved the standing ovation (not to mention teenage-shrieking screams of ABANG AWIEEEE) we were giving him yesterday.

So there peeps..a lil about Cuci the Musical. Grab a ticket if u have the time (and budget) coz i can guarantee u its a hell of screaming and smiling and laughing nite you would be smiling in the morning about - play.

ciao peeps and happy weekend

Friday, October 16, 2009

Tips Membeli Rumah - Jilid 3

Jilid 3 sudah tiba - kepada yang ternanti-nanti ...wooo hold your horses down!! kuang kuang kuang

ok..kita sekarang telah berjaya recci bank untuk the highest market value. So sekarang boleh proceed suruh salesman bank process application. Di antara benda yang wajib dia mintak ialah booking resit. Booking resit yang WAJIB anda collect ini selalunya takkan ada S&P price. Cuma bagitau lot n berapa booking fees u dah bayar. Bagi dia ni.

Developer pulak akan sentap sentap suruh anda sign S&P.JANGAN SIGN. standard praktis, anda kena sign S&P within 14 days after bayar booking fees. DELAYKAN!!! Confirmkan yang bank dah keluar letter of offer dan DAPATKAN SEBOLEH MUNGKIN HARGA NON BUMI IN YOUR S&P.

Bila dah keluar letter of offer and the terms are agreeable, u now can proceed with the signing of S&P. Oleh kerana takde dokumen mana-mana yang noted your original price, harus WAJIB and sahih (i couldnt impress more) that when u sign your S&P, make sure u bagi a letter quoting StaffName/Date/Your correspondences yang menyatakan harga original rumah itu adalah RMX dan S&P hanyalah bagi tujuan pinjaman bank or kos renovasi etc etc. SIMPAN SURAT INI DAN MAKE SURE ADA ACKNOWLEDGMENT FROM THE DEVELOPER OK!!!

TIPS SELINGAN: LAWYERS FOR S&P LAIN NGAN LAWYERS BANK. MINTAK DISKON AND ASK TO SEE THE BILL BEFORE U SIGN S&P!!MINTAK DISKON BEFORE SIGN S&P. LAWYER AKAN KATA TAK BOLEH DISKON, TAPI CAKAP, BAGI I DISKON ON YOUR DISBURSEMENT I.E. PHONE CHARGES, CORRESPONDENCES, PHOTOSTATE CHARGES AND WHAT NOT.its basically stated in the last para of your very longgggg bill. hehehe

Lepas sign S&P, u will be required to bayar 10% deposit. If you can, pay only the difference sum between your original price and your booking fees+loan. Kalau dia kata sistem suh jugak bayar that 10%, if u have money boleh aje bayar TAPI MAKE SURE U TAKE THE RESIT AND WRITE A LETTER SAYING THAT THE DEVELOPER HAS TO REFUND RMxx TO YOU BEING THE EXCESS OF YOUR PURCHASE PRICE. MINTAK ACKNOWLEDGEMENT AND SIMPAN SURAT TU SAMPAI MATI. wahh exxagerate pulak mak. tapi u get my point la.

Risiko nye rm tu mungkin dapat dalam lagi 6 months, tapi if u can wait, why not. Kalau tak, santak la developer tu hari hari mintak duit ko.

Ok..sekarang korang dah boleh perasan rumah tu korang punya..JANGAN HARAPPPPPPP BEDAH!!!! BELUM LAGIIIIIIIII

step yang kedua ialah untuk kejar bank for your facility agreement. Kejar bank / lawyer bank untuk prepare and finalisekan the transaction. Kenapa? Selagi diaorang ni tak bayar kat developer duit loan tu, selagi tu korang tak dapat kunci umah.
Kunci umah tu perkara kecik la kan..korang pun bukan duk bawah jambatan yang lapar na nak masuk umah baru..tapi yang lagi penting ialah interest dah start run. Sapa nak bayar interest ratus ratus bang? dari bayar interest baik korang guna duit tu beli railing langsir kan?

Ok..sekian aje tip tip dari aku. sapa sapa yg rasa dia mempraktik kan tips aku ni, ingat ingat la nak jemput aku pi house warming ke..kenduri doa selamat ke masuk umah baru ye.baru la murah rezki korang nanti..

so guys..until later..

live your dream..

Thursday, October 15, 2009

Tips Membeli Rumah - Jilid 2

Atas permintaan ramai...hahah ye la tu bedah..saya akan meneruskan post tip Jilid 2 ini sekarang.

Sambungan dari recci bank rate n lock-in period, harus juga anda mindful yang bagi rumah yang dibeli dari developer, loan akan pergi setinggi 90% of S&P Price. Pada yg tak tahu S&P= Sale and Purchase Agreement ye. Ada jugak bank yg bagi lebih,tapi saya tulis yg resam aje la. so the remaining 10% harusla anda bayar sendiri. samada pakai duit dalam bank anda (atau bank anak-anak) atau duit laki anda sendiri yang kaya raya. Tapi usah khuatir..itu boleh direimburse oleh KWSP - sekiranya ini rumah pertama anda.

tapi lets not go to payment deposit yet. Kita belum sampai stage itu lagi ye. baru aje start nak recci bank. Letter of Offer dari bank pun belum dapat yea. Ikut stage yang dinyatakan ok.

Ok..bila dah confirm S&P and eligiblity anda bagai..mintak loan selama yg boleh. Kenapa saya cakap begitu? Nampak naa aku ni suka berhutang. Bukan apa. period yg lama bermakna instalment nyer pun sikit. Ai..lama sangat nanti interest pun banyak!! Tanya si polan tu..Iye..memang la..tapi anda baca tak Jilid 1 yang cakap tips beli rumah untuk orang tak berapa banyak RM?? Haa..yang pastinya dengan monthly instalment sikit, anda akan ada lebih duit untuk saving. Sekiranya ada lebih saving, makanya bila dah banyak saving, buleh juga anda bayar untuk prinsipal sum (sekiranya conventional - MAKE SURE BILA LUMP SUM PAYMENT DIBUAT ANDA ISSUE WRITTEN INSTRUCTION FOR PRINSIPAL PAYMENT!!) dan mempercepatkan pembayaran hutang sekiranya ianya islamic financing.

TIPS SELINGAN: LUMP SUM PAYMENT AKAN TIED NGAN LOCK-IN PERIOD ANDA. U MAY BE CHARGED A PENALTY FOR LUMP SUM PAYMENT IF YOUR LOCK-IN PERIOD HASNT EXPIRED. PLEASE READ LETTER OF OFFER PARTICULAR THE FINE PRINTS.

jangan risau the fact anda berhutang pinjaman rumah. Kerana MRTA atau insurance akan cover sekiranya anda mati sebelum sempat bayar hutang dan menjadi harta pusaka anak-anak anda. proses tukar nama anda yg dah jadik makanan cacing kepada anak menantu or suami anda yang mungkin akan kahwin lain selepas abis edah tu kira topik lain yea. Bila rajin aku post bebila.

Bagi mereka yang membeli rumah SIAP DENGAN CF daripada developer pula..harus ingat konsep margin of financing telah bertukar.Instead of mendapat 90% financing dari bank berdasarkan harga S&P, financing akan diberi berdasarkan harga pasaran semasa. Developer pada peringkat ini, tidak lagi menjual rumah tersebut pada harga asal pembeli awal, tapi akan mark-up like no body bussiness la - especially if kawasan anda tu dah maju or memang upper class. Confirm confirm rega S&P anda akan menjunam naik RM50K -Rm100K.

MALANGNYA, harga pasaran most definitely AKAN LEBIH RENDAH dari harga jualan developer tu. So bila ini terjadi,maknanya anda bukan akan kena top-up 10% deposit aje, tapi kekadang 20% or 30% of the shortfall. Uwaaa mana cukup kan? Itu belum masuk renovation cost.walaupun writer ni tak de duit, tapi cita cita nak wet -dry kitchen ala IKEA's kitchen masih kental tersemat di sanubari.

Therefore, pay attention to what im gonna write after this.

when u prepare your documents,make sure u prepare in at least 6 copies. Apply to all 6 or more banks and STRESSsed that u want to know the market value before they process your application. 3 -4 banks will definitely quote you the lower value..tapi some salesman (if u are lucky)will try hard to seal the deal dengan berusaha lebih keras sikit dalam mendapatkan value yang lebih tinggi for u.

dalam masa yang same, u also have to write to developer to quote the non-bumi price in your S&P. So if both prices (S&P and valuation) are higher than your actual price, u may ended paying less than 10% of deposit or no deposit at all!!

Tapi ingat risiko stamp duty nanti yea. akan lebih sebab bila title dah keluar n nak effect transfer, stamp duty calculation will be based on the S&P Price.

opps...

Tips Membeli Rumah - Jilid 1



Hari ini saya akan menjadi generous dengan memberitahu tip-tip untuk membeli rumah (terutamanya bagi orang yang tak berapa ada duit - seperti saya). Ohh btw, tips ini hanyalah untuk rumah yg beli dari developer ye. rumah beli dari orang lain atau commonly termed as sub-sale ini tak termasuk dalam tips yang bakal saya berikan ini.

Perkara pertama yang perlu dibuat selepas merecci area/rumah yang anda nak beli ialah membayar duit booking. ofcourse la yea..tak payah la saya go into details cara cara nak merecci umah. itu ikut criteria puan puan la yea.nak dekat ngan sekolah ke,nak dekat ngan umah pak ke. ada padang permainan ke..dekat ngan karaoke centre ke...oppss..

berhubung booking fees..if dengan developer, ada yg ngada-ngada mintak 1% la, 5% la..abaikan saja. yg penting anda bayar. If dia desak..kata ini aja yg saya ada..lepas saya recci bank,baru saya bayar remaining. Selalunya anda bayarlah rm500 or rm1000 - yang mana lepas duit poket waktu tu. MAKE SURE MINTAK RESIT!!!Ini sangat penting untuk step kedua.

Opps sebelum itu, selepas anda recci umah, try call bank sini untuk tanya dokumen apa perlu untuk apply housing loan. Sediakan dokumen semua itu. Little that we know, tak semua orang dokumen in place.Slip gaji 2 bulan lepas lepas ntah mana tak tau letak etc etc. Compile semua dokumen,baru bayar booking fees. Sebab lepas bayar booking fees, its a snowball of actions. Boleh aje slow-melow cam siput babi, tapi rugi lakan..sapa tak mo masuk umah baru cecepat. Dalam masa prepare dokumen bagai, masa tu baru bayar Booking Fees.

Step kedua ialah recci bank. jangan main bedal aje bank yang developer santak kat puan puan yea. walaupun lebih mudah, kadang-kala rate ataupun package yang diberikan tak berapa menyelerakan dalam jangka masa panjang. TAPI PERKARA YANG PALING PENTING = MINTAK ZERO MOVING COST!! Zero moving cost basically means, anda incur minimum sahaja untuk perbelanjaan peguam/processing loan etc etc. Pikir $$$$$ yang berkaitan dengan bank - mana yang boleh diminimisekan, kita minimisekan. perkara sampingan yang anda kena pikir berhubung bank & loan application ialah interest rate dan lock-in period. Interest rate or faedah if islamic loan walaupun secara sapu rata sama je bank ini dengan bank sana, tapi worth to be looked at if korang jenis rm50 pun berkira. tapi if setakat rm100-rm200 monthly tu takde hal kat korang, bedal aje la mana bank pun.

Perkara kedua ialah lock-in period. Lock-in period ialah masa anda ter-tied ngan bank tu. Masa lock-in ni u olls tak leh jual/refinance or buat apa-apa kat property tu tanpa sebarang cas/penalty. Rugi oo tak pasal pasal kena bayar 3% la 5% la tak tentu pasal kat bank. Lock-in period ni tak tentu di antara bank, ada yg 5 ada yang 3. Rate pun berbeza. Kaw-tim ngan salesman bank tu untuk minimise kan lock-in period dalam letter of offer anda. Kalau awal awal dia dah cakap itu standard - persetankan. Mana ada standard. suh dia recommend for minimum lock-in period. JANGAN PERCAYA CAKAP SALESMAN BANK tu. most of the time, dia akan jual package yang menguntungkan bank dengan ayat-ayat yang membuatkan anda rasa anda sangat beruntung ambil loan ngan bank ni.

sambung di jilid 2 ook..sat sat lagi ke nanti aku buat

Monday, September 28, 2009

i miss this

azhad had finally wean-off. in fact tak de hunger-pang or teringin-teringin dah. but boy being boy (or so ive been told) hobinye adalah meraba raba ok. kadang kadang tengah malam mata lelap pun boleh meraba. sometimes (most of the times) he will pretend mama nak acu and senyum senyum kambing sambil landing kepala dia kat dada. mak okaje, cuma takut kena ngap ngan gigi dia yg dah cam cendawan kala lepas hujan tu.

but despite all that, i really miss this


haiiii bila lagi nak beranak kecik ni..

SOALAN MENCABAR MINDA



oohh puan puan, saya telah mendapat satu soalan kejang perut dari anak dara saya itu.
soalannya berbunyi : mama, Allah tingal mana?

tak terkedu ke aku nak jawab. tapi sebab mam memang carik makan ngan mulut,makanyajawaban yg tak berapa menjawab soalan mak
berbunyi: Allah tinggal dalam hati kita.

so guys, what would you answer be to your 4 yrs old??

Thursday, September 24, 2009

cubaan ..

ini adalah cubaan untuk meletak phototink ini disini:

Scrapbook at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com

tak tau jadikkeidak...cik yan boleh letak tutorial tak part ni?lagi bagus if tutorialnak bagi permanent bendalah ni kat belah kiri/kanan blog ni..

ya ampunn

/wah sungguh bagak yg kat side bar ni. gimana mau bagi kecikyea?

kisah raya 2009

alaaahaiii..masih lagi takde mood nak memblog. keypad la cam taik kucing buat hal spacebar kekadang tak mo jalan. key v pulak kena tekan cam nak tekan kueh samprit kuar dari acuan la pulak... tensi aku.

apa cerita raya yek?

oppsss...terlupalak..selamat hari raya uollss... of course la zahir dan batin or ZAIMdanPatin bak kata anak aku.waa malasnya den nak tekan backspace bila space bar ni tak jalan.anggap aje la bilaayat aku tu bersambung , maknanya aku tekan spacebar tapi key lahanat ni tak jalan.

ok.cerita raya gue.. sungguh pecah tradisi raya kat kampung aku!! hish seingat aku, last timeaku raya kampung ada la time aku darjah 5. itupun masa arwah wan aku iduplagi. pastu dia passed away time aku darjah 6 jangan harap la nak balik kampung kan. atokaku ada lagi time tu, tapi feeling raya kalau induk dah takde jangan harapla nak ado. nan ado kato orang.

so this raya pakaku semangat nak raya kampung. boleh takaku nakbuat pengakuan?sebenarnya kan aku takmo pun balik kampung!! huhuhu..dokwish laki aku bagi ultimatum takyah raya kampung la. hehhe sah kawan laki aku baca ni dia report kat laki aku ni. lantak ko la. bukan apa..umah kampung tu dah la usang giler ok (ni tahapexaggerate gaban ni) debu debu yang sangat banyak, toilet yang tak menyelerakan, dan tilam tilam yang tak berapa gebu tu.

tapi tak berani lak nak bagi keputusan takmo raya belah aku sebab for the first time since 5 years aku kawen, abang aku semua pakat nak spend the time kat kampung jugak. abang aku tu almaklum aje la. rumah aje sepelaung dr umah pak aku, tapi timeraya, orang dah sudah sembahyang raya baru nakkelibat dia. uwahh sessi ngumpats pulak aku ni kang. ya ampunnn!!

anywayss...laki aku yang sangat baik hati cakap takpe la kita raya kampung since abang pun ada this raya. kesian ayah. baik tak laki aku? memang sungguh tau!!

kitaorang tido kampung malam raya tu.naikkematu tapak kaki aku ok jalan atas simen tak pakai selipar. itu belum bab bau badan yang semerbak. sendiri mau ingat la air kolah yang sejuk ya amat tu. confirmlepas pukul 6 aku tak mandi dah.nak basuh shee shee pun aku pikir 2 kali.

ok la raya kat kampung. tolak bab penat bab idung berhingus,bab azhad merengek sebab idung dia ala ala adik beradik ngan idung 2nd hand mak dia, seronokla sesama family hari raya kan. yang tak bestnye, termisskemeriahan raya kat segambut. family besar beb, confirm raya best giler. by the time nak baliksegambut, orang segambut semua dah kuar beraya kat rumah sedara. tu yang bab tak berapabest tu.

tahun depan adik aku dah kawen dah.hmm gamaknya raya mana lak dia tahun ni. dah sah sah abang aku tahun depan raya kat kedah, if adik aku raya kl, boleh la kasi can cik abang aku tu celebrate raya kat segambut pulak. kesian pulak aku tengok dia tak dapat celebrate ngan family dia pagi raya dah 5 tahun ni. hmmm wajib jadik isteri mithali aku ni.

rasanya yang palinng best raya ni sebab azhad dah pandai menyemat. anak aku bersamping bersongkoksampai petang tau!! giler bangga aku.oppss jangan tanya camna aku buat. tapi memang penat la try nak bagi dia biasa ngan songkok couple of days before raya tu. siap berbuih buih mulut aku puji dia cantek. baruuuuuuu dia nak pakai.

si kakak pulak rambut rebonding hari raya.takde la permanent cuma nya dia dah request nak basuh rambut kat kedai sebelum raya tu. so lunch break jumaat tu pun aku pun bawak la dia gi basuh rambut. blow semua straight la rambut makcik tu.jalan pun kepala dah meneleng je aku tengok.

ok peeps..there goes our raya story. not much la.sama je cam raya korang. masuk raya ke4 aku dah masuk kerja dah. cuti dah abis babe.

so u guys enjoy u remaining raya. have fun driving backto kl or to wherever ur going tata peeps.

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

btw i typed the para above without looking at keyboard.kira aci tak nak test power cam korang. hahaha

Friday, August 28, 2009

bom bom pow

pelik tak..

yesterday's morn, i hopped in my car, switched on the radio and listened to fergie's yapping..oppss rapping to bom bom pow...

petangnya, i hopped in my car, switched on the radio and listened to fergie's singging the EXACT SAME VERSE in bom bom pow!!

aiyah..hotEFem seriously kena tambah song collection la...

Tuesday, August 18, 2009

the story on azhad

i think im at the stage where blogging doesnt excites me anymore - ape ke bengong blogging boleh gumbirakan aku???

anyways..azhad dah wean off since last sat. still cranky crazy especially time nak nite feed. first nite aku rasa the entire flat can hear him meraung nak susu. Giler kesian aku tengok. Not for the lack of trying to re-bf him, but dia dah freak out kot after the traumatised experience minum susu rasa lain. a fren gave this ranting pokok to wean off (ppl use coffee la..jadam la etc). aku pun tenyeh la without any feeling. Wallahh..tetiba azhad tak mau dah.

Masuk the 5th nite, he was still cranky. tapi volume dah kurang sket la. cuma he wanted to be carried bila time feeding tu. I think he is remembering the closeness during feeding. kesian betul.

oohh well...he is a big baby anyhows. mak pun banyak naa masalah kesihatan yg nak dilook after. I just wish he will drink more bottle susu when is around me je.

Monday, August 10, 2009

tag by momharraz

masih lagi tarak idea. meh buat tag.

1.bila kali terakhir anda cuci toilet?
aiyoo saya memang pemalas expecially bab cuti toilet. saya tak penah cuci la..laki den yoo cuci. tak pun orang yg saya panggey kemas rumah tu cucikan

2.pencuci apa yg anda guna?
Oleh kerana aku tak ambik port belah pencucian ni, makanya produk yg digunakan jugak aku tak tau. semua dlm toilet laki aku

3.dalam 1 minggu berapa kali anda mop lantai? Kenapa?
hahhaha...patut tanya dalam setahun berapa kali..kalau gitu boleh la aku jawab 2 kali kot. tak yah la tanya kenapa yea..jawapan seperti di no. 1

4.apa tugasan anda sebelum menjelang malam?
bagi anak susu laa

5.apa menu hidangan makan malam anda yg paling simple?
Telor goreng, sawi kicap n sambal ikan bilis

6.minuman yg anda buat setiap pagi?
main bedal ikut sedap tekak

7.sebelum tido apa yg anda lakukan?
hahah jangan dengki..memang aku selalu tertido depan tv sambil susu anak.

sekian terima kasih.

Wednesday, July 29, 2009

idea tarak

Idea nak memblog langsung tak de.

Azhad tetiba kena diagnose asthmatic. On monday, balik dari kerja berdesut jantung aku tengok dia dah napas pendek pendek. Nak pergi klinik pakar dah malam. Tried jugak ventolin nebulizer tapi tak berapa lega. cranky giler, tido pun prop-up atas bantal. Kejab kejab jaga merengek. makan tak nyusu tak makan..asyik nak dukung.

The next day langsung aku gerak pi pakar. siap kena sound ni kira teruk ni..berdesut lagi jantung aku sebab biar anak aku suffer sepanjang malam. Sekali kuar bilik doktor, siap berkepuk kepuk ubat campur inhaler sampai 2. huhuhu rabak mak. tak pe laa...asal anak aku sihat.

Hari ni dah nampak cam ok sikit. laki aku dah gundah gulana dia takde geng nak main bola. harapnyer prevention medicine tu works laa. aminn

Friday, July 17, 2009

my latest project




THESE ARE MY LATEST BABIES!!!
UNFORTUNATELY (or should i say FORTUNATELY!!) belum sempat posted here dah abis kena beli ngan semua orang.
Prices range from RM6 -RM10 per piece.
Orders are available yea.
Posted by Picasa

Friday, July 3, 2009

hari apa?

ini hari sabtu....

ini pulak hari ahad..
uwaa melompat la anak aku tengok wayang hari hari..

Wednesday, July 1, 2009

pray for her

i have come a long way to accept my condition. truth be told, i have not accepted it nor have i dont anything about it. I am plainly scared. Scared of the possibilities.

I have lumps on my breasts - more prominently on my right breast. i have done ct scan about a year ago and was confirmed of some shaded results on both breasts. The next step is to get it out via surgery so proper diagnosis can be done. My surgeon has reservation on operating on me. AS azhad is still breastfeeding, there is a possibility that the shaded areas on the scan report were my blocked milk duct and operation may caused the milk to seep out from the wound. Scary thought - i am not ready to endure that.

i am also not ready to wean off Azhad. As advised by the doctor, it will be better if the operation be done after i have fully wean him off milk. another excuse for me not to go for the surgery.

but deep down, i know my ultimate reason. I am scared of bad news. I am not ready to fight. I need my strength for the kids and not for this battle. not yet.

For several months i have been gathering strength by reading cancer-survivors blogs. to know more - on what to expect and simply how to survive.

A blogger who writes really well and fights damn hard is again faced with a challenge. Do pray for her ...and for me for more strength and courage.

grrrr

hari ni masuk kerja pukul 8.12. giler awal. la ni pukul 8.45 aku dah naik boring. semua blog dah abis aku khatam. siut nganga la aku satu hari ni.. ish..Kerja ada tapi semua dah delegate. huang huang huang.
tetiba terlapar nak makan chic chop keluang station la pulak. hmmm


cik yan; barang belum pos lagi laaaa..ada ni atas cabinet aku.

Monday, June 29, 2009

macam macam

Cerita macam-macam no. 1.

Alesha last week tak mau pergi sekolah. ada la kot 2 hari dia pergi. the entire week tak pergi. macam-macam alasan la..termasuk la kena marah ngan teacher. aku malas nak layan sebab if kena marah pun, memang ada hal la tu.
hari ni pergi sekolah teacher cakap dia nangis last week sebab tak siap homework. lebih kurang sama dengan cerita dia la yg dia kena marah sebab tak siap kerja. Teacher cakap dia tak sempat nak marah anak aku dah melalak tak tentu pasal bila suruh pass up work. Ada kebenaran jugak tu sebab tau perangai melalak anak aku ada possibility dia buat camtu.
Hentam aje la alesha. tak di antar skolah kang serba serbi tak pandai. Academic tu aku tak berapa kisahkan sangat, after all, dia baru 3++ kan. Tapi social skills tu yg aku risau. Minah ni dah la surrounded with her sedara mara..tak reti nak carry herself socially.
Dia dah pandai A - Z and 1- 11. Boleh point the alphabet/number correctly. tapi dok sibuk eksyen nak sebut HBO/StarMovies sampai aku nak tengok tv pun potong stim. Number pandai hanya sampai 11 yea sebab lepas 11 dia jadik sixteen!. Mana dapat pun aku tak tau.

Cerita no 2
Gi tempah baju raya. aku ingat kan aku dah cukup kiasu tempah awal giler. rupannya tempat lain semua dah tak ambik tempahan. uwaaa tergezut aku. tema tahun ni kaler ijau. sungguh la aku tak berapa berkenan. tapi memikir semua warna lain dah try lepas kawen ni (alaa baru 4 kaler jek..kawin pun baru 4 taun) aku on aje la cakap laki aku.

cerita no. 3
Last week cuti sensorang kat umah aku hentam re arrange furniture. nak patah pinggang aku heret kusi meja. tapi ok la jugak in anticipation of raya. naik bosan dah aku tengok rumah aku selebet serabai dikerjakan azhad. bawah kusi bukak bukak pintu je dah nampak ketul ketul toys bawah kusi. aku alihkan kusi lekat dekat dinding. hehhehe..memang still berlambak toys, tapi takde la sakit mata aku nengok toys bawah kusi bila bukak bukak pintu.

cerita no. 4
Laki aku dok war war nak cat rumah raya ni. ada ke nak cat time raya. ilang akal ke? mau tak puasa aku mengecat rumah. tapi aku rasa cam tak berjaya je cadangan nak cat umah ni. tak start start pun planning nyer lagi. nak cat kaler apa je? kaler ijau gak ke? kuang kuang kuang..

Tuesday, June 23, 2009

yang sepatutnya


ni yg sepatutnya di pos berbulan bulan dulu.
kepada penerima..sorri la..aku takut tak sempat nak tunggu kaler idaman ko...ko dah meletup. if ni ko tak suka..agak-agak ko pakaila waktu basuh pinggan ke...lipat baju (..dalam gelap ke..) or waktu waktu seangkatan dengannya..
Posted by Picasa

Project Terbaru


Ini adalah projek terbaru saya...oppss..bukan project membuat anak yea..project membuat apa yg ada di rambut anak saya itu. hahha..saya sangat perasan saya ni art-sy & craft-sy orangnya..

Farah(momharraz):kan aku dah cakap aku nak buat benda ni..berjaya tak?
Posted by Picasa

Tuesday, June 9, 2009

nak yang ni..dapat dahhh

ingat tak post aku pasal yang ini?

Sebab aku giler meroyan, aku sudah membeli bukan tiga, bukan empat...tetapi DUA!!!

ya puan puan..saya memang giler beli kasut sama pelbagai warna sampaikan suami saya telah memberikan pandangan menusuk kalbu kepada saya. Ko makanlah kasut getah ko!!!

Thursday, June 4, 2009

saya teringin..

aku teringin jugak nak jadik .5 cam cy3.5. tapi keadaan kat rumah sangatla membebankan kerana budak gigi songel ni suka carik pasal. Aku laki bini rasa cam tak berani nak embark to another level dengan karenah dia.

Lagi satu, aku cam berangan nak beli umah lagi satu. Laki aku dah ok kan house-survey. BUkan house hunting yea. rasa rasa poket rabak aku kensel aje la plan aku tu. Tinggal la umah sedia ada. tak de masalahnya.

Tapi dok dok plan nak house-survey ni aku wonder la..katala aku berkenan rumah tu, mana la gamaknya aku nakk carik deposit bayar rumah tu n renovation.

aku mengconsider untuk:-

1. me up-stem kan current housing loan. Kata loyar fren aku, kita boleh top-up the existing housing loan. So up-stem kan rumah yg ni, the balance buat down payment rumah baru. Tapi mau melecet aku nak membayar dua dua umah yg aku agak-agak dlm 2 riban jugak tu.

2. jual rumah. tapi rumah mana? semua rumah aku suka..uwaaa banyak cantek ko! ingat banyak na rumah ko!! ptuii!! tapi aku rasa jual rumah untuk beli rumah baru bukan idea yg bagus, lebih lagi rumah sedia ada dah ada kat kawasan yg establish. Rumah baru tak tentu lagi kan. sekali jadik cowboy town..mau nyesal aku jual rumah kat kl. mati kerat idung aku tak dapek rega yg aku beli kan

3. mer-morgage kan rumah yg free from encumberance. TAPI CAM SAYANG KAN...elok elok tak yah bayar apa-apa untuk rumah tu tetiba kena bayar pulak. dah lah bayar rumah tu, rumah baru nak kena bayar jugak..hmm

ohhh haku sangat buntu..korang ada idea tak camna nak re-struckture debt aku ni so aku boleh beli rumah lagi..sila jangan cakap personal loan yea, sebab mak memang tak lepas personal loan.

Tuesday, June 2, 2009

entry syok sendiri

saya seorang yang sangat vain..

tak percaya..baca ni..

nota kaki: cy 3.5 haku tak post lagi tudung hang. dah gamaknya demand nak color gelap2. sah sah ko tak suka kaler yg aku ada dlm stok cam yg kat wajah ku yg jelita itew..- sila clink link nak tau betapa jelitanye aku

nak yang ni..

aku nak yang ni

tapi rm cukup cukup je ni...huhuhuhuhu...tergenang genang di benak aku.

Monday, June 1, 2009

Kerana Kasih

Korang tengok dak cerekarama sabtu lepas. Alaaa..yg si eizlan yusof (giler hot aku rasa dia ni wokeh!!!) ngan si ogy tu?

Memula tengok tu aku ok lagi. Tak tau jalan cerita camna lagi kan.. Si alaa...sapa joyah yg masuk sehati berdansa tu...hmm tak ingat la pulak aku namanya. Kita panggil si bini aje la yea.

Bila si bini dia dok marah marah , aku pun apa la sengal betina ni memang kaki jeles ke..atau curang ke..iya la kan, tak de la aku nak pikir jalan cerita lain kok dah lakonan tu ala ala pompuan baik bertudung baik

Sekali ambik ko!! Bila scene anak-anak dia dah dok panggil papa, pastu si ogy tu dah senyum simpul malu malu..aku mula la panas hati. Mende nye ko ni pompuan sewel!! (bukan dituju kepada ogy, tapi pada characternye tu lah).

Bikin panas lagi aku bila dia kena marah ngan si bini kat opis, boleh nangis nangis tu. Cit!! Huarrgghh..ptuiii!! Aku cakap kat laki aku, kalau saya tu, saya tampar pas tu ludah kahak lagi ada la!!

Apa la ko carik nahas. dah memang ko cari pasal ngan laki orang. tak kisah la dia ada masalah ke ko ada masalah ke. nak kongsi masalah kongsi aje la..aku pun kongsi masalah aku ngan laki orang...(oppss kepada kawan-kawan laki aku, sila jangan report je-masalah yg dikongsi bukan masalah di dalam bilik tido) tapi jangan la sampai KONGSI LAKI..


eeee arrrghh ptuiii (ludah lagi sekali)..siap cakap susah ke nak menagih kasih (ke kongsi kasih?) tak kisah la...memang la tak boleh BEDUL!!!

UWAA aku hangat hati betul la tengok citer tu. tapi mungkinkah nak bagi kita pompuan ni tengok the other side of the story - bak kata kak ipar aku ; citer benar kot...hahahha

tak de maknya nye!!! ko nak semakkan kasih sayang orang pesal!!!!!! tak puas ati betul aku!

Everything about Halal

I have lotsa questions received in my personal & professional chairs regarding THIS.

Ada yang boleh dijawab, ada yang tak boleh di jawab.

SO for those yang mungkin nak tahu more about it, you can click the link.

Hope it helps clear your doubts.

Friday, May 22, 2009

MY ALL TIMES FAVORITES

Ini adalah senarai lagu-lagu kesukaan saya yang paling dan paling dan paling saya suka sepanjang masa (...setakat ini)


Careless Whispers (by Wham)

Ini lagu waktu saya kecik kecik. Masa ini tak tau la darjah berapa. Kat mana aku dengar lagu omputih ni pun aku tak tau. Tapi memang aku suka gilerr ok. sampai sekarang. If dok saja saja, lagu ini yg aku dok nyanyi nyanyi.

Apa jenis punya lagu pun aku tak tau. Tak berapa paham aku lyrics je. Cam kisah main curang ngan kawan baik je. Kot ye la gamaknya yea.


All i wanna do ...(by Heart)

seperti yang aku cakap dalam post before this. Killer song. I think it is not much on the lyrics, on the melody. Apa apa, lagu maksiat oii....



Halo (by Beyonce)



Uhhh....goosebumps. Aku rasa cam kelemasan dalam asmara cinta renungan mata mamat dlm videoclimps ni. *goosebumps* again. Serious, if i ever want to fall in love, i want to fall in love like this. Nah! AMbik Ko!!! *sepak muka sendiri bagi sedar* Anak dah 2 la ngok. nak fall in love mende!!!



Terlalu Istimewa - Adibah Noor



Lagu ni Adibah Noor nyanyikan. Masa ni aku tgh preggie Alesha. I remembered still aku tgh tengok citer apa tu....ala..yang Hani Watcha!!! tu. So ada la kuar video clip terkini. Fresh from oven la kiranya. Aku siap tengok sambil nangis-nangis lagu ni. Apa ke sengal. Sila salahkan hormon mengandung ye tuan puan



izinkan Ku Pergi - Kaer



Ive heard this song before. Tapi tak berapa pay attention sampai aku baca posting Mrs D. Then i really take a long pause to take a closer look at the lyric. Whenever i feel out of love, i will listen to this song. Pang!! Penampar lagi sedas!! tapi betul wooo..lagi lebih appreciative akan loved ones kita.

oohh itu sahaja yang saya boleh ingat setakat ni.

harus aku youtube lagu ni semua sekarang. ciao peeps

Sanguine Melancholy

saya pun buat jugak..

ini adalah saya..

Sanguine Melancholy

all i wanna do...

i was trying to sleep last nite when out of nowhere this song popped in my head - only the 1st 2 lines of the chorus that is. I couldn't get it out of my head and the first thing i did this morning when i was in was to google for the song.


Oh Boy!!!

I didnt know the lyrics were such!! Grrrr...giler traumatised when i understood it now. Ye la kan...after all, i was still in primary school when the song was out. i didnt even know what 'made love' was. kuakuakua.. STILL ..IT IS ONE OF MY FAVORITE ALL TIMES SONGS

so enjoy ( i even post the one with the lyrics for you!!)

p/s: mati la orang keliling aku dok dengar lagu ni sepanjang hari..hahha

Something in May

i got this good reading from my boss. and you know i am a self-proclaimed racist kan..u would know where i stand.

Have a good reading u ollss

Friday, May 15, 2009

Kena menyesal ke?

Tidak lama lagi anniversary saya yg ke - 5

Hari tu, adalah aku dok jek jek laki den tu pasal i-pod. hehhe..kenkonon nak la iphone tu untuk hadiah aku.. laki aku diam je

past aku jek jek pulak N-Series...hehheh...manala tau..kot dapek kalau budgetnye aku kurang kan..still dia diam. tapi dia sok sek la pasal rega hp itu hp ini dalam N-Series tu. Maknanya, dia recki la kan..


pastu semalam aku cakap aku nak sunglasses yg ada power. Kenkonon nak pakai spek mata itam. Mak yg rabun ni wajib la kena bagi power kan lens tu. sah sah aestik aku tinggi tak leh pakai lens. Laki aku angguk angguk tanya berapa rm? aku cakap rm600 jeee...

Wahh...boleh ko percaya? laki aku dan dan cakap nanti dia bagi duit..

adakah ini bermakna budget spek aku sangat rendah dibandingkan dengan apa yg telah dia plan yang membuatkan dia agree dengan serta merta??

uWaaa...aku rasa cam aku nak kena menyesal aje mintak spek!!!!!!!

Perkara Yang Tidak Berapa Saya Banggakan

As a mom, ada 2 - 3 benda yang aku bangga sebab aku rasa dengan implementkan benda semua tu, aku ni termasuk la dalam lingkungan mak-mak yg bagus. (ececececec).. tapi ada jugak benda-benda yang aku dah terbuat (..dan masih buat) yang aku rasa haprak giler...apa la sengal aku ni..tapi STILL aku buat jugak.

perkara-perkara berikut adalah:-

1. menakutkan anak aku dengan kata dia akan mimpi hantu gigit dia bila dia tak mau gi kencing n wash up before tido. hehhe...mak tau tak nak bagi alasan apa nyah...anak dara aku tu ketegak if bab bab dia rasa dia tak yah buat ni.

2. mencubit n menampar di bahagian muka - aku memang cam kepantangan sket bab bab cubit n tampar muka ni. Aku rasa cam kejam amat buat gitu. Tapi bila amarah sedang melanda..kenapa buat benda 2 ni je yang paling rasa puas? uwaaa angin meroyan mak dah datang la ni. tahap penderaan kanak kanak aku ni.

3. bagi anak aku makan can/tin food - ececece aku dok rasa benda benda tu cam tak elok. pre-processed food kan. tapi apa la sengal aku tuang gak sos spaghetti tu banyak-banyak siap buat stok lagi simpan dlmpeti ais bagi bebudak ni makan every weekend. tak berkhasiat la ngok!!

4. biar bebudak dok tak pakai car seat - kekadang aku cam merelakan je diaorang ni dok tak pakai car seat. ape la sengal aku ni.

5. tidak mengosok gigi - heheh....ada boleh aku lupa nak suruh dia gosok gigi? doink!!!

cukup cukup la dok kutuk diri sendiri ekkss...hehehe

Thursday, May 14, 2009

i love u

anak bujang saya...


Saya rasa saya jarang bercerita tentang Azhad. Kenapa ya? hmmm agaknya memang trend sejak dari perut lagi kot. sebab seingat saya, masa saya mengandungkan Azhad, memang saya tak berapa suka bercerita tentang kandungan (cerita la jugak yea..tapi tak sehebat waktu zaman Alesha). Saya lagi suka layan perasaan syok sendiri sambil usap perut.

Bila azhad dah besar ni pun, saya rasa posting saya lebih banyak tentang Alesha. ahh kesian anak teruna saya. harus ada cerita pasal Azhad, nanti saya sendiri boleh membaca dan teringat kisah lampau.

Azhad orang yang:-
  • sangat cheeky and very playful. Kadang-kadang azhad jatuhkan barang dengan this look on his face and cecepat lari lepas jatuhkan barang tu sambil ketawa terkekek.


  • pandai main - Azhad pandai main kejar-kejar, pandai main cak cak, pandai main kuda-kuda. Pantang orang ramai, Azhad akan ikut sekali. Ada this one time, Azhad jadik tukang kejar cousin yang lain. He purposely rode on his too small kereta sorong untuk kerja orang sambil jerit jerit.


  • very active - Azhad sangat active dibandingkan kakak. very messy jugak la!! (ini traits ibunya ya, so i am not complaining MUCH). Oleh itu, selalu sangat Azhad kena jerit sebab semakkan rumah and such.


  • very loving n manja - maybe sebab Azhad bf, Azhad a bit depended dengan saya. He could just come up to me simply to hug and kiss for no reason. Itu belum lagi tiba-tiba dalam duduk dalam pangku sambil letak kepala atas riba.


  • suka ketawa dan senyum - Azhad is a happy baby most of the times. Senyum ketawa jerit senyum ketawa jerit. saya kadang-kadang turut ketawa tanpa tahu kenapa Azhad ketawa.

Suami saya complain Azhad jadik a bit robust bila saya ada dirumah. ketawa kuat, menangis kuat, terlebih active dan sebagainya. Bila saya tiada, he is just a like a normal kid (really?) yang manageable and easily entertained.

Teori saya merasakan bila berada di samping Azhad, Azhad rasa perlu untuk show-off his skills dan kepandaian. Itulah pasal dia terlebih semuanya.

Tapi kata suami saya..Tidak....Azhad jadik camtu kerana back-up mama yang kuat. (??)

i love u Azhad.

Tuesday, May 12, 2009

Perangai itu lagi

Anak saya buat perangai lagi. huhuhu

Pagi ini dengan nada yang sangat tenang dia telah mengatakan.

"Mama tak nak pergi sekolah"

saya dengan tenang pun bertanya:-

" Kenapa?"

Dia lagi tenang dari saya menjawab:

"Tak tahu.tapi kakak memang dah tak nak sekolah dah."

Dari cara percakapannya dan level kematangan anak saya, saya tahu dia memang dah tak mahu ke sekolah..LANGSUNG. bukan hari ini, bukan esok atau bila dia mengantuk. tapi memang dia tak mahu sekolah.

Saya tidak mahu mentraumakan keadaan telah bangun dan mengosok baju suami saya. Selang beberapa ketika, suami saya telah memanggil saya dan memberitahu perkara ini:-

"Alesha kata dia tak mau sekolah sebab kat situ semua orang cakap cina."

Ohhh sungguh bersalah rasa hati saya mendengar kata-kata itu. Adakah saya tersalah menghantar tadika sehinggakan anak saya merasa sungguh tidak memberansangkan untuk belajar. Adakah saya salah kerana cuba untuk melatih anak saya agar pandai bergaul meskipun dalam keadaan yang bukan kehendaknya?

Hati saya terdetik (dan memang dah terdetik beberapa ketika yang lepas) bahawa dia tak sukakan suasana disekolahnya. Anak saya sangat chatty orangnya. Mungkin kerana bahasa rasmi sekolah itu ialah bahasa english dan bahasa tak berapa rasminya ialah bahasa Mandarin, anak saya rasa terpinggir dan bukan dalam element nya. Tapi seringkali waktu saya meninjau ninjau dia di sekolah, terutamanya waktu dia tidak perasan kehadiran saya, saya dapati dia berkawan dengan baik, meskipun ibarat ayam dan itik. Yang lebih membanggakan saya, adakalanya saya lihat dia berbicara di dalam bahasa english di sekolah bersama teman-teman meskipun ianya hanyala sekadar no dan yes.

saya sangat dilema. Terutamanya sekarang ini adalah waktu untuk membayar yuran persekolahan. patutkah saya memberhentikan dia dan menyekolahkan dia di Tadika Kemas atau Tadika yang bahasa rasminya bahasa Melayu, lalu saya dapat menabung yuran yang sepatutnya saya bayar? Atau saya teruskan aje persekolahannya dengan harapan dan pegangan bahawa kanak-kanak adalah seperti sebuah span yang akan menyerap apa sahaja disekelilingnya.

nota kaki: saya baru sahaja membuat laporan parlimen di dalam bahasa melayu. ohh alangkah bersabutnya bahasa melayu ku.

Wednesday, April 29, 2009

Quiz Or Hadiah Percuma? - DAN PEMENANGNYA

mengikut resam dan perangai saya yg suka meniru orang, saya pun macam teringin nak menjalankan satu Quiz (dan yg berkaitan dengannya) dengan tujuan memberi hadiah. Tapi bagaimana caranya yea?

1. adakah dengan menganugerahkan hadiah kepada pembaca sesiapa yg hit marked 1888? tapi macamana nak tau siapa kah mika itu?

2. adakah dengan menjalankan kuiz meneka pic?

3. adakah dengan membuat satu kuiz teka kata?

oohhh saya ada idea...sapa yg mencadangkan idea yg bernas untuk menjalankan kuiz akan diberi hadiah.

hadiahnya? hmm...apakah tudung DIY saya memandai? (tak memandai pun nasiblah-aku nak bagi free dah cukup baik)

sila sila lah sebarkan yea...

penghantaran kuiz akan ditutup pada pukul 9.00 mlm hari Khamis 30/4/09.


NAMPAKNYA TIADA SESIAPA YG BERMINAT..TAK PE..TAPI SEPERTI YANG DAH DIJANJI, (DAN SEMEMANGNYA SAYA ADA TUDUNG EXTRA) SAYA RASA SAYA AKAN BERI KEPADA .............................



cik yan


sila sms kan (jika ada no. saya) atau memberi address dalam ruang komen supaya saya dapat memberi itu tudung kepada anda.

Color apa? saya bedal aje la color apa yg saya ada...if tak match n tak suka..awak buat la apa-apa dengan tudung tu.

ohhh kenapa cik yan? kerana pendapatnya itu mungkin saya akan laksanakan untuk kuiz (sekiranya saya nak buat lagi la) akan datang..

saya tunggu ya cik yan

Thursday, April 16, 2009

Cerita Profile

Tagged by Marisa (oi aku baru pasan ko tag aku..sori la lambat)

1. Letakkan gambar profile anda:




2.Terangkan maksud gambar itu:
gambar Alesha & Azhad. Rasanya Azhad masa ni about 5-6 months kot. Alesha masih lagi mahu go sleeveless (la ni asal jumpa baju takde lengan - SEKSI!!! dengan her rambut yg baru didandan (now she demanded tocang ok!! ikat ponytail tak mau. Kena tocang!! Silap angin mintak 2 tocang...terkial kial mak nak ikat nyah!!)

3.Kenapa pilih gambar itu?
impian aku untuk semua anak dok dlm car seats dlm keta. Haram!!! Azhad dah besar ni jgn harap nak dok sensorang. bontot tu kalau tak lapik peha aku yg double padded ni tak sedap agaknya. Ni la di antara zaman-zaman anak-anak mendengar kata dok dlm car seat so mak boleh la berangan-berangan (atau tido berdengkur) sementara pak jadik drebar.

Wednesday, April 15, 2009

1st time i saw you

Tag by Erna

Rule #1:Letakkan gambar anak yg baru lahir. Gambar kalo boleh mestilah gambar yang masih dalam wad, maknanya gambar anak hari PERTAMA..

1. Alesha Razan


2. Azhad Razan


Rule #2:Letakkan butir ini :

Nama penuh : Alesha Razan
Nama Panggilan : Sha/ShaSha/Kakak
Jantina : Perempuan
Tarikh Lahir : 12 Dec 2005
Tempat Lahir : Damai Melawati Hospital
Berat Lahir : 2.67kg
Cara Kelahiran : Normal with vacuum

Nama penuh : Azhad Razan
Nama Panggilan : Azad
Jantina : Lelaki
Tarikh Lahir : 5 Dec 2007
Tempat Lahir : Pusrawi Jalan Tun Razak
Berat Lahir : 3.49kg
Cara Kelahiran : Normal with gas

Rule #3:apakah harapan korang pada anak ini
untuk terus sayang menyayangi sampai ke anak cicit


dan korang nak anak ini jadi apa besar nanti... dan KENAPA..?
aku just nak anak-anak aku be in a loving relationship -kekal hubungan kekeluargaan walaupun dah beranak pinak, no worries about hutang piutang and sihat wal'afiat. tak kisah apa their daily job coz pada aku yang penting family relationship.

Rule terakhir....
tak de sapa nak di tag...Posted by Picasa

Tuesday, April 14, 2009

inikah hasilnya?

seminggu dua minggu yang lepas, kerja aku mentelaah resume orang...mind you, resume yang aku tengok sampai nak berpinar bijik mata ni bukan calang-calang resume tau..ala-ala profesional la jugak..Jenis manusia yang belajar ke menara gading yang kalau makbapak orang kampung (orang bandar pun sama!) kembang kuncut lubang idung bangga citer anak belajar jurusan apa.

Dipendekkan kata, haram betullah grads la ni..Aku bukanlah cakap tak berkualiti tapi korang tengok contoh ni:-

1. Part skil - ada ke patut skill dia tulis sepak takraw. aku repeat - SEPAK TAKRAW!!!!!!siap ada rating intermediate lagi tu. YA ALLAH...ada aku pedulik ke ko terrer main sepak takraw? kalau ko tulis skil drafting agreement while playing sepak takraw mungkin la aku impres gak...eeee...nak aje aku MENYEPAK KAN budak ni..OPPSSS...bukan budak yea..bapak orang yang umor pun dah 30an..nak pengsan tak??Tapi aku TETAP panggil dia interview. Aku nak menyusahkan masa dia sebab bodoh nak mampos letak skill sepak takraw dlm resume dia. Plus i need to put a face to this stupid person.

2. Part address - tinggal kat seremban...sungguh iya-iya cakap boleh travel. COME ON la kakak!!!!! jangan la nak -mentaik lembujantan-kan aku...sah sah aku tau ko tak leh travel. Bila di press-press kata dia memang biasa travel masa jadik loyar. EH! ingat aku tak tau ke kerja loyar tu camna. Memang la ko syok travel dari seremban ke KL hari hari. Claim masyuk..pastu lak, sampai KL ko merewang gi shopping sini sana baru balik opis. By the time masuk opis dah petang, pastu balik. Tak ke? (ke aku je yang biasa buat cam tu dulu?-haha) Aku tekan lagi...baru la mengaku rupanya tengah pregnant...cehhhhhhhh...nak carik kerja yang office hour la tu. nanti senang balik umah jaga baby.iye dak? Oppss..aku tak racist pada ibu mengandung yea - hanya racist pada yang bukan Melayu aje (dont let me start ok!). Cumanya pada aku if ko nak menemberang - kena la pastikan a. orang yang ko nak temberang tu boleh 'makan' temberang ko, b. ko temberang abis-abisan-stick to your wet thread (hik!) c. make sure jangan kantoi dan membuat kan orang cam aku kata HAH!KANTOI!!!!

3. 2 -3 resume dengan experience yang kencang tapi malangnya part belajar 'incomplete'. Apa maknanya? Tak grad la tuh. Apa ke bodoh tahap gaban korang ni. tak ke 'incomplete' itu menunjukan personality korang yang sebenarnya. Orang tulis belajar law, ko pun nak tulis belajar law..tapi bab CGPA tulis incomplete...adeeeiiii...boleh tak jangan tulis apa-apa kalau ko tak abis course tu.Sungguh nampak bodoh lagi laaaaa. Ok ok aku paham yang maybe say..pak sakit kena jaga pak kat spital, so saya tak abis belaja.Tak kisah laaaaa..walau apa pun reasonnya, if tak complete tak yah la letak. payah na ke nak jual diri sendiri???

4. DAN YANG PALING AKU BENGKEK...tulis speaking/writing English 8-10 rating. Maknanya ko boleh bercakap English dengan jayanya la kan? Tapi bila aku conduct phone interview...HABUKKK!! bukan berabuk cakap..habuk hampagas grammar ke laut mati nun!!! itu belum sangat jelas kemengelupuran nak construct sentence..haarhhhhh jangan la nipu. Aku jentik batang idung tu kang. Tapi aku rasa dia nak tipu - nak impress kenkonon boleh speakang..masalahnya...kalau ko belajar law..WAJIB LA ENGLISH KO 8 -10 KAN?? KAN?? yang paling geram biler grad dari uni yang cas cas ANTARABANGSA (tapi kat malaysia) aje la. Babu jual roti grammar nyer lagi baguih.

ni ada satu set lagi na go thru...*tarik napassss*

Monday, April 13, 2009

Kisah Petang Jumaat

Di satu petang Jumaat yang dingin (hujan daaaa)

ada seorang budak yang mengantuk....lalu telah tido dengan lenanya....



....
....
....
...
..
..
..
..
.
.
.




















syok kena selimut....
....
....
....
...
..
..
..
..
.
.
.





















hmmm....tido kat mana yea?
....
....
....
...
..
..
..
..
.
.
.











....
....
....
...
..
..
..
..
.
.
.
kesian ke tidak??????
Posted by Picasa

Thursday, April 9, 2009

yUHUUUUU

aku baru register untuk ini...


ahaksss....tunggu la kehangatan tahi ayam aku...

skali pregnen padan muka aku.
p/s: Cik lola...idea pada hari minggu (preferable sabtu) sangat bernas. tapi kena advance warning yg tersangat advance (say 4 days earlier). Saya onnnnnnn aje...

Tuesday, April 7, 2009

OU JADIK KE OIIII

Kepada korang korang semua ...aku seperti biasa dah tertinggal kapal membaca cik lola nyer post bertajuk kuang-kuang-kuang..

sementelaah dengan itu, sila la anggap ini invitation untuk melepak ke OU.

Kalau betul korang nak mai..aku pun cam Cik Noba..WAJIB AMBIK HALF DAY. (cuma tak pasti application diluluskan).

Cumanya kerana status aku yg kejab ada kejab takde, sila la sapa sapa mengoffer kan diri untuk jadik organiser. Mak memang tak daya..nanti buat sakit ati orang je organiser cap ayam.

Lola oi...sila la offer...iskk isk iskk..(mati kena sembelih aku ni)

Thursday, April 2, 2009

kuang kuang kuang

uwaaa..lama mak tak memblog noxs! tak tenteram jiwa raga baca blog orang je tapi tak de ide nak tulis apa..

dengan rasminya aku dah dpt taylor tukang jahit tudung. adakah mak kini tokey besar? uwah!! sungguh mimpi disiang hari. tak kuasa..!!!

anak-anak sihat wal'afit except for si kakak yg masih lagi berirama rap "nak mama kat sekolah" every morning. aku dah sampai dah tak larat nak sawan dengar dia dok "nak mama kat sekolah" masa mandi, "nak mama kat sekolah" masa berak, "nak mama kat sekolah" masa berus gigi,"nak mama kat sekolah"masa dalam keta, dah kat sekolah pun masih "nak mama kat sekolah". eeee sawan barbiedoll aku tau!

azhad anak ku yg terhandsome itu makin handsome. apakah makna? ko ingat anak ko sorang je hansome? tapi ritu aku cakap kat kawan aku ada apa baby tak cute..ni korang ni indenial..cer tengok bebetul. cuma korang tak sampai ati je kan nak cakap terang-terang "giler siut hodoh anak ko". sungguh....

haaa..untuk korang yg nak dating esok..cisss...tak aci tau..aku dah la tak tau kat mana nak park keta kat sana...tak baik tau..mana lak aku nak park limo aku kat situ..ececece....apa pun, rasa kaki aku ringan nak ke sana, akan aku gegar..ewahh...

ciao...nanti aku ada mood, aku write more.

Friday, March 20, 2009

finally

Finally...

A site untuk aku meng-eksyen-kan ciptaan ku.. kuang kuang kuang...cukup tak tahap riak aku ni.


Monday, March 16, 2009

menuju puncak

korang dah menuju ke puncak ke belum? hahahhha

aku terglimpsed la itu konsert mingguan. laki den kan peminat tegar bolasepak..so malam tu memang tak de can la aku nak tengok tv cerita lain la kan. Tapi apa pun aku nak komen la..

komen pertama:-

1.. mak bapak dalam dunia ni memang BERSYUKUR N SUKAAAAA anak-anak dia jadik penyanyi ke?
2.. adakah menyanyi je cara nak mengubah hidup?
3.. adakah bebudak ni takde kerja lain melalak depan cermin n test muka rupa cenggitu cenggini atas stage?
4.. adakah aku sewel sebab takde benda lain nak tulis...

heheh..ngeh ngeh ngeh...

and thanks korang yg telah mengawards aku. tapi sepereti yg ko tau (dan dikomen oleh si Fariza..-hampehgas betul- aku ni kejab ada kejab takde dan memang la takde semendang expecially bab bab tag ni..

hahahha..tapi jgn kuatir, aku memang akan carik masa lawat blog korang.

Thursday, March 12, 2009

entry kasut

aku yg tak tahu menahu apa-apa (selepas bloghopping 1 -2 blogs) pun nak letak gak pic kasut aku. Mak memang antu kasut ok. apa ke faedahnya aku pun tak tau.

ni ya lah hasil pengiraian kad kredit yg terbaru...

sesungguhnnya aku CHENTA ngan kasut aku ni..tapi apakan daya...terbesar sket yg langsung tak leh pakai. aku agak if aku belasah gak bedal, jatuh terpelot confirm masuk spital. telah aku qeqahkan dengan rega rm85 kat kenkawan. murah kan? terperanjot berok la kasut cenggini murah gitu. kat kl takde nye nak dapat rega camtu.



yang sandal looking ni aku suka gak. tapi sebab aku ni ala ala sembam terlebih daging gitu, hmmm tengah mengconsider kan untuk me - let - go kan yg ni jugak.
kat rumah tu 9West aku masih lagi terperok. Baru pakai sekali.
kasut bandung ada 2 pasang belum pakai.
croc ada 2 pasang terpeleot kat tepi.
itu tak masuk kasut ntah apa-apa yg beli on whims.
apa cerita la weh? sangap betul la aku ni.

entry tudung..lagi...


uwaaa...harus aku post pic tudung aku kan? wajibbbb...tak kisah la terpeleot sini sana. wajib tunjuk jugak..hehhe. all of course telah dirembat. tuanpunya now pakai tudung koro je sebab asal jahit je kena rembat. isk isk..


yang beberapa ketul tu takde kuasanya aku nak tangkap pic. letih mak. grrr...

apa cerita korang? aku nak blog hopping ni...hehhe..

Monday, March 2, 2009

Bling

http://tudungcari.forumotion.com/jom-beli-belah-f3/razan-jv-bling-bling-new-design-code-t85-120.htm#7816

this is what keeping me busy. Sori yea mek mek..saya tak pandai create link nak click click tu. aku copy paste je.

my nick is razan and i am taking order.. hahahah..jgn gelak..40% tau aku dapat. Mau mengerlip baju raya aku tahun ni.

Friday, February 27, 2009

whats up with me.

I have been super duper bz..

First because of this...Cuti-cuti serumpun. 5 hari. Penat mak cakap slang lain. Cam dah jadik annual trip la pulak ya merasa jadik orang kaya pegang duit juta juta. hahaha


Juga kerana ini...yang si kecik tu demam seminggu. rambut dah ditogelkan. SUnnguh tahap melampau dah kenakalannya selepas rambut togel.tetiba rasa cam tak vogue lak rambut pendek anak aku ni.


Yang tua ni pulak masih mengada. Still dan masih lagi menangis gi skolah pun menambahkan kestressan aku.Pic yg pegang whiteboard tu adalah pic eksyen dia menulis huruf B (yang aku dengar sebutannyer cam bunyi P pun ada D pun ada - confius mak). Juga ada la selit selit pic yg geng geng dia masa cuti ritu.


but mostly because of this...ohh..sila la abaikan muka aku yg glam tak tentu pasal tu yea..Aku perasan nak jadik rozita che wan. Dan juga desk aku yg penuh sampah sarap. .hahaha..BTW: semua tudung telah diborong oleh orang keliling aku..ada berani mau order sama aku?



these are the things that kept me away from blogging. Nanti aku datang seru aku blog lain. ciao